Uncategorized

“Saya Tak Tahu Isteri Failkan Cerai…” – Fikry Ibrahim Bingung, Khalizah Masih Mahu Ruang Damai

Share

“Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa-apa,”Fikry Ibrahim.

Perkahwinan yang baru sahaja berusia beberapa bulan antara pelakon dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim dan isterinya, Siti Khalizah, kini sedang melalui fasa ujian. Tindakan Khalizah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis nyata mengejutkan ramai, termasuk Fikry sendiri.

Menurut laporan portal Gempak, Fikry, 31, mengakui langsung tidak mengetahui mengenai tindakan isterinya itu dan menyatakan hubungan mereka sebelum ini dalam keadaan baik.

“Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa-apa,” katanya ringkas, mencerminkan kebingungan dan terkejut dengan situasi yang berlaku.

Surat Saman Telah Diserahkan

Namun begitu, menurut peguam mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, surat saman telah diserahkan kepada Fikry beberapa hari sebelum prosiding bermula.

“Pihak kami telah serahkan surat saman kepada pihak defendan, dan dia sendiri yang menerimanya,”

jelas Afiq ketika ditemui media di mahkamah.

Mahkamah turut memaklumkan bahawa sebutan pertama kes telah berlangsung, namun Fikry tidak hadir. Maka, satu tarikh baharu telah ditetapkan untuk membolehkan kedua-dua pihak mencari kata sepakat bagi tujuan perdamaian, iaitu pada 10 September 2025.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/isteri-fikry-ibrahim-tuntut-cerai-selepas-4-bulan-kahwin-baru-dua-hari-lepas-kongsi-gambar-percutian/#goog_rewarded

Dalam kenyataan lanjut, Afiq menjelaskan bahawa punca utama permohonan cerai adalah kerana tiada persefahaman antara pasangan tersebut. Namun, dalam perkembangan yang lebih positif, Khalizah tidak menutup ruang untuk berbincang dan berdamai.

“Khalizah memfailkan cerai sekitar Mei. Tapi buat masa ini, beliau masih mahu berbincang untuk berdamai, masih mahu beri ruang untuk pendamaian,” katanya.

Untuk rekod, pasangan ini telah mengejutkan ramai apabila mengumumkan mereka telah bernikah secara rahsia pada 12 Februari lalu, dalam sebuah majlis tertutup di masjid di Jitra, Kedah. Perkahwinan yang penuh misteri itu pada awalnya menjadi topik hangat kerana disorokkan daripada pengetahuan umum.

Namun, baru sahaja melangkah ke fasa awal perkahwinan, kini mereka sedang diuji dengan cabaran yang cukup besar. Semoga Fikry dan Khalizah menemui jalan terbaik,  sama ada untuk kembali bersatu, atau berpisah secara baik jika itu takdirnya. Apa pun keputusannya nanti, semoga yang terbaik buat mereka berdua.

Info Tambahan:

Bila Isteri Boleh Failkan Perceraian?

Isteri boleh memfailkan cerai jika menghadapi salah satu atau lebih situasi berikut:

  1. Tiada persefahaman / sering berlaku pertengkaran

  2. Suami tidak memberi nafkah zahir dan batin

  3. Didera secara fizikal atau emosi

  4. Suami menghilangkan diri atau tidak pulang ke rumah dalam tempoh lama

  5. Suami tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami

  6. Isteri tidak rela hidup dalam perkahwinan tersebut dan ada sebab kukuh

Jenis Permohonan Cerai Oleh Isteri
  1. Cerai biasa (Talaq dengan persetujuan suami)

    • Isteri minta suami lafaz cerai di hadapan mahkamah.

  2. Fasakh (Cerai melalui kuasa mahkamah)

    • Jika suami enggan menceraikan, isteri boleh mohon fasakh dengan bukti kukuh.

  3. Khuluk (Tebus talaq)

    • Isteri minta cerai dan sanggup membayar pampasan (tebusan) kepada suami.

  4. Cerai taklik

    • Jika suami melanggar lafaz taklik selepas akad nikah (seperti tidak beri nafkah 4 bulan berturut-turut), isteri boleh tuntut cerai berdasarkan taklik tersebut.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

Published by
Rosmah Idayu