Rumah tangga jadi goyah bila suami isteri sudah mula tawar hati. Pernahkah tak nampak pasangan warga emas yang kelihatan sangat romantik walaupun usia perkahwinan mereka sudah bertahun lamanya? Mereka kelihatan mesra ketika berjalan di taman atau makan di restoran,masih berpegangan tangan, tersenyum mesra, malah kadangkala menyuap makanan antara satu sama lain.
Pemandangan sebegitu sering membuat kita tersenyum sendiri dan menyimpan harapan agar kita juga dapat menikmati kebahagiaan seperti itu suatu hari nanti. Namun, realitinya, ramai pasangan muda yang sudah berasa tawar hati hanya selepas beberapa tahun berkahwin.
Pasangan yang dahulunya sangat dirindui kini tidak lagi menimbulkan rasa teruja. Sentuhan yang dahulu menggetarkan jiwa kini tiada lagi ertinya. Kata-kata manis yang dahulu sering diucapkan kini menjadi asing dan hambar.
Pengkhianatan dalam hubungan merupakan luka yang amat dalam. Sekali dikhianati pun sudah cukup menyakitkan, apatah lagi jika berulang kali. Kecurangan adalah punca utama pasangan berasa tawar hati.
Apabila keputusan penting dibuat berdasarkan pandangan ibu bapa atau adik-beradik, dan bukan bersama pasangan, ini boleh menimbulkan rasa tidak dihargai dan dipinggirkan.
Walau dengan pelbagai alasan seperti anak kecil atau keletihan, tidur secara berasingan boleh menjarakkan hubungan emosional suami isteri.
Fizikal berdekatan, tetapi hati dan perhatian berada di tempat lain. Masing-masing asyik dengan telefon bimbit dan media sosial tanpa melibatkan pasangan dalam ruang emosi mereka.
Hubungan mata ketika berbual adalah sangat penting dalam membina komunikasi dan keintiman. Apabila ia tiada, hubungan menjadi hambar dan terasa kosong.
Sentuhan seperti pelukan atau kucupan secara tiba-tiba mampu menyemarakkan kembali kasih sayang yang mungkin semakin pudar.
Ucapan “terima kasih” atas usaha harian pasangan walaupun kecil dapat memberi kesan besar dalam hubungan. Tanpa penghargaan, rasa dihargai itu hilang.
Apabila hanya satu pihak yang bercakap dan membuat keputusan, manakala pasangan tidak dipedulikan, hubungan tidak lagi seimbang dan mesra.
Hubungan fizikal adalah elemen penting dalam perkahwinan. Apabila ia berkurang, hubungan emosi juga boleh terjejas.
Ketibaan pasangan dari tempat kerja tidak disambut, keperluan tidak dijaga, dan rumah tangga tidak diurus bersama boleh menyebabkan hubungan menjadi dingin.
Penampilan yang terurus bukan hanya untuk sebelum berkahwin. Ia menunjukkan penghargaan terhadap diri dan pasangan.
Tarikh ulang tahun dan hari lahir adalah momen penting untuk mengukuhkan hubungan. Melupakan tarikh-tarikh ini boleh memberi isyarat bahawa pasangan sudah tidak lagi penting.
Percutian boleh menyegarkan kembali hubungan. Pilih destinasi yang menenangkan dan sesuai dengan kemampuan.
Lakukan perkara yang belum pernah dilakukan bersama seperti mencuba hobi baru atau memenuhi hasrat kecil pasangan.
Apabila pasangan merasakan dirinya kembali menjadi keutamaan, perasaan kasih akan kembali subur.
Sentuhan fizikal seperti genggaman tangan mampu mengeratkan hubungan tanpa perlu kata-kata.
Senyuman dan sambutan yang hangat ketika pasangan pulang ke rumah boleh menghilangkan keletihan dan tekanan harian.
Jika perkara itu boleh diselesaikan sendiri, lakukan dengan tenang. Membebel hanya memburukkan keadaan.
Tunjukkan bahawa anda masih mahu kelihatan menarik di mata pasangan, walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin.
Memasak, membersih rumah, atau menonton rancangan TV bersama boleh membina semula ikatan emosi.
Memberi ruang untuk pasangan berehat atau meluangkan masa bersama rakan dapat mengelakkan tekanan dan memberi kelegaan dalam hubungan.
Pelukan dan ciuman bukan semata-mata untuk hubungan intim, tetapi tanda kasih dan sayang yang boleh dipamerkan setiap hari.
Ambil masa untuk benar-benar mendengar pasangan. Fahami keperluan dan luahan mereka dengan penuh perhatian.
Perkahwinan memerlukan usaha berterusan daripada kedua-dua pihak. Jika anda merasakan hubungan sudah mula renggang, jangan berdiam diri. Ambil langkah awal untuk memulihkan keadaan sebelum terlambat. Kebahagiaan itu boleh dibina semula – asalkan kita bersedia untuk berubah dan berusaha.
Baca artikel lain juga: Suami Isteri Nak Rumah Tangga Bahagia, Rajin-rajinlah Bersembang, Bukan Layan Gajet
Suami Isteri Bila Bergaduh, Jangan Mengadu Pada Mak Ayah, Bimbang Makin Buruk, Selesaikan Sendiri
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE