Rita Sosilawati dedah alamat rumah jadi mangsa parcel ganja dari Thailand, kastam datang siasat. Rumah yang sepatutnya jadi tempat paling selamat bagi penghuni, kini boleh juga menjadi punca trauma sekeluarga.
Dalam dunia yang serba terbuka ini, alamat kediaman bukan lagi rahsia malah boleh menjadi senjata bagi mereka yang berniat jahat.
Itulah yang berlaku kepada keluarga usahawan kecantikan terkenal, Rita Sosilawati yang berkongsi alamat rumah adiknya menjadi mangsa skim penghantaran bungkusan ganja dari Thailand, satu helah kotor yang hampir-hampir mencemarkan maruah dan nama baik mereka.
🎯 Parcel ‘Misteri’ Dari Thailand, Isinya Ganja
Ads
Kisah ini dikongsi sendiri oleh Rita atau nama sebenarnya Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari di threadsnya. Menurut anak kepada pengasas kosmetik allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya ini, alamat rumah adiknya telah disalah guna scammer yang bertindak menghantar bungkusan ganja seberat 7 gram di mana penerimanya tidak dikenali oleh mereka sekeluarga.
“Alamat rumah memang rumah diduduki adik tapi nama penerima itu kita pun tak kenal langsung.
Ads
“Alamat rumah memang betul. Tapi nama penerima kami tak kenal langsung. Satu keluarga pun tak tahu menahu,” tulisnya, menyuarakan kekeliruan.
Menurut Rita, pegawai Kastam hadir ke rumah adiknya selepas mengesan bungkusan mencurigakan dari Thailand yang beralamatkan ke rumah mereka. Apa yang mengejutkan, parcel itu mengandungi ganja seberat 7gram namun nama penerima langsung tidak dikenali,”jelasnya.
Ads
Tanpa amaran, ahli keluarga terpaksa memberikan keterangan dan membuat laporan polis di mana mereka telah disoal siasat bagi membuktikan bahawa mereka langsung tidak terlibat.
😡 Aniaya paling kejam, guna alamat orang tak berdosa
“Siapa yang menaniaya keluarga saya, saya doakan dia takkan tenang dan takkan selamat, dunia akhirat,” tegas Rita dalam nada penuh kecewa.
Usahawan ini juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan alamat keluarganya untuk tujuan jahat, mungkin sebagai perisai untuk menyeludup bahan larangan ke negara ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bagi seorang ibu, setiap detik bersama anak adalah hadiah yang tiada gantinya. Dari saat pertama mereka membuka mata, sehinggalah melangkah ke dunia luas yang penuh cabaran, hati seorang ibu sentiasa dibalut doa agar anak-anaknya membesar menjadi insan berguna.
Itulah perasaan yang kini sedang dirasai oleh pelakon, usahawan dan figura inspirasi ramai wanita, Wawa Zainal.
Anak gadis keduanya, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa, baru berusia 10 tahun, namun sudah menunjukkan jiwa yang luar biasa besar. Bukan sekadar pandai berkata-kata, tetapi benar-benar mahu meletakkan nilai hidupnya pada memberi dan berkongsi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Wawa tidak menyangka bahawa niat tulus anaknya itu mampu menyentuh hati ramai. Dalam sebuah video, Hayla dengan wajah polos berkata dia mahu menggunakan wang hadiah sebanyak RM3,000 yang diberikan oleh Wawa dan Aeril sempena ulang tahun kelahirannya, untuk membeli sebuah televisyen kepada rumah anak yatim.
“Saya nak belikan mereka TV sebab sebelum ini mereka kata nak TV. Saya rasa nak beri mereka TV yang paling besar. Duit baki ini saya mahu belikan mereka makanan dan kek,” ujar Hayla sambil tersenyum.
Kata-kata yang lahir dari bibir seorang anak kecil ini barangkali kedengaran mudah, tetapi bagi yang memahami, ia sarat dengan nilai empati. Dia tidak memikirkan dirinya, tidak memikirkan keinginan kanak-kanak sebayanya, sebaliknya meletakkan kebahagiaan orang lain di hadapan.
Menariknya, ulang tahun kelahiran Hayla kali ini memang cukup istimewa. Selain hadiah wang tunai, dia turut menerima sebuah hadiah bernilai tinggi sebuah kedai untuk memulakan perniagaan. Sebuah hadiah yang besar nilainya, tanda kasih dan sokongan penuh dari kedua orang tuanya yang mahu membentuk minda usahawan sejak kecil.
Namun, di sebalik segala kemewahan dan peluang yang diberi, hatinya tetap berpaling kepada mereka yang kurang bernasib baik. Apa ertinya sebuah kedai jika jiwa tidak tahu erti berkongsi? Hayla membuktikan bahawa rezeki yang ada tidak semestinya untuk diri sendiri sahaja, tetapi boleh menjadi jambatan kebahagiaan buat orang lain.
Sebagai seorang ibu, Wawa tidak mampu menahan rasa bangga. “Tak sangka anak sekecil itu sudah ada kesedaran untuk berkongsi rezeki. Saya sebagai ibu, hanya mampu bersyukur dan berdoa agar jiwa murni ini terus subur dalam dirinya,” kata Wawa penuh sebak.
