Rupanya Petua Nak Ikan Bilis Goreng Rangup Lebih Lama & Garing, Perap Seketika Dengan Cuka Makan!

Share

Rupanya perap ikan bilis dengan cuka makan seketika adalah petua bagi jadikan ia lebih garing dan kerangupannya bertahan lebih lama.Bukan apa, walaupun hanya sekadar goreng ikan bilis, jika tak kena cara ia akan jadi liat, lembik dan tak rangup seperti yang diinginkan. Bagi mak-mak yang suka goreng ikan bilis boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Nur Hazwanie Ishak

ini.

“Ikan bilis yang digoreng garing memang sedap dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Tapi tahukah cara untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang sedap dan kerangupannya tahan lama? Jom cuba petua ini.”

Bahan-Bahan:

Ikan bilis
Cuka makan

Cara-Caranya:

1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.


2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
3. Perap selama 5 minit.


4. Goreng ikan bilis seperti biasa.

Insya-Allah ikan bilis akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.

Tips Elakkan Minyak Agar Tidak Terpercik Ketika Menggoreng

  1. Masukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian teruskan menggoreng.

2.Masukkan sekeping asam gelugur ke dalam minyak. biarkan sekejap. Keluarkan asam gelugur ketika hendak menggoreng.

Selamat Mencuba!

Sumber:Nur Hazwanie Ishak

IKLAN