Sebenarnya Suami Arwah Siti Nur Iesmawida Sedih Sebab… #gempabumi

Share

Jenazah Allahyarham Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, pendaki rakyat Malaysia yang maut akibat gempa bumi di Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selaseh, Batu Caves, Selangor.

Dalam kejadian gegaran susulan gempa di bawah 5 Skala Richter itu, seorang pendaki rakyat Malaysia maut, manakala enam lain cedera akibat gempa bumi di Gunung Rinjani.

Gunung berapi Rinjani di Pulau Lombok yang popular dalam kalangan pelancong dan pendaki ditutup kerana dilaporkan berlaku kejadian tanah runtuh.

Gempa dengan kekuatan 6.4 magnitud itu turut menyebabkan kerosakan di kawasan sekitar dan banyak laluan terputus.

Dalam gambarnya itu, arwah menoleh ke arah kanan sambil memegang selempang Malaysia sambil memegang papan bertuliskan ‘Gunung Rinjani Jogil Squad’

Cuma sedikit tulisan jadi kenangan arwah…

“I DID IT !! ..,” 

Rakan terdekat mangsa juga ada menulis sedikit luahan di laman Instagram @arynabubakar_.

Menerusi laman Instagram miliknya, dia meluahkan rasa sedih atas berita kematian Siti Nur Iesmawida.

Malah dia juga tak menyangka sebab malam sebelum kejadian, Siti Nur Iesmawida baru saja menaikkan gambarnya berdiri di Puncak Gunung Rinjani.

“Terlalu singkat..

Tak sangka..

Kepergian arwah membuatkan kami macam tak percaya..

Baru semalam nampak arwah update status mendaki gunung di Lombok, sekarang arwah dah pergi buat selamanya..

Kami mendoakan moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.”

Keluarga Masih Bersedih Dengan Kehilangan Siti Nur Iesmawida

Semalam hujan renyai dan suasana pilu menyelubungi pengebumian berkenaan yang selesai pada jam 9.30 malam.

Dan jenazah Allahyarham diiringi kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.

Suami Allahyarham, Mohd Hafiz Mohd Kassim, 30, berkata dia rasa sangat sedih dan hiba sepanjang perjalanan membawa jenazah isteri kesayangannya pulang ke tanahair.

“Saya sangat sedih sebab kerana ketika kejadian itu dia berada jauh daripada saya. Tetapi, saya bersyukur segalanya sudah selesai.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, Wisma Putra dan kerajaan Indonesia yang membantu memudahkan proses membawa pulang, dan terima kasih juga kepada sahabat dan rakyat Malaysia. Sama-sama kita doakan isteri saya, semoga dia ditempatkan dalam golongan orang beriman.” 

Jenazah Siti Nur Iesmawida sebelum ini tiba di Masjid Al Rahimah, Kampung Pandan pada jam 7 malam. Turut menziarahi keluarga Allahyarham ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Apa pun team mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Siti Nur Iesmawida Ismail, moga tabah telan ujian Allah dan arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan solehah. Aaamiinn…

IKLAN