“Saraf Dah Teruk, Tangan Kebas, Heret Barang Sebelah Tangan, Sebelah Lagi Pegang Tongkat” luahan wanita yang bernama Norliza Husain atau lebih dikenali menerusi laman sosial dengan panggilan Chintaa cukup meruntun jiwa.
Wanita yang derita penyakit Kanser Fibromotosis dan kini bergelar OKU ini merupakan seorang yang sangat kental. Walaupun penyakit yang dialami begitu memeritkan namun Norliza tetap gagah membanting tulang mencari sesuap nasi.
“Saraf Dah Teruk, Tangan Kebas, Heret Barang Sebelah Tangan, Sebelah Lagi Pegang Tongkat”
Akur dirinya tidak sesempurna dulu, Norliza tetap gigih berniaga. Pemilik Gerai Burger Dalam Kebun Getah ini juga akui dia perlu kuat untuk mencari rezeki.
Malah keadaan dirinya yang semakin teruk menyebabkan sarafnya semakin teruk, tangan mula kebas namun dia tetap kuat berjuang meneruskan kehidupan dan semangat juang yang ada dalam dirinya perlu dijadikan contoh terbaik buat wanita di luar sana.
Sentisa berkongsi kisah di laman Facebook, kadangkala mereka yang membaca tanpa sedar akan mengalir air mata. Malah Kanser Fibromotosis yang dideritai itu juga meragut keupayaan dirinya.
“Kena Kuat Untuk Cari Rezeki
“Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum. Sesungguhnya Perjuangan Itu..HEBAT..
Bukan semudahnya mata yang memandang..
Memerlukan semangat juang yang tinggi ..
Rawatan Demi Rawatan…
Demi penyembuhan kaki ini..
Kanser Fibromotosis Ragut Keupayaan Diri
Namun semua mungkin sudah tertulis. Kanser Fibromotosis merosak dan meragut segala keupayaan diri ini..namun tetap kena kuatkan semangat. Bersabar, tawakal dan terus berdoa agar terus diberikan kekuatan semangat untuk meneruskan kehidupan yang mahal ini.
Dalam hidup aku dari muda hingga saat ini..banyak sangat yang aku lalui kadang terfikir jga bagaimana aku tempuhi semuanya
Sedih sangat sebenarnya tak terungkap dengan kata-kata. Allah bagi segalanya ujian buat aku dan hanya Allah yang tahu ujian itu.
Kadang mungkin bagi aku semua itu terluar dari kemampuan aku .Tapi bila terfikir balik, boleh juga aku lalui walaupun agar sukar sangat sebenarnya..
Allah Tak Akan Uji Seseorang HambaNya Dari Luar Kemapuan Seseorang
Betul la orang kata. Allah tak akan uji seseorang hambaNYA..dari luar kemampuan seseorang itu, benar cuma sebagai manusia biasa yang lemah..kadang tewas juga..menangis juga…tak tahan sebenarnya sakit tak larat sangat.
Semakin hari semakin tak larat. Mungkin sebab faktor usia sama dengan kesakitan aku ni lama sangat dah mungkin barangkalinya .
Ubat macam-macam masuk dalam badan..segala ubat bius…segala ubat penahan sakit..antibiotik yang banyak..MRI yang banyak..Radioterapi..dengan Xray pun banyak..
Tak berapa ari kena pergi HUSM pula…untuk check balik kaki ni lepas tu dua minggu kena datang lagi.
Untuk buat MRI belakang…saraf aku dah teruk dah…tangan ni kebas yang amat..mungkin sebab dok bt kerja sama…dok heret barang sebelah tangan .sebelah lgi pegang tongkat..
Nampak Macam Kuat
Orang tengok macam kuat la hang ni buat kerja…tak kuat sebenarnya..menahan ja…tapi aku kena kuat jga…nak cari rezeki banyak nak guna duit…
Hidup ini mahal sangat…kena bekerja keras. Rawatan aku lagi dok berulang alik kedah kelantan bukan dekat…semua perlukan duit..
Dengan keadaan kos sekarang semuanya mahal. Tapi tu la..pulun-pulun buat kerja pastu tewas juga.
Bantu Dan Sokonglah Gerai Burger Dalam Kebun Getah
Saya mohon doa dan sokongan jasa baik sahabat semua kiranya dapat membantu berikan sokongan perniagaan burger dan doakan kesembuhan serta kekuatan saya,” kongsi Norliza.
Bagi yang ingin meringankan beban Norliza bolehlah berikan sumbangan anda di Akaun Maybank 102055018475 Norliza Binti Husain (Tel 0175202434).
Baca Disini : Demi Jaga Anak OKU & Emak Sakit, Gigih Sediakan 22 Jenis Masakan, Stok Lauk Persediaan Ramadan!
‘Lega Rasanya..’ Empat Malam Fokus Siapkan 80 Loyang Kek Lapis Sendirian
“Semoga Kuat dan Terus Tabah Hadapi Ujian Hidup” Warganet
Menerusi komen di Facebook ramai yang bersimpati dan mendoakan agar tabah dalam mengharungi kehidupan terutama dalam melawan penyakit.
Mingguan Wanita : Semoga segala urusan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
Sumber/ Sumber Foto : Facebook Chintaa Akmalnyza
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI