Rupanya Sebab Langgar Pembahagi Jalan Jadi Punca Bas Terbalik, 1 Maut Dan 2 Cedera Parah

Share

Semalam seorang penumpang meninggal dunia, manakala dua lagi parah akibat tersepit apabila sebuah bas terbalik dalam nahas di KM 33.3 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 6.45 petang.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Tey Kong Seng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Pasukan penyiasat masih berada di lokasi dan masih belum diketahui jumlah sebenar mangsa yang terbabit,” katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 6.34 petang.

“Satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa. Setakat ini punca kejadian dipercayai akibat bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.”

 

Katanya, setakat ini pihaknya menerima laporan seorang sahaja mangsa meninggal dunia, manakala dua mangsa parah akibat tersepit.

 

Bas berkenaan membawa 42 penumpang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Sumber: Astro Awani

IKLAN