Inspirasi

Rumah Erysha Emyra Pernah Dirompak, Habis Duit dan Barang Kemas Hilang!

Share

Bekongsi kisah pahit sebelum 1 Syawal, pelakon wanita, Erysha Emyra pernah berdepan ujian berat apabila kediaman milik keluarganya dipecah masuk perompak.

Anak kepada Noniswara ini memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika ibu bapa dan adik-
beradiknya yang lain berada dalam rumah mereka.

Rumah Erysha Emyra Pernah Kena Rompak

Rompakan tersebut menyebabkan dia mengalami kerugian kehilangan wang ringgit termasuk
barangan kemas.

“Saya tiada di rumah ketika itu sebab keluar berbuka puasa. Adik hubungi dan menangis. keluarga ada di rumah ketika itu.

“Beberapa barangan hilang termasuk wang tunai dan barang kemas. Ibu bapa saya sudah
keluarkan duit tunai sebab kami nak pulang ke kampung.

“Semua barang itu kami letak dalam laci. Perompak itu kopak dengan pisau dan dia tinggalkan pisau di situ,”

katanya.

Erysha berkongsi perkara tersebut ketika dihubungi stesen radio Era.

Dia sebelum itu turut memaklumkan perkara tersebut dalam satu hantaran di InstaStory miliknya tentang kejadian yang dipercayai berlaku pada Selasa.

Trauma Dengan Apa yang Berlaku

Peristiwa tersebut juga memberi kesan trauma terhadap keluarganya.

“Selepas kejadian itu kami sedikit trauma. Namun ia juga peringatan buat kami. Selama lebih 20 tahun tinggal di situ tidak pernah berlaku apa-apa,”

jelasnya.

Erysa juga memaklumkan kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Gambar: Erysha Emyra

Published by
Nadia