Khas buat mak-mak yang ada sakit lutut, anda boleh cuba amalkan minum air detox yang dikongsikan Puan Nana Rina ini. Katanya air ini sangat berkesan apabila dia sendiri tengok hasil selepas mak ciknya minum air detox epal hijau yang direbus.
Kalau nak buat, mak-mak boleh cari bahan-bahan ini dulu ya…
Semalam saya pergi rumah aunty, terkejut sangat bila tengok dia boleh bangun sendiri tanpa support dari apa apa, sebab sebelum ni dia sakit lutut dan kalau nak bangun ke apa dia kena ada support untuk dia bangun even duduk pon tak boleh sebab nanti susah nak bangun, sekarang alhamdulilah laju je dia bangun.
Ads
Saya tanya dia apa petua?
Di bawah inilah petuanya “Air detox homemade”.
Cubalah korang try mana tahu esok dah bole berlari!
Ads
Resepi air detox homemade
▪️Air 3 mangkuk/cawan
▪️Serai 4 batang di ketuk
▪️ Halia 1 biji besar dihiris
▪️ Epal hijau 3 biji potong dadu
▪️Rebus sampai naik bau dan
mendidih
▪️Tapis semuanya dah boleh minum
Ads
Minum time suam.
Buah epalnya boleh dimakan.
Seeloknya habiskan semuanya dalam sehari 3 kali, pagi, petang malam, jangan simpan dalam peti ais nanti hilang khasiatnya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Usia Bonda Rozita atau nama sebenarnya, Rozita Ibrahimsudah pun memasuki lewat 40-an waktu bersalinkan anak bongsunya, Maryam Nur Amani. Kini, anak bongsunya itu sudah 8 tahun dan ramai juga yang keliru. Ingatkan Amani cucu Bonda Rozita.
Inilah pengalaman ada anak kecil di usia senja yang Bonda Rozita kongsikan dalam instagram miliknya. Dia gelak lucu bila ditanya sama ada Amani itu anaknya atau cucunya.
“Cucu ke anak ini. Eh.. macam cucu puan?” Senyum selamba je. Tapi dalam hati cover ‘kemaluan’. Bayangkan saya gelak guling-guling sambil bercerita ini.
“Sebab dah tua-tua beranak kecik lagi. Ni pun kalau tak ditampung dengan IUCD memang berisi lagi. Usia macam saya sekarang ini biasanya dah kurang haid atau menapous. Tapi saya alhamdulillah masih sangat banyak datang haid dalam 10 ke 13 hari sama macam saya zaman 20-an.”
Bagus sungguh penjagaan dalaman pengasas Jamu Ratu Malaya (JRM) yang dikurniakan 7 orang anak ini. Bonda Rozita juga banyak berkongsi berkenaan ilmu herba dan perawatan serta penjagaan dalaman wanita di instagram miliknya.
Akui beliau lagi, “Ni masa hamilkan last usia lewat 40-an masa bersalinkan si kecik Amani ni malu gak. Tapi saya positifkan diri sebab Allah kasi di usia lewat mengandung.”
“Saya tak malu pada orang luar tapi malu kat anak-anak dan cucu je. Bab paling tak tahan nak gelakkan diri sendiri bila menantu dan cucu ziarah nenek ada anak kecik. Macam berlawan-lawan.”
Kata Abang Aji, “Oklah sebab tua-tua mampu pregnant. Tapi sekarang nenek tutup kilang terus.”
Selorohnya lagi, “Lepas ini jangan tangan saya, siapa kecik ini ya? Cucu ke?”
Pernah juga Amani tanya saya, “Adik muka sapa Amu?”
Saya jawab bergurau dengan Amani, “Ami jumpa adik dekat tong sampah. Agaknya anak bangla.”
“Taklah, adik anak dady dan muka dady pun. Ada buktilah gambar adik banyak masa Ami beranakkan adik.” Sememangnya anak bongsu Bonda Rozita ini sangat keletah budaknya.
Tambah Bonda Rozita lagi, Amani rapat dengan suaminya. Malah diibaratkan ‘girlfriend body guard bapaknya’.
“Kawan gaduh kami semua satu rumah. Alhamdulillah, nakalnya ya ampun.” Sambungnya memaklumkan perkongsiannya ini hanyalah memenuhi momen pengalamannya yang ada anak kecil di usia senja.
Walaupun Amani anak bongsu, Bonda Rozita tetap tegas dalam mendidik anak kecilnya itu. Ini yang diakui dalam instagramnya.
“Sebagai parents saya sampaikan pada anak-anak. Harap pada diri dan anak-anak jangan makan haram nanti gelap hati. Ikut atau tak ikut sudah lepas tanggungjawab saya. Nak bersihkan hati tak mudah nak jumpa nur hidayah (tak nampak hati gelap banyak benda haram masuk dalam darah daging.)”
Beliau juga ada satu kepantangan iaitu tertib ketika makan. Ada pantang larang yang diterapkan pada anaknya iaitu minum jangan sampai keluar bunyi ‘srup’, makan jangan mengicap dan makan jangan melidah.
