Rupanya Bila Kulit Jadi Kering, Kasar & Berkedut, Inilah Sebabnya!

Share

Menjadi idaman setiap wanita untuk mempunyai kulit yang sihat, lembut, lembap, licin dan berseri. Namun lumrahnya, setelah menjadi mak-mak memang payah nak kekalkan kelembapan kulit ini, terutamanya bahagian tangan.

Mana tidaknya, macam-macam kerja rumah yang perlu dilakukan seperti mencuci baju, memasak, mencuci pinggan mangkuk, mencuci bilik air, mengemop lantai dan sebagainya. Belum campur mandi dan tukarkan lampin anak.

Penggunaan sabun atau bahan antiseptik secara berlebihan boleh menyebabkan kulit menjadi tegang dan ketat. Bahkan semakin kerap  terdedah kepada sabun, semakin banyak lapisan minyak pada kulit hilang.

Akibatnya kulit mudah jadi kering, kasar, berkedut malah lebih parah boleh jadi gatal kemerahan dan luka.Sayangnya, wajah dah berseri tapi kulit pula kasar dan kering, memang jadikan diri tak selesa dan boleh hilang keyakinan diri!

Selain itu, penting mak-mak perlu tahu antara tabiat lain yang boleh menjadi PUNCA menyebabkan kulit kering ialah:

1. Penggunaan Pendingin Hawa

Peningkatan penggunaan pendingin hawa, menyebabkan risiko kulit kering semakin meningkat. Suhu pendingin hawa terlalu sejuk boleh menyebabkan persekitaran kurang lembap dan menjadikan kulit kering jika terlalu kerap di dalam bilik.

2. Mandi Dengan Air Terlalu Panas

Kebiasaan mandi di dalam air yang terlalu panas boleh menyebabkan kelembapan semula jadi kulit mudah hilang. Akibatnya, kulit mudah kering. Oleh itu, pastikan suhu air mandi tidak terlalu panas supaya kelembapan kulit dapat dikekalkan.

3. Mandi Terlalu Lama

Mungkin ramai yang tidak tahu, tabiat mandi terlalu lama ini boleh membuat lebih banyak air menguap keluar dari badan. Kulit tidak membuat sentuhan langsung dengan air apabila mandi. Tetapi selepas mandi, air di permukaan badan sebenarnya menguap dan risiko membuat kulit kering. Untuk mengekalkan kelembapan kulit, hadkan masa mandi hingga kira-kira lima ke 10 minit.

4. Terlalu Banyak Menggosok Badan

Skrub badan perlu untuk menghilangkan kulit mati. Tetapi jangan terlalu kerap menggunakan skrub untuk mengelak permukaan kulit rosak. Penggunaan alat mandian mandi seperti span, fabrik atau bahan kasar lain menjadikan kulit berasa bersih. Bagaimanapun, perlu ingat hanya perlu menggunakan tangan atau kain lembut untuk membersihkan badan.

5. Kesan Pengambilan Ubat-Ubatan

Terdapat jenis-jenis ubat yang boleh memberi kesan kulit kering termasuk ubat jerawat, tekanan darah tinggi dan kolesterol. Perlu ambil tahu apa yang dimakan dan beri perhatian kepada perubahan kulit setiap hari.

6. Dehidrasi

Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan adalah antara penyebab kulit menjadi kering. Pengambilan air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari  sangat penting bagi memastikan keadaan kulit tidak kering dan sentiasa segar.

7. Cuaca Tak Menentu

Terdedah pada cuaca yang tidak menentu juga mempengaruhi kelembapan kulit.Kulit akan menjadi kering jika cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas. Terlalu banyak peluh yang keluar dari juga akan menyebabkan kulit menjadi kering.

8. Kurang Pengambilan Makanan Sihat

Penting mengamalkan pemakanan nutrisi sihat, ia mampu mencantikan dan melembapkan kulit secara semula jadi. Terutama yang mengandungi banyak vitamin dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.Kurang pengambilan makanan ini akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan kering.

Linola Lotion Atasi Masalah Kulit Kering

Jalan mudah bagi mengatasi masalah kulit kering ini secara berkesan dengan melembapkan kulit menggunakan losyen Linola.

Linola Lotion diformulasi oleh seorang pakar farmasi yang terkenal di Jerman, Dr August Wolff pada tahun 1937. Beliau bukan sahaja pencipta ubat-ubatan, malah turut menjalankan banyak penyelidikan mengenai masalah kulit kering. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bekalan asid linoleik secara terus ke atas lapisan kulit boleh membantu memperbaiki lapisan pelindung kulit secara semula jadi lalu mengekalkan kandungan lembapan dalam kulit.

Linola Lotion diperkaya dengan formulasi Asid Linoleik yang berkesan memperbaiki kerosakan struktur lipid pada lapisan pelindung kulit. Dalam masa yang singkat kulit kasar akan kembali lembut, halus dan licin.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu melindungi, melegakan kulit kering secara berkesan dan menghasilkan semula semula sel kulit baru. Bahkan penjagaan kulit harian sebegini amat penting khususnya untuk golongan yang menghadapi ekzema.Losyen ini juga memberi perhatian kepada tanda-tanda kulit kering seperti kulit mengelupas ataupun kegatalan terutamanya di bahagian bawah lutut.

“Walaupun produk ini berasal dari Jerman, namun keberkesanan Linola Lotion ini amat disetujui oleh warga Malaysia. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam satu survei yang dijalankan kebelakangan ini, 98% daripada pengguna produk ini bersetuju bahawa ia boleh melegakan masalah kulit kering dalam sekelip mata.”

*Berdasarkan keputusan daripada 378 pengguji Linola Lotion di Tryandreview.com (Julai 2019, Malaysia).

Produk Linola ini boleh diperolehi di mana-mana cawangan Farmasi CARiNG. Ada juga disediakan ‘tester’ sekiranya anda ingin rasai teskturnya. Dapatkannya hari ini juga dengan kod promo LINOLA10 di caring2u.com.my. Nikmati potongan RM10 dengan setiap pembelian sebelum promosi ini tamat!

Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi 03-5636 3758 atau layari www.linola.my

#LinolaMalaysia

 

 

 

 

 

IKLAN