Ada fakta yang mengatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih bijak, cerdik dan positif. Ibu ayah disarankan melakukan rangsangan pada otak kanan anak sejak si kecil berusia seawal enam bulan.
Otak kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya.Otak anak pada enam tahun pertama usianya bersifat seperti span.
Mereka mudah menerima rangsangan. Oleh itu dedahkan kepada ilmu yang menyeronokkan supaya dapat membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu.
Bermain Tanah Liat
Dengan menggunakan kreativiti membuat pelbagai bentuk haiwan, objek dan sebagainya membantu otak kanan anak aktif berfikir.
Beriadah Dan Bersenam
Untuk mendapatkan otak yang sihat dan cerdas, kita perlu memiliki tubuh badan yang sihat dan baik. Senaman boleh menjana minda yang cerdas untuk anak-anak anda.
Ads
Menggunting
Belajar menggunting pelbagai jenis bentuk, garisan atau apa sahaja gambar.
Bermain Sudoku
Perkenalkan permainan sudoku yang mudah untuk si kecil anda kerana ia berupaya menambah ketajaman minda anak anda.
Melukis
Kreativiti anak dirangsang melalui aktiviti melukis. Biarkan mereka melukis apa sahaja yang diimaginasikan.
Ads
Membaca Dan Bercerita
Buku cerita yang menarik tentu buat si kecil teruja atau anda juga boleh meminta anak menyambung cerita yang anda ceritakan. Biarkan mereka menggunakan daya imaginasi.
Permainan Pendidikan
Membina motor halus dan kemahiran lain menggunakan permainan pendidikan untuk kanak-kanak termasuk aktiviti awal pembelajaran, blok, permainan dan pembelajaran interaktif.
Ads
Kad Imbasan
Mula perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.
Makanan Sunnah
Selain aktiviti yang Makanan sunnah seperti kismis dan kurma amat baik untuk otak si kecil anda. Ia dapat membentuk minda kanak-kanak yang sihat, selain meningkatkan penumpuan dan menguatkan memori.
Makanan-makanan Lain
Selain makanan sunnah, makanan lain yang baik untuk otak seperti ikan salmon, avokado, minyak zaitun, telur dan tomato. Makanan-makanan ini dapat membantu meningkatkan kemampuan otak serta kekuatan ingatan.
Tip
Tak perlu buat aktiviti-aktiviti ini dalam tempoh yang lama untuk mengelakkan anak bosan. Masa disarankan lebih kurang setengah jam sahaja.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila anak selsema mulalah mak ayah risau, bimbangkan tahap kesihatan anak, sukar bernafas dan tak selesa.Jika dibiarkan tidak mustahil ia boleh melarat mengakibatkan penyakit lain seperti demam.Sebenarnya ada cara dan teknik urutan tertentu yang mak ayah boleh cuba untuk melegakan selsema pada bayi.
Teknik ini dikongsikan oleh Puan Shazren Shah yang merupakan Juruterapi Bayi/Kanak-kanak ketika menjadi tetamu jemputan didalam program Selamat Pagi Malaysia baru-baru ini. Menurut beliau, teknik ini cukup mudah dan ringkas, mak-mak boleh buat sendiri di rumah hanya menggunakan jari jemari sahaja.
Ia merupakan teknik urutan yang memfokuskan pada tapak kaki bayi sahaja yang menjadi punca bagi segala saraf refleks.Hanya perlukan urutan selama satu hingga dua minit sahaja menggunakan jari jemari sahaja.
Tambah beliau, ia merupakan teknik urutan lama beribu tahun lalu yang berasal dari Tibet, namun kembali di popularkan di US.Cuma di Malaysia masih ramai yang kurang kesedaran dan tidak tahu teknik ini.
Cara-Caranya:
Langkah 1:
Letak minyak pati pada jari jemari dan ratakan pada tapak tangan.
Langkah 2:
Letakkan empat jari mengikut posisi gambar, tekan lembut sambil melipat genggaman ke hujung tapak kaki bayi.
Langkah 3:
Ulang urutan mengikut langkah 2 pada kedua-dua sekurang-kurangnya satu ke dua minit.
Urut Selama Satu Hingga Dua Minit
Secara ringkasnya, letakkan jari, naikkan jari dan golekkan pada tapak kaki bayi. Fokuskan pada bahagian bawah jari kaki tapak kaki bayi selama 1 hingga 2 minit.
Menurut Shazren lagi, jika tanpa menggunakan minyak pati boleh juga kerana teknik ini merangsang sistem saraf pada tubuh badan bayi. Malah boleh juga, urut pada dada dan belakang badan bayi, namun jika mak-mak tak sempat boleh fokuskan pada tapak kaki bayi sahaja untuk melegakan selsema mereka.
Kesan tepukan dan urutan lembut tersebut,dapat dilihat seawal 15 minit, pernafasan akan lebih lancar malah bagi sesetengah bayi,akan terbatuk-batuk kecil bagi mengeluarkan lendir.Malah teknik ini boleh digunakan seawal dilahirkan.
Perkongsian ilmu yang bermanfaat buat mak ayah. Selamat Mencuba dan kongsikan juga buat mak ayah yang lain.
Anak yang tengah nak membesar memang banyak ragam. Ada sahaja yang buatkan mak ayah marah dan mesti ada sahaja perkara yang tak kena di mata mereka. Hakikatnya, anak telah menunjukkan tanda fear plop yang mak ayah sendiri tidak sedari.
Apa yang dikatakan tentang tanda fear plop pada anak ini. Semuanya ada pada perkongsian daripada Wawa Shauqi. Moga mak ayak ambil iktibar dan panduan bersama.
Fear loop ni bahaya kerana anak terdedah pada sesuatu yang boleh mengancam nyawa tanpa kita sedar.
Bila anak sentiasa dalam “ketakutan” pada orang dewasa, anak akan cenderung untuk membuat semua perkara sendiri.
Anak-anak bukan tahu beza bahaya atau tidak. Itu yang buat Fear Loop ni sangat bahaya.
Bahaya yang kita tak boleh nak JANGKA!
Bagi mereka sama ada buat sendiri atau kena marah, baik buat sendiri.
Tolonglah tengok kalau ada tanda tanda awal Fear Loop ni pada anak.
1. Dia mula menipu Walaupun perkara tu berlaku depan mata, bila kita tanya dia tak ngaku. Kalau tak menipu, dia senyap tak terkata.
2. Susah nak meluah Kadang kita anggap anak begini jenis berdikari. Dia jarang nyusahkan kita. Tapi pernah terfikir tak yang anak tu mungkin takut nak meluah?
3. Penakut Ada anak takut gelap, ada anak takut binatang, anak takut jumpa orang dewasa pun ada. Lain anak lain ketakutannya. Fear Loop ni buat keberanian anak mengecut.
4. Selalu menangis Bila ketakutan, kena marah, gurau kasar, dia akan menangis. Menangis adalah cara anak lawan ketakutan. Lepas nangis dia lega.
5. Lemah sosial skil Anak yang ada Fear Loop ni susah nak bergaul dengan orang lain. Dia tak pandai berkomunikasi, dia senang bergaduh dan dia senang sentap.
Dialah Paling Berani
Masa kecil anaklah orang yang paling berani. Dia tak takut cedera, jatuh dan tak pernah takut bila mak ayah marah. Malah ketawa masa kena marah adalah.
Inilah natijah nya bila kita kerap marah, tengking dan herdik anak masa dia kecil.
Sebab ini jugala kalau mengikut sunnah Nabi anak yang berumur 7 tahun pertama kita tak boleh marah, hatta tinggi suara sikit pun tak boleh pada mereka.
Sunnah suruh kita layan anak macam RAJA, bukan sebab nak kita manjakan anak tapi sebab Nabi tahu bahawa otak dan emosi anak kecil ini sangat rapuh ( Fragile ) dan mudah rosak.
Berhentilah lepas geram pada anak anak. Siapa lagi nak lindungi anak anak kalau bukan mak ayah sendiri.
MW: Mungkin salah satu daripada tanda ini ada pada anak kita. Jadi, kita sebagai mak ayah kena ubah dari sekarang. Bukan lepaskan geram tapi kena ajar cara yang betul.
Wanita tak berani berhenti kerja, walaupun bukan wajib cari nafkah. Wanita yang sudah berkahwin ramai yang mengidamkan untuk menjadi suri rumah. Mahu menjaga anak sendiri selain menjalankan tugas hakiki sebagai isteri dan ibu.
