Sedia Hamil Anak Kedua, Siti Nurhaliza Jalani Pembedahan Prosedur IVF

Share

Selepas selamat melahirkan cahayamata pertama yang diberi nama Siti Aafiyah pada 2018, penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza semalam telah selamat menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta, sebagai persediaan hamil anak kedua.

Kaedah Rawatan IVF

Siti, 41, berkata, prosedur itu perlu dilakukan kerana dia akan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya untuk kehamilan pertama.

“Pagi tadi, Siti menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana Siti akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah Siti lakukan sebelum ini.

“Siti harap semua pihak dapat doakan Siti supaya segera sembuh,” katanya.

Kongsi Di IG Story

Semalam, penyanyi bersuara emas ini ada memuat naik foto yang memaparkan dirinya berada di hospital serta keterangan gambar yang menyatakan dia selamat menjalani pembedahan kecil di Instagram (IG) Story. Namun, Siti tidak memaklumkan dengan lebih lanjut jenis pembedahan yang dibuat.

Sebelum dimasukkan ke wad, Siti telah mengiringi persembahan Bob Yusof mendendangkan lagu Anta Permana pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Ahad lalu. Penampilan tersebut, sekaligus mengubat rindu para peminatnya di pentas pertandingan berprestij ini.

Baca Lagi Di Sini:

Lepas 3 Tahun Ikhtiar Untuk Hamil, Wanita Ini Tunjuk Cara Ke Hospital Kerajaan Apply Rawatan IVF

3 Tahun Nak Dapatkan Eidrees, Terlalu Teringinkan Anak Anzalna Hampir Buat HSG & IVF

Lalui 5 Pembedahan Dan 26 Kali Suntikan Rawatan IVF, Akhirnya Isteri Ini Redha Impian Konvo Dengan ‘Baby’ Allah Belum Tunaikan

MW: Mingguan Wanita mendoakan semoga Dato Sri Siti Nurhaliza cepat sembuh, sihat dan dikurniakan rezeki mudah hamil anak kedua hendaknya.

Sumber: Hmetro, Instagram ctdk

IKLAN