Penjagaan Diri

Rutin Cantik Sebelum Tidur, Guna Gua Sha & Jade Roller Bantu Runcingkan Wajah

Share

Kalau betul nak wajah lawa dan awet muda, kena rajin amalkan rutin cantik sebelum tidur. Antara dua barang cukup membantu adalah gua sha dan jade roller.

Rutin Cantik Sebelum Tidur

Ini adalah antara rutin penjagaan wajah (skincare tools) yang digunakan untuk urutan muka. Tujuannya ialah untuk bantu melancarkan peredaran darah, kurangkan bengkak, dan bantu bentuk muka lebih ‘contour’ atau tajam seperti bahagian rahang (jawline).

Dikongsikan oleh Puan Tiqah, berikut penjelasannya:

Guna Gua Sha & Jade Roller Bantu Runcingkan Wajah

1. Gua Sha (alat berbentuk hati/melengkung)

Fungsi:

• Mengurangkan ‘puffiness’ (bengkak) pada muka.
• Melancarkan peredaran darah dan bantu limfa bergerak (detox effect).
• Membantu menegangkan kulit dan menonjolkan rahang (sharp jawline).
• Mengurangkan tegang otot muka (contohnya di rahang atau dahi).

BACA ARTIKEL: Menolak Tua Pada Wajah, Ketahui Waktu Terbaik Pakai Serum

Cara guna:

1. Sapukan facial oil atau serum pada muka (supaya alat licin dan tak tarik kulit).
2. Pegang alat gua sha pada sudut 45 darjah. 3. Gosok perlahan dari bawah ke atas atau dari tengah muka ke arah luar:
Dari dagu ke arah telinga (untuk bentuk
rahang).
• Dari pipi ke arah pelipis.
• Dari bawah mata ke arah luar.
• Dari bawah leher ke atas.
4. Ulang setiap gerakan 5-10 kali di setiap bahagian.

2. Jade Roller (alat berbentuk roller dua hujung).

Fungsi:

• Memberi rasa sejuk pada kulit – bantu kurangkan bengkak dan lingkaran hitam bawah mata.
• Merangsang pengaliran darah dan bantu kulit nampak lebih segar.
• Boleh digunakan selepas sapuan serum atau moisturizer supaya cepat serap.

Cara guna:

1. Letak jade roller dalam peti sejuk 10-15 minit untuk rasa lebih sejuk.
2. Roll dari tengah muka ke arah luar dan ke atas.
3. Gunakan hujung kecil untuk bawah mata dan hidung, hujung besar untuk pipi dan dahi. 4. Gunakan 5-10 minit setiap hari.

Kesan jika guna secara konsisten:

• Wajah nampak lebih ramping dan terangkat.
• Rahang lebih jelas (terutamanya jika ada air berlebihan pada muka).
• Kulit nampak lebih berseri dan sihat sebab aliran darah lancar.

Haaa… umur berapa anda baru tahu alat ini sangat penting untuk penjagaan wajah? Siapa yang pernah guna, boleh kongsikan dengan pembaca Mingguan Wanita.

Published by
Nadia Mohamad