Pengumuman pelaksanaan pemakaian kasut hitam buat semua murid sekolah bermula pada tahun hadapan, oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, pastinya mampu membuatkan mak-mak tersenyum lebar. Pemakaian kasut putih lebih cepat kotor berbanding menggunakan kasut hitam.Malah ia juga mengurangkan risiko mudah koyak apabila tidak lagi perlu dibasuh setiap minggu.
“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sihar Harian hari ini.
Selain itu Dr Maszlee berkata, kementeriannya komited untuk mengurangkan beban pelajar yang dilihat menggalaskan beg sekolah yang berat. Beliau juga berhasrat untuk menyaksikan pelajar sekolah menguasai lebih dua bahasa menerusi sistem pendidikan negara.
“Saya bertemu dengan Duta Finland baru-baru ini dan beliau berkongsi mengenai sistem pendidikan di sana. Katanya murid-murid di sana menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa.
“Dengan itu, saya juga berhasrat dan komited untuk pelajar Malaysia menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dalam masa lima tahun ini,” tambahnya
Dr Maszlee juga berkata beliau akan memastikan pelajar lepasan sekolah di Malaysia dilihat bertaraf antarabangsa.
1. Pelajar sekolah akan pakai kasut hitam bermula tahun hadapan.
2. Memastikan murid tidak lagi menggalas beg yang berat.
3. Jika di luar negara pelajar bersekolah 12 tahun dan terus ke universiti tetapi di negara ini pelajar belajar 11 + 2 tahun baharu ke universiti. Ini sebab sistem peperiksaan di luar negara bernilai tinggi dan digunapakai di seluruh negara. Kita sedang merancang untuk ke arah itu.
4. Sekolah kerajaan akan menjadi pilihan utama ibu bapa untuk hantar anak mereka ke sekolah.
Semoga pelaksanaan pemakaian kasut hitam anak-anak ke sekolah ini yang bermula pada tahun hadapan diharap dapat memudahkan kerja mak-mak daripada mencuci kasut anak-anak.
Bukan semua orang mempunyai kelebihan dalam seni melukis. Ia merupakan anugerah yang tidak ternilai jika memilikinya.Bertuah menjadi pelakon dan model Anzalna Nasir, 30 yang bukan sahaja cantik jelita, malah cukup berbakat dalam bidang lukisan.
Bagi pengikut instagram teraju utama drama bersiri ‘Memori Cinta Suraya’ini, Anzalna sering memuat naik, hasil lukisannya untuk dikongsikan bersama para peminatnya.Pelbagai jenis lukisan telah dihasilkan antaranya berbentuk abstrak, bunga-bungaan, merak, permandangan, bangunan kaabah dan yang terkini potret Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed.
Menariknya, hobi baru melukis Anzalna ini, mula berputik sejak sejak bulan Ramadan lalu dan berterusan sehingga kini.Lebih istimewa, bermula daripada hobi suka-suka, setiap lukisan yang dihasilkan tersebut kemudiannya dijual dan duit hasil jualan tersebut diberikan untuk tujuan kebajikan bagi golongan yang memerlukan. Murni sungguh hati Anzalna ini.
Hasil lukisan Anzalna juga mendapat permintaan yang cukup menggalakkan daripada pengikut dan peminatnya di Instagram. Kekerapan Anzalna melukis, sehinggakan ada yang bertanya sama ada, Anzalna telah bertukar profesyen daripada seorang pelakon kepada seorang pelukis.
Sebaliknya pelakon cantik dan berbakat besar ini menjelaskan bahawa bidang lakonan merupakan minatnya dan masih menerima tawaran berlakon sehingga sekarang. Syarikat Global Station dan Suhan antaranya yang sering menawarkan drama 100 episod dan telemovie.
Menurut pelakon ini, dia tidak bersedia untuk berada di set untuk melakukan penggambaran kerana terpaksa menghabiskan semua lukisan yang telah ditempah. Secara jujurnya, Anzalna mencintai apa yang dia sedang lakukan dan mengucapkan terima kasih kepada yang setia memberi sokongan pada dirinya. Insya Allah, beliau akan kembali berlakon semula segera.
Tambah beliau lagi, melukis memerlukan masa yang banyak. Lukisan yang dibuat untuk Tun Mahathir, Perdana Menteri kita ini memerlukan masa yang amat panjang untuk memastikan ia siap. Sambil berseloroh, Anzalna berharap mendapat tanda tangan daripada Tun M untuk dia dapat melakukan lebih banyak lagi kerja kebajikan selepas ini.
Tahniah buat Anzalna atas hobi baru ini.Dah lah cantik jelita, pandai melukis pulak tu. Bukan sahaja hobi suka-suka tapi siap boleh beramal dan buat kebajikan. Semoga Anzalna tetap terus melukis menghasilkan lukisan yang cantik-cantik.
Antara lukisan yang dihasilkan oleh Anzalna, sangat cantik dan sungguh berbakat!