
Sebenarnya tak susah pun bagi seorang wanita nak dapat kulit yang cantik, sihat dan berseri-seri.Tak perlu nak guna produk yang mahal-mahal pun.Ia berkait rapat dengan tabiat pemakanan, rutin harian dan gaya hidup kita setiap hari. Jika selalu wanita berkongsi tips kecantikan, kali ini boleh cuba tips santai yang diamalkan oleh lelaki pula.
Berikut merupakan perkongsian 8 tips santai oleh Muhammad Ahmad, cara untuk mendapatkan kulit cantik sihat yang dia amalkan.
1. Minum Air Secukupnya
Ini wajib. Air yang cukup, paling kurang 2L sehari.
2. Makan Buah-Buahan
Jangan skip makan buahan setiap hari terutama buah jambu, buah betik, buah pisang. Nak selamat dari racun serangga cari buahan tempatan. Buahan bantu promote collagen sebab buahan ni tinggi vitamin C. Sebab itu orang suka makan buahan kulit nampak sihat dan lembap.
3.Bersenam Setiap Hari
Jangan skip bersenam setiap hari. Bersenam ni dapat singkirkan toksin dalam badan, tak perlu dah nak makan apa-apa produk untuk singkir toksin, dengan bersenam tersangat banyak faedah, badan dan otot akan fit, lemak dimuka akan lebih anjal, perjalanan darah lebih baik, meningkatkan antibodi dalam badan.
4.Guna Tuala Berbeza
Jangan guna tuala yang sama untuk lap muka. Jika jenis kulit sensitif atau berjerawat lagi cepatlah kuman merebak jika guna tuala lap badan.
5. Tidur Kena Cukup
Ini penting. Tidur mesti cukup@deep sleep. Mengikut kajian wanita lebih banyak perlu tidur dari lelaki. Suami kena pastikan ini ya. Jika isteri kurang tidur badan mereka akan mula stress, bila stress hormon cortisol meningkat collogen akan merosot, kulit akan mula kusam, berjerawat, kulit akan jadi kering. So pastikan isteri kita tidur yang cukup dan elakkan mereka dari stress.
6. Hentikan Makanan/Minuman Tinggi Gula
Stop makanan dan minuman tinggi gula. Makanan tinggi gula, pewarna perisa ni bukan sahaja menjejaskan kesihatan organ dalaman, bahkan akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan kulit. Kulit nampak KUSAM!
7. Selalu Positif & Tersenyum
Hidup perlu setiap hari rasa bahagia, rasa tenang, jauhkan segala aura negatif dalam hidup. Pasti anda akan sentiasa rasa tersenyum dan mudah untuk tersenyum setiap hari.
8. Baca Doa Ketika Melihat Cermin
Sentiasa doakan agar Allah kurniakan kecantikkan buat pasangan. Dan sentiasa membaca doa melihat cermin
اللَّـهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي
“Allahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.”
Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku.
Semoga Bermanfaat !
Jadi buat wanita yang nak kulit cantik dan sihat dengan cara mudah, sama-sama cuba amalkan tip yang dikongsikan ini iya.
-EncikMatt-
Sumber: Muhammad Ahmad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI