daun pisang

Rupanya begini cara yang betul, mak-mak boleh simpan daun pisang supaya ia kekal segar,hijau dan boleh bertahan sehingga 2 minggu! Bukan apa, daun pisang jika salah cara penyimpanannya boleh mengakibatkan daunnya cepat lebam, birat dan mudah rosak.

Daun pisang selalu digunakan sebagai penambah aroma bagi masakan mahupun kuih muih. Jika duduk di kampung, daun pisang tak jadi masalah boleh diambil bila-bila masa pada pokok. Tapi mak-mak yang duduk dibandar ni, yang tinggal di apartmen, kondominium daun pisang ni sangatlah ‘berharga’. Nak beli daun pisang ni boleh tahan juga harganya.

Oleh itu bila balik kampung, jika mak-mak ambil daun pisang dalam kuantiti yang banyak boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Roslan Mamak Haji. Menurut beliau, bila bawa balik daun pisang dari kampung, kadang kala ambil masa yang panjang, simpan pulak di but kereta, maka daun pisang ini perlu ‘disejukkan’ terlebih dahulu.

Baca juga : Cara buat ketupat daun pisang paling mudah, wangi, lembut, berlemak.

Cara-Cara Simpan Daun Pisang:

1. Ketika gulung daun pisang jangan terlalu banyak, satu gulung dalam 10 helai cukup, dan ikat dengan getah.

IKLAN

Rupanya Begini Cara Betul Simpan Daun Pisang Supaya Kekal Segar, Hijau & Boleh Bertahan Sampai 2 Minggu!

2.Kemudian rendam daun pisang tersebut dalam baldi yang diisi air untuk hapuskan ‘haba’.

IKLAN

3.Selepas bawa balik ke rumah, rendam sekali lagi dalam air selama 15-20 minit.

Rupanya Begini Cara Betul Simpan Daun Pisang Supaya Kekal Segar, Hijau & Boleh Bertahan Sampai 2 Minggu!

IKLAN

4. Toskan air dan terus masukkan dalam beg plastik serta simpan di peti sejuk bahagian dingin (chiller). Hasilnya daun pisang boleh bertahan sehingga 2 minggu.

Info Ekstra! Punca Daun Pisang Cepat Lebam & Tak Bertahan Lama

  • Perlu tahu, proses fotosintisis tetap berlaku pada daun-daun pisang menyebabkan “Haba” akan akan dibebaskan dalam gulungan daun pisang.
  • Oleh kerana tidak ada pengudaraan dalam gulungan itu, haba pada daun pisang boleh mencecah sehingga 40 – 45 C. Menyebabkan haba ini, akan melebamkan permukaan daun pisang.
  • Daun-daun pisang telah lebam, tidak boleh gunakan untuk balut nasi lemak atau lain-lain kerana bau yang keluarkan amat tidak menyenangkan.
  • Daun pisang perlu direndam didalam air selama 15-20 minit, supaya air dapat meresap pada daun tersebut. Daun pisang perlukan air untuk proses fotosintisis, klorofil inilah jadikan daun kekal hijau.

Semoga bermanfaat dan mak-mak boleh lah mencuba sendiri dirumah nanti. Tip ini juga sangat bagus dicuba bagi penjual kuih muih mahupun nasi lemak yang menggunakan daun pisang dalam jumlah yang banyak,  jadi tidaklah rugi mahupun membazir jika daun pisang rosak.

Sumber: Roslan Mamak Haji

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI