“Saya Bukan Pukul Tapi Sepak. Kalau Dah Melawan, Guna Panggilan Kau, Aku..”- Ibu Anna Jobling

Share

“Saya bukan pukul tapi sepak. Kalau dah melawan, guna panggilan kau, aku..”- Ibu Anna Jobling. Ibu kepada pelakon terkenal Anna Jobling, Ariz Arop, mengesahkan dia pernah menyepak anaknya sebelum ini, namun menegaskan ia dilakukan sebagai langkah mendidik, bukannya bertujuan mendera seperti yang difikirkan oleh sesetengah pihak.

“Saya Bukan Pukul Tapi Sepak. Kalau Dah Melawan, Guna Panggilan Kau, Aku..”- Ibu Anna Jobling

Menurut Ariz, tindakan itu dibuat kerana Anna, atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, 25, dikatakan bertindak melampau dan bersikap kurang ajar terhadapnya.

“Saya bukan pukul tapi sepak. Bila kalau dah melawan, melampau-lampau, pakai panggilan kau, aku, jadi saya sepak dia.

“Bukan saya pukul untuk dera dia atau patahkan kaki, memang tidak.

“Saya mengharaplah anak akan jadi baik dan menjaga kita. Tapi, Anna sudah banyak lari dari landasan dan banyak berubah.

“Lepas dia popular, ada kelab peminat, ada peguam dan dijaga syarikat pengurusan, management, saya sudah tak ada makna bagi dia,” katanya dalam satu sesi siaran langsung semalam.

Ariz turut mendedahkan bahawa hubungan antara mereka telah lama bermasalah, dengan campur tangan pihak ketiga menjadi antara punca utama.

“Banyak punca dan perkara ini sudah lama. Sebahagian dari punca bergaduh adalah banyak campur tangan orang ketiga.

“Saya dengan Anna selalu jadi panas dan bergaduh. Banyak campur tangan pengurusan dan admin kelab peminat dia.

“Macam kelab peminat dia terlampau banyak campur tangan urusan peribadi saya dengan Anna,” jelasnya.

Beliau berkata, tidak hairan jika ramai yang memilih untuk menyebelahi Anna kerana statusnya sebagai selebriti.

“Tak mengapalah, dia sudah popular dan mempunyai duit. Kebanyakan orang pasti akan menyebelahinya sebab dia pelakon, popular dan cantik serta siapa sahaja yang mahu sokong saya?

“Tak mengapalah, saya sudah lakukan yang terbaik dalam membesarkanya. Ini ujian Allah SWT.

“Bukan nak guna agama tetapi kena percaya hidup ini macam roda. Hari ini mungkin di atas dan esok pula berada di bawah,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Ariz menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya berlagak sebagai mangsa.

“Saya tidak berlagak seperti mangsa dan kalian tidak berada dalam situasi saya. Jangan mudah membuat kesimpulan.

“Saya jelaskan dalam siaran langsung ini tentang apa yang berlaku,” katanya lagi.

Terdahulu, isu hubungan dingin antara Ariz dan Anna menjadi tumpuan selepas pengakuan Ariz sendiri. Namun, peguam Anna menolak dakwaan berlaku pergelutan atau kejadian mengunci ibunya di dalam kereta, menjelaskan bahawa pintu kenderaan itu boleh dibuka dari dalam dan sebenarnya tidak berkunci ketika kejadian.

Sumber: Kosmo online

Baca artikel lain juga: Erma Fatima Nasihat Kes Anna & Ibu “Siapalah Kita Untuk Menghukum, Hanya Mereka Saja Yang Tahu Kebenaran”

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Has