
Terlalu menjaga pemakanan dan nak diet, kita sanggup tak makan tengah hari. Skip. Kalau mak-mak yang bekerja pula, duduk di pejabat sahaja waktu tengah hari. Kononnya diet.
Sedinhnya..kalau amalkan dengan tidak makan tengah hari tapi berat badan masih juga sama. Tak berubah, malah ada yang lebih teruk berat makin bertambah. Apa yang tak kena?
Perkongsian daripada Arif Sukri, pakar fitnes ini merungkai tentang perkara ini. Katanya, makan tengah hari bukanlah faktor kegemukan.
Baca Artikel Lain Di Sini: Jus Diet Sihat, Perut Kenyang Bagi Yang Tak Mahu Makan Malam!
Ikan Cencaru Sumbat Tomyam, Menu Sesuai Bagi Yang Tengah Berdiet
Info Lebih Menarik DI SINI
Hidangan Tengah Hari Sesuai Untuk Diet
Ada yang ingat bila diet makan tengah hari adalah tak dibenarkan. Boleh saja makan nasi asalkan kita ikut aturannya.
1. Pastikan jumlah kalori tidak berlebihan dengan keperluan seharian badan.
2. Untuk jimatkan kalori kurangkan kuantiti nasi. Bukan tinggalkan nasi.
3. Sebaiknya cuba dapatkan segenggam nasi atau jika baru mula limitkan dari dua pinggan kepada sepingga nasi. Dari sepinggan nasi cuba dua senduk nasi. Begitulah.
4. Bila makan tengah hari kadang dah jadi keperluan untuk order air manis. Demi jimatkan kalori, mintalah air kosong. Ais atau suam terpulang.
5. Air manis mempunyai kalori. Teh ais sahaja sudah 150kcal. Kalau dapat elakkan minum teh ais, dah jimat 150kcal kat situ. Maka mintalah air kosong.
6. Pastikan dalam pinggan ada serba lengkap nutrisi penting.
7. Seperti nasi (karbo) ayam atau ikan atau daging (protein), sayur (serat).
8. Lebihkan sayur pun ok. Sebab ia membantu untuk kita rasa lebih kenyang.
9. Orang yang tak makan sayur memang susah untuk kurus.
10. Dahulukan lauk-lauk yang rendah garam, minyak dan gula.
Inilah 10 perkara yang boleh anda buat. Elakkan daripada diet ekstrim.
Janganlah sanggup tak keluar pejabat waktu rehat semata-mata tidak mahu makan nasi. Sampaikan berlapar sampai ke malam. Ini semua menyusahkan diri dan lebih teruk bila diet ini tak pula menjadi.
Kalau kita biasa membesar dengan makan nasi, jangan tinggalkan. Makanlah nasi tetapi kawal kuantitinya.
Nak diet tak susah asalkan kita pandai kawal kalori dan tahu sukat keperluan untuk badan sendiri.
Sumber: Arif Sukri
Petua Cantik Dulu-Dulu, Guna Segenggam Beras Mampu Jadikan Kulit Licin Macam bayi!

Kalau petua orang dulu-dulu, jarang tak menjadi. Tak perlu produk yang mahal pun, cukup dengan bahan dapur pun dah banyak membantu merealisasikan kulit wajah yang cerah, cantik dan berseri.
Salah satu petua dulu-dulu yang masih diamalkan sekarang adalah dengan penggunaan beras untuk dapatkan kulit cerah dan halus macam bayi. Bukan setakat air basuhan beras tapi boleh dijadikan masker, lulur badan dan sebagainya.
Inilah antara perkongsian daripada Mastura Rashid dengna petua dulu-dulu yang menggunakan segenggam beras. Rahsia kulit cantik dengan segenggam beras.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Minum Air Rendaman Beras Sangai, Petua Berkesan Legakan DEMAM, Sejukkan Badan Panas!
Cara Mudah Hilangkan Jeragat, Guna Getah Bawang Merah & Nampak Awet Muda Lagi!
Petua Dulu-Dulu, Hanya Gunakan Beras Untuk Cantik
Sangat mudah, murah dan berkesan, Cuma buat rawatan kecantikan dengan beras.
Sejak zaman dulu lagi nenek moyang kita dah gunakan beras untuk kecantikan.
Dari segenggam beras ni, boleh jadi bedak sejuk, lulur badan, masker muka, air bilasan muka dan macam-macam lagi.
Fiona memang suka gunakan beras sebab mudah dan ringkas.
Dia boleh cerahkan kulit secara semulajadi, hilangkan parut, galakkan pertumbuhan anak rambut dan lambatkan proses kedut secara semulajadi.
Okaylah jom baca apa yang kita boleh buat dari beras untuk penjagaan kecantikan.
Naikkan Seri Muka
1. Bila nampak je nasi yang kita masak tu dah nak kering, cedok 2 sudu besar air nasi, lepas tu lumur kat muka dan leher waktu suam. Biar sampai kering lepas tu bilas okay.
2. Mak-mak yang pucat lepas bersalin, boleh cuba petua nombor dua ni pulak. Ambik secawan beras, basuh bersih lepas tu kisar dengan 1 inci kunyit. Dah blend, tambah sikit air sejuk. Jadikan pes pekat. Cuci muka, lepas tu lumur muka dan leher dengan pes tadi. Lepas tu bilas.
Cara ni buatkan daki pun tertanggal sekali, meninggalkan muka cerah berseri bak bidadari.
Haluskan Kulit
1. Ada tepung beras? Haa bancuh 3 sudu besar tepung beras dengan air suam. Lepas tu sapu kat muka, biarkan kering kemudian bilas. Nak campur madu pun boleh.
Madu ni bagus sebab dia boleh cepatkan proses penyembuhan luka-luka kecil di muka. Manalah tau kan jari tak boleh duduk diam, asyik dok mengutil jerawat di muka sampai berlubang-lubang.
2. Guna beras pulut hitam. Fiona suka sangat pulut hitam. Tak pernah muak walaupun makan sampai 10 mangkuk.
Cara dia, jemur 2 genggam pulut hitam. Kisar sampai jadi tepung. Campur dengan kuning telur dan jus limau nipis. Kemudian lumur pada muka dan leher. Biar kering kemudian bilas. Cara ni pun bagus untuk kulit muka berminyak.
Nampak tak, dari segenggam beras tu, macam-macam petua kita boleh buat kan. Mudah dan ringkas.
Actually fiona sendiri dah banyak kurangkan step dalam rutin kecantikan harian. Dah tua-tua ni tak kuasa nak berstep-step bagai. Fiona make it simple and easy with 2-3 steps saja.
Asalkan kulit muka sentiasa bersih dan dapat manfaat dari rutin kita, punn dah rasa happy.
Kalau dah cuba, kulit tetiba jadi licin macam baby, jangan lupa belanja fiona. Suka petua orang tua.
Sumber: Mastura Rashid
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Di Sebalik Masamnya Asam Jawa, Hati Dilindungi Kesihatan Terjaga!

Dikenali dengan nama saintifiknya Tamarindus indica, buah asam jawa mentah menyediakan tenaga (kalori) serta mineral yang diperlukan tubuh seperti potassium, fosforus, magnesium, kalsium, besi, sodium dan zink.
Ia turut mengandungi vitamin C, B (niasin, riboflavin, thiamina, folat), dan vitamin A dan K.
Terdapat juga sejumlah sebatian organik yang menjadikannya sebagai agen antioksidan dan antikeradangan berkuasa.
Banyak khasiat dari segi perubatan dan kebaikan buah asam jawa terhadap kesihatan.
1-Mengurangkan Sembelit Dan Diarea
Dikatakan dalam perubatan tradisional, sifat penjulap yang ada pada buah asam jawa memang telah diketahui ramai. Semuanya ini berikutan dengan kandungan serat pemakanan, potassium dan asid tartaric yang terdapat di dalam buah asam jawa.
Dengan memakan buah asam jawa dikatakan mampu membantu merangsang proses buang air besar yang dialami oleh mereka yang mengalami masalah sembelit kronik. Dalam kes diarea pula, disyorkan agar meminum air rebusan daun pokok asam jawa.
2-Memperbaik Kesihatan Kardiovaskular
Buah asam jawa amat kaya dengan flavonoids dan polifenol yang amat bagus untuk mengawal tahap kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL), serta trigliserid dalam darah. Selain itu vitamin C yang terdapat di dalam buah asam jawa juga mampu bertindak sebagai antioksidan yang baik.
3-Melindungi Hati
Salah satu organ yang paling terkesan dalam sistem tubuh berikutan dengan gaya hidup moden adalah hati. Hati berperanan dalam nyahtoksin dan pencernaan dalam tubuh. Buah asam jawa adalah pilihan terbaik untuk menjaga hati. Perlu diingat jika mahu mendapat khasiat buah asam jawa ini, anda perlu makannya begitu sahaja tanpa perlu dicampur gula ataupun bahan-bahan lain.
4-Kurangkan Rasa Loya Dan Morning Sickness Ibu Hamil
Dikatakan buah asam jawa telah digunakan untuk mengurangkan rasa loya dan morning sickness yang dialami oleh ibu hamil. Kesan penjulap dalam buah asama ini amat baik terutamanya dalam membantu ibu hamil mengurangkan sembelit, masalah biasa bagi ibu hamil. Bagi mencegah loya, ibu hamil boleh memakan buah asam jawa segar.
5-Baik Untuk Peredaran Darah
Buah asam jawa dikatakan baik terutamanya dalam merangsang peredaran darah. Buah ini kaya dengan besi. Besi amat penting untuk darah. Besi memastikan anda mempunyai sel-sel darah merah secukupnya dalam tubuh sekaligus membantu organ-organ dan otot-otot berfungsi dengan baik.
Memiliki besi secukupnya dalam sistem tubuh mampu membantu tubuh menentang anemia dan simptom-simptom yang anemia seperti sakit kepala, kelemahan, kelesuan, masalah kognitif dan masalah dalam perut.
6-Membantu Saraf Berfungsi Dengan Baik
Salah satu kebaikan mengambil buah asam jawa adalah ia mampu membantu saraf berfungsi dengan baik. Ini kerana buah asam jawa kaya dengan vitamin B kompleks dan juga tiamina. Tiamina dikatakan zat penting untuk tubuh.
7-Bagus Untuk Pesakit Diabetes
Dikatakan buah asam jawa ramuan terbaik untuk diabetes. Ia dikatakan mampu menghentikan karbohidrat dariapda diserap oleh sistem. Karbohidrat apabila dicerna terus bertukar menjadi gula atau lemak. Inilah yang amat perlu dielakkan oleh pesakit diabetes. Dikatakan mengambil buah asam jawa mampu membantu mengawal dan mengawasi tahap glukos dalam darah dan memastikan diabetes dalam keadaan terkawal.
8-Menentang Jangkitan
Buah asam jawa dikatakan mengandungi sifat-sifat antimikrob yang mampu membantu melindungi diri daripada mikrob dan jangkitan kulat. Buah asam jawa juga ada kandungan antiseptik yang dikatakan mampu mengurangkan jumlah parasit dalam tubuh. Selain itu, buah asam jawa adalah penyembuh terbaik untuk cacing dalam usus terutamanya pada kanak-kanak.
9-Merangsang Pengurangan Berat Badan
Buah asam jawa dikatakan mampu digunakan untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana ia kaya dengan asid hidrositrik (HCA) yang terkenal dalam menyekat enzim dalam tubuh yang menyimpan segala lemak. Ia juga mampu membantu anda menyekat selera kerana ia meningkatkan jumlah serotonin dalam sistem.
Sumber: Pelbagai sumber dari laman web di internet
Cendawan Tumbuhan Spora Kaya Nutrien

Cendawan atau mushroom adalah sejenis tumbuhan spora (kulat) yang tumbuh di atas tanah atau menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat nutrien daripadanya.
Ada diantara cendawan ini tumbuh melata dan mudah ditemui. Ada pula spesis cendawan yang perlu ditanam dan dibiakkan. Bentuk cendawan boleh dikenali menerusi bahagian atasnya persis payung yang sedang berkembang dan berbatang.
Cendawan membekalkan banyak khasiat terhadap kesihatan dan ada beberapa jenis cendawan yang mempunyai nilai tinggi serta dihidangkan sebagai makanan mewah dunia. Terdapat pelbagai jenis cendawan dan antara jenis yang agak popular ialah seperti Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Tiram Putih, Cendawan Abalon. Cendawan Enoki, Cendawan Truffle, Cendawan Butang, Shitake, Kulat Kukur dan banyak lagi. Jom kenali cendawan yang sering digunakan dalam masakan.
- Truffle
Juga dikenali sebagai ‘black diamond’ atau berlian hitam kerana nilai harganya yang tinggi meskipun hanya beberapa hirisan sahaja. Truffle direkodkan sebagai makanan yang termahal dunia. Dihidangkan di restoran berkelas tinggi dan pelanggan truffle terdiri dari kelompok elit kerana harganya boleh mencapai ribuan ringgit. Direkodkan harga untuk 100 gram truffle boleh mencecah RM130,000 harga bagi sebuah rumah kos rendah jika di Malaysia.
Truffle putih dari Itali boleh mencecah harga tiga kali ganda dari truffle hitam. Jika anda berkesempatan ke Perancis atau Itali, truffle sering diburu oleh perompak untuk merampasnya kerana nilainya yang tinggi dan kesukaran untuk mendapatkan truffle itu. Truffle merupakan spesis kulat yang tumbuh meliar dan termasuk di dalam tumbuhan yang terkawal serta tidak boleh ditanam sesuka hati. Ia tumbuh di dalam tanah dan sering ditemui tumbuh berdekatan akar pokok oak, poplar dan bic. Selain Perancis, truffle kini mula ditanam secara meluas di negara Amerika Syarikat, New Zealand, Chile dan Austria.
2. Cendawan tiram
Nama saintifiknya Pleurotus Ostreatus, adalah cendawan yang paling mudah ditemui. Pertama kali ia ditemui di Jerman dan ditanam secara terutamanya ketika Perang Dunia Pertama satu ketika dahulu. Kesukaran mencari makanan ketika waktu perang, menjadikan cendawan tiram juga dikenali sebagai makanan perang buat warga Jerman ketika itu. Kini ia meluas ditanam secara komersial bukan sahaja di Jerman bahkan di seluruh dunia.
Cendawan tiram banyak didapati dalam hutan beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia. Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu. Cendawan tiram juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
Terkini teknik penanaman cendawan tiram yang lebih komersial dan praktikal membolehkan ia di tanam dengan menggunakan kos yang rendah dan mampu menjana pendapatan lumayan.
- Cendawan Enoki
Juga dikenali sebagai cendawan straw merupakan sejenis cendawan yang tinggi dengan serat, kandungan kalori rendah dan menguatkan sistem imun. Kandungan kalsium dan fosforus dalam cendawan enoki sangat tinggi bagus untuk membantu menguatkan tulang dan gigi. Habitat semula jadi cendawan ini boleh ditemui di tunggul kayu terutamanya di kawasan lantai hutan yang lembap.
- Cendawan kukur atau kulat sisir
Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama saintifik bagi cendawan ini adalah Schizophllyum commune.
Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Masyarakat setempat di Malaysia khususnya menggemari kulat sisir dan menjadikan ia sebagai sebahagian hidangan menu masakan tradisi Melayu.
Lazimnya ia tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan.
- Cendawan butang
Agaricus bisporus yang juga dikenali sebagai cendawan butang, cendawan meja atau cendawan tani merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan tumbuh semula jadinya di kawasan padang rumput dan ladang-ladang selepas hujan dari lewat musim bunga hingga musim luruh di seluruh dunia. Walaupun spesies ini hanya terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utara tetapi populasi spesies ini naik mendadak dan merupakan salah satu cendawan yang paling banyak ditanam secara komersial di seluruh dunia. Cendawan ini tumbuh liar secara semula jadi mempunyai pileus keperang-perangan serta insang yang berwarna perang gelap.
- Cendawan portobello
Cendawan Portobello merupakan sejenis cendawan rendah natirium, lemak dan kolesterol. Ia juga kaya dengan protein yang tinggi, mengandungi thiamin, vitamin B6, folat, magnesium, zat besi dan sumber serat yang baik. Nama saintifik cendawan portobello adalah Agaricus Bisporus ini mempunyai dua warna iaitu warna putih dan coklat.
- Cendawan Cremini
Cendawan Cremini sebenarnya spesies cendawan yang sama seperti Cendawan Tombol Putih (Agaricus bisporus). Cendawan ini mempunyai rasa yang berbeza daripada Cendawan Tombol Putih. Jika anda menemui cendawan ini jenis bersaiz kecil ia dikenali sebagai Cremini, Baby Bella, Mini Bella, Portobellini dan juga Baby Portobella.
- Cendawan porcini
Cendawan Porcini antara cendawan yang sering menjadi item tambahan dalam masakan Itali. Nama saintifik cendawan ini adalah Boletus Edulis. Cendawan ini mudah didapati di kawasan hutan pokok-pokok pine dan tumbuh dengan suburnya terutama ketika musim luruh. Cendawan ini bernilai tinggi dan ianya dijual secara komersial sewaktu musim luruh tiba. Lazimnya untuk dieksport keluar negara, cendawan ini dihiris nipis dan dikeringkan terlebih dahulu.
- Cendawan morel
Baunya yang manis, membuatkan ramai yang meminati cendawan yang tumbuh liar ini. Bahagian atasnya mengandungi kandungan istimewa yang dikenali sebagai mycelium. Sama seperti cendawan portobello, cremini dan tiram…cendawan morel cukup popular digunakan dalam penyediaan masakan Itali. Selain rasanya yang lazat ia juga tinggi manfaat khasiatnya.
- Cendawan Lion Mane
Cendawan ini cukup popular dijadikan hidangan bagi masyarakat Asia terutama di India, China, Korea dan Jepun. Cendawan ini boleh dinikmati mentah ataupun dikeringkan dan dijadikan minuman seperti teh. Cendawan ini juga mengandungi bahan bioaktif yang mempunyai kesan yang baik ke atas badan, terutama otak, jantung dan usus