Sarah Hildebrand bergelar ibu, selamat bersalin anak sulung. Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Sarah Hildebrand kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya.
Perkhabaran manis itu disampaikan sendiri oleh Sarah menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya.
Sarah atau nama penuh Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand berkongsi foto bersama suami tersayang serta bayi mereka yang baru lahir di bilik bersalin, tidak lama selepas proses kelahiran berlangsung.
Kehadiran si kecil itu nyata mencuri perhatian ramai apabila ruang komen dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan artis serta peminat, yang mendoakan agar keluarga kecil ini terus dilimpahi rahmat.
Terdahulu, pada Ogos 2024, Sarah mendedahkan bahawa dirinya sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki warga Amerika Syarikat.
Kemudian pada Februari lalu, dia memuat naik foto kit ujian kehamilan di Instagram sekali gus mengesahkan dirinya sedang menantikan kelahiran zuriat sulung.
Untuk makluman, Sarah pernah bernikah dengan pelukis kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November 2019. Namun, mereka mengambil keputusan untuk berpisah meskipun tidak mendedahkan tarikh sebenar perceraian.
Sekadar mengimbas, pelakon popular drama Pujaan Hati Kanda itu pada tahun 2022 pernah mengumumkan pengunduran dirinya daripada industri hiburan.
Selepas itu, Sarah membuat keputusan berhijrah ke Amerika Syarikat dan menyertai pasukan beruniform Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force).
Sumber: Instagram Sarah Hildebrand
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE