Rambut itu mahkota wanita. Tetapi kalau muda lagi sudah ada uban, pasti ia menganggu sedikit sebanyak keyakinan diri.
Uban adalah antara salah satu petanda proses penuaan sedang berlaku. Tetapi jika seseorang itu beruban ketika masih muda, apakah penyebabnya?
Penjelasan mengenai Uban Pada Usia Muda oleh Dr Ahmad Samhan di akaun Facebook, ini boleh menjawab persoalan mereka yang mengalami masalah ini. Ikuti perkongsiannya ini.
“Doktor, saya baru berumur 20 tahun dah ada uban. Saya malu lah!”
Uban terbentuk kerana folikel yang menjadi tempat tumbuhnya rambut memiliki sekumpulan sel yang disebut melanosit.
Sel melanosit inilah yang berfungsi untuk menghasilkan melanin atau pigmen yang memberikan warna gelap pada rambut.
Saat usia makin menua, melanosit ini mulai mati yang menyebabkan penghasilan melaninnya berkurang.
Akhirnya, warna rambut pun akan berangsur menjadi kelabu, keperakan, sampai memutih kerana penghasilan melanin berhenti. Inilah yang kemudian menyebabkan uban pada rambut.
Uban yang tumbuh di usia muda mungkin disebabkan keturunan. Jika ayah atau ibu kita ada uban di usia muda, mungkin untuk kita uban awal adalah sangat tinggi.
Tiroid yang sangat aktif boleh mengganggu penghasilan melanin, sehingga boleh menyebabkan uban.
Uban di usia muda juga boleh disebabkan kadar vitamin B12 yang rendah. Selain vitamin tersebut, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi sangat disarankan untuk selalu mengambil makanan yang kaya vitamin B12 dan zat besi.
Tekanan merupakan antara punca pelbagai penyakit kronik dan tahap stres ini juga boleh mengakibatkan rambut gugur dan beruban.
Vitiligo adalah kondisi sistem autoimun yang boleh merosakkan melanosit iaitu sel-sel yang menghasilkan pigmen untuk warna rambut.
Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban. Merokok boleh mendatangkan serangan radikal bebas di dalam tubuh dan ianya mampu menurunkan kadar melanin.
Bukan saja tak bagus untuk kesihatan tapi juga bagi rambut. Kandungan junk food boleh mengganggu penghasilan melanin di dalam rambut.
Nak guna boleh tetapi jangan terlampau kerap kerana boleh menyebabkan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin, oleh itu rambut cepat beruban.
Bahan kimia pada pewarna rambut boleh rosakkan sel melanin.
Artikel berkaitan:
Jangan Pandang Ringan Jika Anak Sukar Buang Air Besar, Cari Puncanya!
Bantu saya untuk #share info penting pada keluarga dan kawan-kawan. Jemput follow saya dan set #seefirst.
Sumber: Ahmad Samhan