Ads

“Saya Tak Fikir Pun Pasal Segala Benda Tuntutan, Duit Atau Apa-Apa. Hanya Nak Bercerai Sahaja” Linda Hashim

“Saya Tak Fikir Pun Pasal Segala Benda Tuntutan, Duit Atau Apa-Apa” itulah antara luahan pelakon Linda Hashim yang tekad untuk berpisah dengan suaminya Beego.

Untuk rekod, Linda dan Beego berkahwin pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang anak perempuan. Rumah tangga mereka pernah melalui episod perceraian dan rujuk sebelum ini, namun sejak Januari lalu, Linda memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.

Bagi seorang wanita, menunggu kepastian dalam sebuah perkahwinan yang sudah retak bukanlah perkara mudah. Itulah yang sedang dilalui oleh pelakon, Linda Hashim, 41, apabila suaminya, Beego, sekali lagi tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz taklik dan perceraian mereka.

Dengan nada tenang tetapi jelas terselit rasa terkilan, Linda meluahkan kekecewaannya apabila alasan ketidakhadiran suami dikaitkan dengan kematian ahli keluarga. Namun, menurutnya, segala urusan pengebumian telah selesai lebih awal dan suaminya masih mempunyai ruang untuk hadir ke mahkamah.

“Saya ada bukti mengenai keberadaannya. Tapi tidak mengapa, Allah Maha Mengetahui. Saya serahkan semuanya kepada-Nya dan berharap perjalanan ini berakhir dengan pengakhiran yang baik,” katanya dengan penuh reda.

Ads

“Saya Tak Fikir Pun Pasal Segala Benda Tuntutan, Duit Atau Apa-Apa. Hanya Nak Bercerai Sahaja” Linda Hashim

“Saya Tak Fikir Pun Pasal Segala Benda Tuntutan, Duit Atau Apa-Apa”

Sebagai seorang ibu kepada tiga cahaya mata, Linda mengakui keletihan emosi yang dirasai apabila proses perceraian ini seakan disengajakan untuk dilengahkan. Dia mendakwa kelewatan ini berpunca daripada kebimbangan suami terhadap tuntutan nafkah anak-anak, nafkah iddah dan mutaah.

“Dia nak tengok dulu. Sekiranya dia bersetuju, dia akan cerai. Sekiranya dia tak bersetuju, mungkin dia akan gantung lagi ke ataupun akan ‘hold’ ataupun apa-apa sajalah. Itu yang diberitahu,” kata Linda seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.

Ads

Linda juga menambah sebenarnya tidak memikirkan soal nafkah idah, nafkah anak-anak serta segala benda yang berkaitan dengan duit kerana hanya mahu Beego melepaskannya.

“Saya rasa dia risaukan pada benda itu. Jadi dia menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami untuk ‘hold’ dulu benda itu selagi dia tak tengok berapa jumlah yang saya minta.

“Buat masa sekarang ini saya tak fokus pun sebab saya memang tak fikir pun pasal segala benda tuntutan, duit atau apa-apa. Saya tak fikir pun pasal benda tu sebab saya hanya nak bercerai sahaja.

Ads

“Saya cuma mahu proses ini selesai. Kes ini sudah hampir setahun berjalan. Sebagai seorang wanita, menunggu tanpa kepastian adalah sangat memenatkan,” luahnya jujur.

Linda juga menegaskan bahawa hubungan mereka tidak pernah bermasalah secara terbuka, malah masih baik di hadapan anak-anak. Namun, apa yang berlaku di sebalik tabir nyata menguji kesabaran dan kekuatan dirinya sebagai seorang isteri dan ibu.

“Ada kes orang lain yang cepat selesai. Tapi saya percaya, setiap ujian ada ganjarannya. Mungkin Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk saya,” katanya penuh pengharapan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Wanita Warga Emas Maut Ditikam Cucu, Moyang Parah Diserang Dalam Kejadian...

Wanita warga emas maut ditikam cucu dalam kejadian amuk di Baling, manakala moyang parah. Suspek dipercayai alami gangguan halusinasi.