Wanita Tak Berani Berhenti Kerja
Dalam kehidupan moden hari ini, ramai wanita memilih untuk bekerja walaupun mereka sebenarnya tidak diwajibkan untuk mencari nafkah bagi keluarga. Situasi ini sering menimbulkan persoalan, apakah faktor yang mendorong mereka untuk terus kekal di tempat kerja walaupun tidak berada dalam keperluan mendesak?
Walaupun Bukan Wajib Cari Nafkah
Bukan tidak percaya kepada rezeki Allah atau kufur dengan nikmat Allah berikan, namun hanya seorang isteri yang memahami suaminya jika dia tidak memiliki kerja atau gaji sendiri.
Kongsi Firdaus Shakirin, rata-rata wanita walaupun bekerja bukan kewajipan isteri, tetapi ramai isteri yang “tak berani” hendak berhenti kerja.
Tujuh sebab kenapa isteri “tak berani” berhenti kerja:
1. Pendapatan isteri lebih dari suami
Barang dapur isteri beli, keperluan harian isteri beli, duit pengasuh isteri bayar, yuran sekolah isteri bayar, minyak kereta isteri isikan, bil internet, bil air, bil elektrik semua atas isteri. Komitmen dan bebanan bulanan isteri Itu lebih banyak disebabkan pendapatan si isteri lebih tinggi dari si suami.
2. Isteri berbelanja tak mengharapkan duit suami
Teringin hendak makan apa-apa, boleh beli sendiri. Kos maintenance diri sendiri dibiayai oleh duit sendiri…
3. Takut menjadi beban kepada suami
Bila sudah berhenti, takut tak dapat menolong suami dengan duit. Hendak beli apa pun, tunggu suami yang bagi duit…
Kalau terlebih guna duit yang suami bagi, rasa sudah menyusahkan suami atau menyebabkan suami kekurangan duit. Bila suami mengeluh tak cukup duit, rasa bersalah sebab tak boleh bantu dia…
4. Takut suami lepas tangan
Walaupun tak patut ada mentaliti macam ini, tapi kebiasaannya setiap isteri akan fikir jugak. Hanya dia yang mengenali suaminya.
Nanti kalau suami tak tunai nafkah, sama ada nanti kalau suami tak bagi duit belanja, nanti kalau suami culas tentang kewajipan dia, maka siapa yang akan tanggung keluarga, siapa yang akan beli keperluan harian dan sebagainya.
5. Isteri boleh menolong keluarganya sendiri tanpa perlu menyusahkan suami
Nak hulur duit dekat orang tua pun tak segan, hendak beli apa-apa dekat orang tua pun dibolehkan… Hendak bawa orang tua berjalan, melancong, nak bagi duit dekat adik belajar, semua guna duit sendiri dan untuk keluarga sendiri…
6. Kerjaya yang diminati / Jaminan masa depan
Susah hendak dapat kerja bahagian itu dan bila sudah dapat, bukan senang-senang boleh berhenti… Kerja pula bidang yang memang dipelajari dan diminati…
Passion itu sentiasa ada setiap hari bila keluar pergi kerja. Nanti sudah tua, ada duit simpanan, ada pencen. Tak perlu hendak harap anak-anak tanggung…
7. Suka berdikari dan ada duit/harta sendiri
Memang sejenis yang hendak ada duit atau harta sendiri dan berdikari dengan kaki sendiri… Tak nak mengharapkan sesiapa untuk dia menjalani kehidupan harian dia… Dia nak bekerja sebab dia ada matlamat dan impian yang ingin dicapainya…
Rancang Kewangan Keluarga
Apapun alasan dan sebab tak nak berhenti, bila sudah jadi suami isteri, sudah berumahtangga, ada anak-anak, kadang-kadang kepentingan anak-anak dan famili tu bypass semua alasan dan sebab yang kita ada di atas ini…
Duduk berbincang dan rancang kewangan keluarga sebelum buat apa-apa keputusan…
Rezeki dari Allah SWT
Mingguan Wanita : Hendak bekerja atau tidak, itu adalah pilihan. Namun jangan sampai terlalu kuat bekerja, seorang isteri dan ibu sanggup mengabaikan keluarga seterusnya melupakan tanggungjawab.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebaknya, Farah Fakhira luah rasa rindu. Seperti yang diketahui umum sebelum ini suami kepada Farah Fakhira Allahyarham Zaidul Ariff disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan...