
Suami Pergi Buat Selamanya
Kisah yang agak meruntun hati, baru sebulan dapat tinggal bersama setelah PJJ (perhubungan Jarak jauh) namun suaminya pergi buat selamanya selepas terlibat kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke tempat bertugas.
Pernah tular menerusi radio Hotfm tentang hubungan jarak jauh, Noor Adrina dan allahyarham Kpl. Muhammad Ainolalif bin Md Said sebenarnya baru sahaja direzekikan hidup sebumbung pada bulan Ramadan baru-baru ini.
Mengimbas kembali video yang tular, Noor Adrina dilihat menangis sambal memegang sehelai kertas yang tertulis senarai nama suaminya yang dapat pulang bertugas di kawasan rumahnya.
Sedikit rekod tentang kerjayanya, allahyarham mula bertugas pada 6 Disember 2015 di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Jasin dan telah menjalani pertukaran ke Balai Polis Parit Sulong, Batu Pahat, Johor pada 12 Mac 2026.
Merupakan seorang anggota yang sangat berdedikasi, awah juga sangat komited dalam menjalankan tugas serta disenangi oleh rakan setugas.
Bukan semua wanita kental dan reda dengan status LDR (long distance relationship) tetapi kalian yang ditakdirkan dalam hubungan itu adalah golongan yang sabar dan kuat. Namun apa yang dilalui Puan Adrina ini juga cukup berat, apabila suaminya tiba-tiba ‘pergi’.
Memilih PJJ sebelum ini pun sebab kena jaga abahnya yang sudah tua selepas ibunya meninggal. Tiada adik-beradik lain kerana anak tunggal, ini antara sebab Puan Adrina bertahan hidup jarak jaiuh dengan arwah suaminya.
Apa pun, kehidupan mesti diteruskan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
Gambar: Thread Noor Adrina