“Sedih, terkejut bila diberitahu tentang kanser” itulah antara luahan pelakon Zara Zya. Allahu, pasti anda akan terkejut apabila diberitahu anda disahkan menghidap kanser. Begitu juga yang dilalui oleh Zara Zya.
Ternyata pengesanan awal kanser membawa kepada permulaan rawatan awal, yang boleh menyelamatkan nyawa!
Terbaru menerusi laporan akhbar, Zara Zya berasa sangat bersyukur apabila kanser yang dihidapi telah setahun dibuang. Pada awalnya dia tidak menyangka pemeriksaan untuk sakit pinggang akan menjadi detik yang menyelamatkan nyawanya.
“Saya ada arthritis yang menyebabkan badan sering sakit, susah berdiri atau baring lama, dan tidak boleh angkat berat. Jadi, saya buat MRI untuk masalah itu sahaja.
“Namun, doktor menemui fibroid dan cyst. Tanpa pemeriksaan itu, saya mungkin tidak sedar cyst tersebut sudah berada di tahap satu kanser,” kongsi Zara yang telah melalui tiga pembedahan utama dalam tempoh sebulan, termasuk membuang cyst di ovari, prosedur di bahagian buah pinggang dan leher.
Kini dirinya berasa sangat bersyukur kerana sudah setahun kanser tersebut dibuang.
“Alhamdulillah, sudah setahun kanser itu dibuang. Sekarang saya lebih berhati-hati, menjaga pemakanan, gaya hidup dan menjalani fisioterapi.
“Memang saya sedih dan terkejut bila diberitahu tentang kanser, tetapi saya pilih untuk kekal kuat dan positif,” kongsinya seperti mana dipetik menerusi Berita Harian.
Dek kerana penyakit itu, Zara berehat hampir lapan bulan.
“Tahun lalu selepas pembedahan memang saya berehat lama. Saya terima kerana babaknya tidak banyak. Selepas itu saya kembali bekerja secara berperingkat sehingga kini membintangi Bukan Pilihan Hati untuk slot Akasia,” kongsinya lagi.
Sumber : Berita Harian
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.