“Segala puji bagi allah atas anugerah ini. Doakan saya & baby sihat selalu” kongsi Neera Azizi. Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi yang berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak sulung.
Berita gembira itu dikongsi menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, yang memperlihatkan gambar imbasan kehamilan serta buku rekod kesihatan ibu mengandung.
Malah Neera juga memberitahu dirinya sangat bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah dan memaklumkan bahawa kandungannya kini sudah memasuki usia 13 minggu.
“Segala puji bagi Allah atas anugerah ini. Doakan saya dan baby sihat selalu,” coretnya.
Neera mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hafizi Mohd Noor pada 11 Julai lalu dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Subang Jaya, Selangor.
Menerusi ruangan komen pengikut Neera mengucapkan tahniah dan berharap semoga dipermudahkan dirinya sepanjang kehamilan dan proses bersalin kelak.
“MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah. Kita dah dapat agak dah, haritu nampak dekat basement parking. Nampak berseri2 mommy. Jaga diriiii semoga dipermudahkan urusan” nfhrahim
“Alhamdulillah tahniah . Doakan sy ttc🥹sedangkan batch sy semua dah pregnant & ada yg dh bersalin . Moga bayi & akak neera sentiasa sihat2 ja , dipermudahkan pregnancy & bersalin” oktaq
Baca Disini : Bella Park Syukur Disahkan Hamil. ‘Terus Terbayang Wajah Nenel, Dah 10 Tahun Dia Tunggu Adik’
Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.