“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.
Pelakon cantik, Aprena mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suami, Mohd Afiq Hazman.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal”
Pemilik nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, berkata, dia sudah berusaha mempertahankan rumah tangga namun berakhir dengan jalan buntu.
“Sedih pula bila skrol gambar bersama tetapi hakikatnya kita tidak lagi bersama.
“Ya, saya bukan lagi isteri kepada Afiq.
“Kalau ada jodoh tak ke mana.
“Selamat tinggal untuk sekarang atau mungkin selamanya. Saya cuba, bertahan, usaha tapi saya gagal. Tiada lagi kita,” luahnya menerusi akaun media sosial Instagramnya.
Ads
Doakan Yang Terbaik Buat Bekas Suami
Walau sudah berpisah namun Aprena tetap mendoakan yang terbaik buat bekas suami selain meminta mereka di luar sana dapat mendoakan kehidupan baharunya.
“Terima kasih atas rasa yang diberi. Rasa yang luar biasa. Semoga berbahagia.
“Saya undur diri dulu. Kebelakangan ini banyak media yang telefon dan bertanyakan tentang status saya.
“Jadi, ini kenyataan saya. Doakan saya mengharungi fasa baharu ini dengan tenang ya,” jelasnya lagi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Ads
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Masa Afwa Pun Datuk K Dah Berpeluh-Peluh Dekat Sebelah” itulah antara kata-kata yang diungkapkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sewaktu berkongsi kisahnya sewaktu melahirkan dua cahaya matanya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Penyanyi tersohor negara itu menarik perhatian ramai apabila berkongsi reaksi suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang sangat takut melihat dirinya bertarung nyawa melahirkan dua orang cahaya mata, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Terbaru menerusi perkongsian video yang tular di Tik Tok, Siti menjelaskan Datuk K tidak menghalang sekiranya biduanita negara kembali berbadan dua, namun dia tidak sanggup untuk melihat isterinya itu bersalin gara-gara mengalami fobia.
“Dia okay saya hamil, tapi dia tak okay bila tengok time saya bersalin. Sebab dia dah fobia.
“Fobia masa saya lahirkan Aafiyah haritu. Tapi masa Afwa pun Datuk K dah berpeluh-peluh dah saya tengok dekat sebelah saya, Berzikir, pasang ayat al-Quran, baca dekat telinga saya memang dia orang yang cuak. Dia dah fobia sangat.
“So, Datuk K kata kalau saya pregnant dia okay, masa bersalin sahaja dia tak boleh. Tapi okay dah, Allah dah beri saya yang terbaik dah,” luah Siti.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bayi 3 bulan maut dipercayai tertindih lengan bapa yang tidak bernyawa. Allahu isteri mana tidak sedih apabila mendapati bayi bongsu dan suaminya telah meninggal dunia.
Terbaru, seperti mana yang dilaporkan Sinar Harian seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai tertindih lengan bapanya yang tidak bernyawa akibat terkena serangan jantung dalam kejadian menyayat hati di Kampung Perigi Hang Tuah, Melaka.
Azura Abdul Malik, 40 yang pulang ke rumah dari tempat kerja untuk membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu Muhammad Nur Daniel Nurul Effendy mendapatkan suntikan bayi di klinik kesihatan terkejut apabila melihat keadaan bayinya berada di bawah lengan suaminya, Nurul Effendy Ibrahim, 35, yang ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Saya terkejut sebab tak ada sebarang kesan darah, bila masuk ke dalam bilik tidur saya lihat kedua-dua yang berada di atas katil tidak sedarkan diri.
“Ketika itu saya mendapati suami tidak sedarkan diri dan bayi kami berada di bawah lengannya dan masa kejadian bayi saya masih bernyawa, namun keadaanya begitu lemah,” kongsi Azura.
Ibu malang itu juga terus membawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, namun malangnya anak bongsunya itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Seperti mana dilaporkan juga, suami kepada Azura telah meninggal dunia di kediamannya akibat serangan jantung.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd Supian Md. Dali panggilan kecemasan telah diterima daripada pihak hospital pada jam 9.58 pagi.
“Pasukan telah membuat pemeriksaan di kediaman sekiranya berlaku kebocoran gas, namun hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung, jadi bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berahaya (Hazmat) dibatalkan,” katanya seperti mana dipetik Sinar Harian.
Amir Ukays & isterinya Sarimah Ahmad terkilan tak dapat teruskan perjalanan ke tanah suci. Setiap tahun, ribuan umat Islam di Malaysia menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Namun, siapa sangka, di sebalik keghairahan mengejar pahala ibadah haji, ada yang terperangkap dalam jerat penipuan.
Begitulah nasib yang menimpa penyanyi terkenal, Amir Ukays dan isterinya, apabila mereka terkandas di KLIA gara-gara menjadi mangsa tawaran haji percuma menggunakan visa Mujamalah.
Amir dan isterinya, telah menerima tawaran untuk menunaikan haji secara percuma yang kononnya dibiayai oleh seorang dermawan yang tidak mahu dikenali. Mereka diberikan surat tawaran oleh sebuah agensi pelancongan, lengkap dengan tarikh dan butiran penerbangan. Namun, setelah menunggu di KLIA pada waktu yang dijanjikan, tiada wakil agensi yang muncul, dan pasport serta visa yang dijanjikan tidak diserahkan. Kumpulan WhatsApp yang pada mulanya aktif mula dikawal ketat, dengan hanya admin yang boleh membuat hantaran .
Amir dan isterinya hanya menyedari mereka telah ditipu apabila tiada seorang pun wakil agensi hadir di KLIA, dan komunikasi dalam kumpulan WhatsApp menjadi terbatas. Mereka telah membuat laporan polis pada 3 Jun, dan setakat ini, tujuh laporan telah diterima oleh pihak berkuasa berkaitan kes ini. Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan .
Kes ini bukanlah yang pertama melibatkan penipuan visa Mujamalah. Visa Mujamalah adalah kurniaan rasmi kerajaan Arab Saudi kepada individu atau agensi tertentu dan bukan visa yang boleh dijual secara bebas. Tabung Haji mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran haji menggunakan visa Mujamalah, terutamanya yang dipromosikan melalui media sosial oleh pihak yang tidak sah.
Menurut Amir dua minggu sebelum berlepas, dirinya dan isteri dilarang untuk pergi atau menghubungi ejen yang menguruskan perjalanan kami ke Tanah Suci.
“Selain surat panggilan, kami turut dimaklumkan akan menggunakan visa Mujamalah iaitu pakej VVIP, menaiki pesawat sewa khas, dan semua kos serta perbelanjaan akan ditanggung oleh pihak penaja.
“Namun apabila disemak semula pada surat tawaran yang diterima, nama kami hanya dicalonkan dan bukannya disenaraikan sebagai jemaah yang telah terpilih. Perkara ini hanya disedari selepas kami membuat semakan bersama pihak berkuasa,” ungkap Amir seperti mana dipetik menerusi Sinar Harian.
Malah Amir dan isteri juga menyatakan mereka menjadi mangsa penipuan pakej haji oleh pihak tidak bertanggungjawab. Difahamkan bahawa seramai 80 jemaah lain turut dipercayai terperdaya dengan pakej haji yang ditawarkan menerusi visa Mujamalah tersebut.
Amir juga menerangkan dirinya dan isteri menerima tawaran berkenaan daripada seorang kenalan pada 9 April lalu. Manakala menerima surat tawaran pada 27 Mei dan dijadualkan berlepas ke Jeddah pada 1 Jun.
Namun pihak yang bertanggungjawab menguruskan jemaah tidak kelihatan di balai berlepas dan pasport mereka dipegang oleh beberapa individu tertentu.
“Sehingga ke hari terakhir yang dijanjikan untuk berlepas pada 3 Jun (Selasa), pihak pengurusan masih tidak muncul, dan pasport kami masih berada dalam simpanan mereka,” sambunya yang turut telah membuat semakan dan mendapati pesawat yang dimaksudkan memang wujud.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ingin bayar PTPTN guna KWSP? Ketahui syarat kelayakan, langkah permohonan dan perkara penting sebelum membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk bayaran pinjaman pendidikan.
Ramai peminjam PTPTN...