
Salina Saibi
Semakin cantik dan tampal manis, pelakon Salina Saibi kini tampil berhijab selepas pulang menunaikan umrah pada bulan Syawal lalu tanpa niat awal untuk berhijab.
Salina mengakui berdepan ujian dalaman dan komen netizen, namun dia berusaha untuk istiqamah dalam penghijrahan demi diri, suami, dan Allah.
Perubahan ini membuatkan Salina rasa lebih tenang dan bahagia dalam kehidupan seharian walaupun ada rindu pada rambutnya sebelum ini.
Kini tampil dengan imej berhijab, pelakon Salina Saibi berharap semua orang dapat mendoakannya untuk terus istiqamah dengan penghijrahan yang dilakukannya.
Menurut Salina, penghijrahannya bermula selepas pulang menunaikan umrah pada bulan Syawal lalu. Katanya, dia sendiri tidak pernah merancang atau berniat untuk berhijab ketika berangkat ke Tanah Suci.
“Bermula selepas saya pulang dari umrah. Doakan saya sebab iman saya lemah. Setiap kali pakai tudung, ada sahaja setan nak menghasut. Iman berbolak-balik. Setiap kali keluar, cari tudung dulu. Alhamdulillah suatu perkara yang positif untuk diri saya. Saya buat kerana Allah, diri sendiri dan suami.
“Waktu pergi Umrah sebenarnya saya tak minta dan tiada niat pun. Mungkin ada orang lain termakbul. Dia umpama magik. Keluarga saya pun tak sangka dapat pergi ke Umrah. Kami sampai menangis-nangis. Saya berniat nak pergi Umrah setiap tahun dan nak sponsor seorang selepas mendahulukan keluarga saya.
“Saya dua minggu di sana. Saya rasa berdosa dengan Allah. Saya cuba kuatkan iman. Lagipun, saya ada jati diri tinggi. Susah berbolak balik melainkan kalau ada pengalaman traumatik yang lain. Kadang-kadang, ada orang yang pakai tudung kemudian freehair balik. Janganlah judge mereka,”
katanya lagi.Salina turut mengakui dia berdepan pelbagai ujian, termasuk pergolakan dalam diri sendiri serta komen daripada netizen. Namun, dia menegaskan dirinya sedang berusaha untuk berubah sedikit demi sedikit.
“Suami saya pun tak pernah paksa. Dia pun tersenyum tengok perubahan saya. Sejujurnya, saya rindu sahaja rambut saya. Tetapi itulah dugaan saya. Lagipun saya pun dah hidup separuh abad, tak akan nak tunggu seratus tahun baru nak berubah. Kalau boleh berubah, berubah sahaja. Jangan fikir lain.
“Ujian dari manusia pun banyak. Saya ada menerima komen-komen seperti saya masih muda lagi untuk nak pakai tudung. Namun, sebenarnya dugaan itu bukanlah dia tetapi syaitan yang telah menjentik hati. Ada yang kata baju ketat. Saya tahu perkara itu. Saya sedang cuba,”
ujarnya.Dalam masa sama, Salina bersyukur kerana perubahan yang dilakukannya kini membuatkan dirinya berasa lebih tenang dan bahagia menjalani kehidupan seharian.
Sumber: Astro Gempak