Waahh… meriah sungguh komen netizen di media sosial hari ini apabila melihat pempengaruh media sosial popular, Sam Lim kini sah bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Parisa Ardina.
Sam Lim Nikah Gadis Melayu
Buat anda yang mengikuti perkembangan pasangan sejoli ini, mereka berdua selamat disatukan dalam satu majlis akad nikah di sebuah masjid yang berlangsung hari ini.
Majlis yang cukup romantis dan tenang itu menyaksikan Sam Lim menyerahkan mas kahwin serta hantaran sebagai tanda sah ikatan mereka, sambil disaksikan oleh ahli keluarga terdekat serta teman rapat.
Ads
Kali Ini Bukan Marketing Semata-mata
Menerusi hantaran rakannya iaitu Nicholas di Tiktok, Sam Lim berkata, hubungannya bukan sekadar taktik pemasaran tetapi cerita benar.
Difahamkan Sam menggunakan nama Islamnya Muhammad Zavian Lim Abdullah.
Ads
“Kami dah kahwin. Kami bukan ‘marketing’, saya kaya dan sudah popular, tak perlu semua ni,” katanya.
Momen indah pasangan ini turut dikongsi melalui hantaran di media sosial, sekali gus mengubati kerinduan peminat yang selama ini mengikuti perkembangan hubungan ‘sweet’ pasangan pempengaruh tersebut.
Ramai Suka & Mendoakan Yang Baik-baik
Sam Lim tampil segak dan kemas, manakala Parisa kelihatan cukup anggun dan menawan dalam busana pengantin yang ringkas namun tetap menyerlahkan seri wajahnya.
Ads
Pasangan yang cukup dikenali dengan konten kreatif dan mencuit hati di TikTok dan Instagram ini mula mendapat perhatian ramai kerana keserasian mereka, sebelum akhirnya memutuskan untuk melangkah ke fasa perkahwinan.
Terdahulu, berita mengenai hubungan mereka sering menjadi bualan pengguna, namun kedua-duanya lebih selesa berkongsi perkembangan secara berperingkat sehinggalah hari bahagia mereka tiba.
Meninjau ke ruangan komen, banyak doa yang ‘manis-manis’ serta ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakannya yang turut tumpang gembira.
Niat untuk membantu bebaskan anak dari penjara, seorang suri rumah sanggup belajar dari tiada SPM tetapi akhirnya menjadi peguam asbab anaknya dituduh membunuh.
Cerita Puan Azlina Abdul Aziz yang berusia 52 tahun tular di media sosial, datang dari keluarga susah, berhenti sekolah malah SPM pun tidak ambil. Berkahwin awal tetapi jodohnya tidak panjang. Kemudian bertemu jodoh dengan warga Australia.
Berpindah ke Australia pada 2003 dan pulang ke Malaysia pada tahun 2010 dan menjadi suri rumah sepenuh masa sehinggalah anaknya dituduh membunuh pada tahun 2016.
“Mula-mula saya ingat kes dadah, tapi bila polis cakap kes bunuh, memang terkejut sangat. Anak saya mempunyai masalah pembelajaran didakwa bersama individu lain dalam kes berkenaan. Anak saya nampak macam biasa, tapi sebenarnya dia seorang yang lembam.”
Anak-anak istimewa yang mempunyai learning disabilities ini kadang kita sebagai ibu bapa pun tidak tahu. Nampak anak macam okay.
Membaca English Literature seolah-olah anak buah Shakespear tetapi bila bagi instructions yang senang pun tidak faham. Mula lah si emak rasa nak marah, cakaplah tidak faham bahasa.
Kongsi Puan Azlina, memang anak istimewanya didiagnose mempunyai ‘learning disabilities+ADHD’ dari umur 12 tahun. Siapa yang tahu latar belakang dari lahir kemudian tinggal dengan keluarga angkat sampai berumur 7 tahun.
Kita tidak tahu trauma yang Said lalui (mak dia tahulah). Sebenarnya ramai kanak-kanak begini tapi ada ibu bapa yang tidak boleh terima.
Kata ibu ini, “dia awal-awal dulu pun keliru juga. Orang pergi sekolah, dia pergi sekolah. Orang balik, dia balik tetapi buku tidak bawa dan pencil case tidak ada.”
Bangun pagi tidak payah kejut. Jadi kita ini sebagai ibu bapa terdetik dalam hati, “mungkin sebab dia budak lagi” sampailah kami dipanggil ke sekolah dan dalam parents meeting itu pun ada yang cakap Said ‘normal’ tetapi ada yang cakap tidak dan cadanngkan bawa jumpa doktor.
Di situlah bermulanya pengesahan anak mempunyai learning/mental disabilities termasuklah dengan dirinya sekali didiagnose doktor ada ADHD.
Maka bermula dari situlah semuanya. Dalam usia 43 tahun, tanpa SPM Puan Azlina memulakan pengajian dalam bidang undang-undang di UIAM mengikut laluan khas (APEL) dengan menggunakan pengalaman kerjanya sambil mengurus kes anaknya.
Akhirnya 6 tahun kemudian pada tahun 2022, anaknya dibebaskan kerana didapati tidak bersalah dan sempat melihat konvokesyen ibunya. Lebih hebat, Puan Azlina kini ada Lawyer Firm sendiri dengan memberi fokus kepada kes sivil.
Berkongsi pandangan tentang anak, bagi Puan Azlina setiap ibu bapa mempunyai cabaran mendidik anak-anak.
Menurutnya, dia belajar atau memahami keadaan anak dengan cara yang perit. Puan Azlina tidak kesiankan dirinya tetapi lebih kasihankan anak yang terpaksa merengkok hampir 6 tahun ditahan reman disebabkan oleh perbuatan orang lain dan kerana dia berada ditempat dan diwaktu yang salah.
Kita tidak perlu salahkan anak atau ibu bapa sebab banyak pengajaran tentang anak dan ibu bapa sudah disebut dalam Al-Quran. Berat tak berat kita terpaksa hadap juga. Kita kena kuat untuk anak-anak dan untuk diri kita juga. Nak salahkan diri sendiri? Salahkan suami? Salahkan ibu bapa kita? Salahkan adik beradik? Salahkan kerajaan.. bolehlah salahkan lepas itu kita dapat apa?
Tulis Puan Azlina lagi, dia tidak salahkan sesiapa. Sama ada polis, Dpp, mahkamah, penjara, anak sendiri atau kawan-kawan, memang tidak boleh nak tunding jari.
Baginya perkara telah berlaku dan sekarang macam mana kita nak bertindak. Terpaksa ikut flow system perundangan kita.
Nak cepat semua nak cepat tapi kita siapa? Kalau kita tidak boleh sabar kemudian kita nak buat apa? Nak culik anak keluar dari penjara? Nak telan air liur pun rasa perit.
Ketika itu yang orang nampak Puan Azlina atau lebih dikenali sebagai Makcikmanis pergi mengopi makan kek ambil gambar.
Itu cara Puan Azlina menjaga kewarasan pemikiran. Jadi buat ibu bapa yang sedang struggle dalam ujian masing-masing, hadapilah dengan tenang dan cuba fikir jalan tanpa menyalahkan pihak lain. Terima dengan reda dan selesaikan. Insya Allah.
Beberapa nama yang tidak asing dalam dunia aktivisme kembali mencuri perhatian apabila menyertai Global GSF 2.0, sebuah misi kemanusiaan Gaza yang dijadualkan berlepas dari Barcelona pada April ini.
Antara yang terlibat termasuk Ardell Ariana, Haroqs, Datin Heliza Helmi dan Hazwani Helmi, figura yang sebelum ini aktif dalam pelbagai misi bantuan kemanusiaan.
Misi seperti Global GSF 2.0 bukan sekadar perjalanan biasa. Ia melibatkan risiko, pengorbanan dan komitmen tinggi, sesuatu yang tidak semua mampu lakukan.
Namun, keberanian sukarelawan Malaysia ini menjadi inspirasi, khususnya buat wanita yang ingin menyumbang dalam cara mereka sendiri.
Penyertaan Ardell, Heliza dan sukarelawan lain dalam Global GSF 2.0 membuktikan bahawa semangat kemanusiaan tidak pernah padam.
Dalam dunia yang semakin mencabar, usaha kecil seperti ini mampu memberi harapan besar kepada mereka yang memerlukan.
Pelakon Betty Banafe terkilan, beliau sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi luahan hati mengenai isu hak jagaan anak yang sedang dihadapinya.
Menerusi satu perkongsian video di media sosial, situasi yang berlaku memperlihatkan kehadiran beberapa pihak termasuk pegawai berkaitan di kediamannya, berkait dengan perebutan hak jagaan anak melibatkan dua anaknya.
Dalam perkongsian tersebut, Betty Banafe dilihat memanggil anak-anaknya untuk tampil dan menyatakan pendirian mereka.
Luahan itu menggambarkan tekanan emosi yang dilalui seorang ibu dalam berdepan konflik hak jagaan anak yang berpanjangan.
Menurutnya, dia telah melalui proses turun naik mahkamah selama bertahun-tahun demi mempertahankan hak terhadap anak-anaknya.
Tambahnya, pelbagai kes difailkan sepanjang tempoh tersebut, menjadikan isu hak jagaan anak ini semakin rumit.
Walaupun Betty Banafe terkilan, beliau tetap nekad untuk terus berjuang demi memastikan masa depan anak-anaknya terjamin.
Sebagai ibu, keutamaan utamanya adalah memastikan anak-anak membesar dalam keadaan selamat, stabil dan mendapat didikan yang baik.
Dalam luahannya, dia turut menyentuh mengenai kesan konflik terhadap emosi anak-anak.
Isu seperti ini bukan sahaja melibatkan ibu bapa, tetapi turut memberi kesan kepada perkembangan emosi anak, terutamanya dalam situasi perebutan hak jagaan anak yang berlarutan.
Perkongsian Betty Banafe menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan artis yang rata-rata memberikan sokongan moral.
Ramai mendoakan agar urusan pelakon itu dipermudahkan dan isu hak jagaan anak ini dapat diselesaikan dengan baik.
Walaupun berdepan pelbagai cabaran, Betty Banafe menegaskan akan terus berjuang demi mendapatkan hak jagaan anak sehingga mereka cukup umur.
Baginya, perjuangan ini bukan sekadar hak, tetapi tanggungjawab sebagai seorang ibu. Isu hak jagaan anak bukan perkara mudah dan sering melibatkan emosi yang mendalam.
Kisah Betty Banafe ini menjadi peringatan bahawa di sebalik konflik, ada kasih seorang ibu yang tidak pernah luntur.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Perubahan karakter dek kerana bertambah anak, penyanyi wanita iaitu Syasya Rizal mengakui ada perubahan yang berlaku pada dirinya terutama selepas melahirkan anak keduanya.