Bagi Wawa, ini bukan sekadar tentang membeli televisyen atau makanan, tetapi tentang membentuk hati seorang insan yang tahu nilai memberi. Melihat anak-anak memiliki kesedaran seperti ini adalah doa yang menjadi nyata. Doa setiap ibu yang mahu melahirkan generasi bukan hanya cerdas fikiran, tetapi juga lembut hati dan kuat jiwa.
Di usia sekecil itu, Hayla mengajar kita sesuatu, bahawa nilai kemanusiaan tidak terikat pada umur. Seorang anak kecil juga mampu menyentuh hati dunia dengan perbuatannya.
Bayangkan, jika semua anak-anak dibesarkan dengan kasih sayang, doa yang tidak pernah putus, dan dididik untuk bersyukur, betapa indahnya dunia ini.
Kisah Hayla bukan sekadar kisah seorang anak artis terkenal. Ia adalah cerminan bahawa setiap ibu bapa boleh menanamkan benih kasih sayang dan empati dalam diri anak-anak mereka.
Dalam dunia yang semakin individualistik, kisah ini hadir sebagai cahaya, mengingatkan kita bahawa masih ada hati kecil yang tulus, masih ada jiwa murni yang mahu berkongsi walau belum mengenal erti dunia sepenuhnya.
Gali semula kubur Zara Qairina untuk bedah siasat, mahkamah ada kuasa arahkan jika perlu. Mahkamah di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah menggali semula kubur bagi mengeluarkan jenazah, khususnya untuk tujuan menjalankan bedah siasat semula, selaras dengan peruntukan dalam Kanun Tatacara Jenayah.
Menurut Peguamcara dan Peguambela, Nor Zabetha Muhamad, walaupun mayat yang telah lama dikebumikan tidak lagi mempunyai tisu lembut yang boleh dinilai kerana proses pereputan, namun kecederaan pada tulang masih boleh dikesan dan menjadi bukti penting.
Katanya, perkara ini pernah dijelaskan oleh Ketua di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh ketika memberikan keterangan dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
“Saya ambil keterangan Ketua di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh dalam kes kematian kadet Zul Farhan (PP lwn. Muhammad Akmal Zuhairi Akmal & Ors [2024] 1 CLJ 795).
“Bagi orang Islam perlu mendapatkan keizinan khas Jabatan Agama Islam Negeri. Bagaimanapun, sudah tentu jika mayat mangsa dikeluarkan, keadaannya tidak sama tetapi banyak kecederaan tulang akan kelihatan.
“Sebenarnya terdapat banyak kes di Malaysia, jenazah yang ditanam telah digali semula ‘exhume’ atau ‘exhumation’ untuk bedah siasat,” katanya menerusi Facebook pada Sabtu.
Sebelum ini, tular kisah seorang ibu, Noraidah Lamat yang memohon bantuan guaman untuk memulakan proses menggali semula kubur anaknya, Zara Qairina Mahathir bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap kematiannya.
Nor Zabetha turut berkongsi satu lagi kes melibatkan kematian Dr Sebastian Joseph, di mana bapa mangsa, Joseph Anthony telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mengebumikan semula mayat anaknya bagi menjalani bedah siasat kali kedua pada 7 Januari 2015.
Beliau menjelaskan bahawa hasil bedah siasat kedua mendakwa bedah siasat pertama dilakukan secara cuai dan tidak mengikut piawaian profesional, manakala siasatan polis pula dikatakan tidak dijalankan dengan teliti.
“Jadi Plaintif sebagai bapa menyaman pegawai perubatan, polis, pengarah hospital, Ketua Polis dan Kerajaan Malaysia.
“Dalam kes ini terdapat isu-isu tentang kedudukan undang-undang antaranya kewajipan pegawai perubatan adalah untuk kepentingan masyarakat dan bukan pada keluarga, terdapat isu had masa.
“Berdasarkan Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, tindakan terhadap pegawai awam atau pihak berkuasa Awam mestilah dalam tempoh tiga tahun dari perbuatan. Memandangkan tindakan ini diambil melebihi tiga tahun, jadi tuntutan plaintif ditolak,” jelasnya.
Selain itu, Nor Zabetha juga mengulas kes Zahidah Ahmad dan adik tirinya Maznah, di mana pihak polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menggali semula jenazah ibu tiri mereka, Tanziah Zainuddin, yang telah dikebumikan tanpa sebarang bedah siasat.
Ketika memandikan jenazah, keluarga menyedari adanya kesan lebam namun urusan pengebumian tetap diteruskan. Namun kemudian, gelang emas milik Allahyarham didapati hilang dan ditemui telah digadai oleh teman lelaki Zahidah, menyebabkan keluarga mengesyaki unsur jenayah dan membuat laporan polis.
“Sewaktu memandikan jenazah, ahli keluarga nampak kesan lebam tetapi meneruskan urusan pengebumian.
“Selepas kejadian, gelang emas mangsa hilang dan dijual di kedai pajak oleh teman lelaki Zahidah.
“Ahli keluarga mula syak terdapat unsur jenayah, laporan polis dibuat. Setelah mayat digali, bedah siasat dijalankan namun punca kematian tidak dapat dipastikan kerana pereputan,” katanya.
Kedua-dua tertuduh dalam kes ini akhirnya dijatuhi hukuman. Maznah dikenakan perintah tahanan di bawah Yang di-Pertuan Negeri disebabkan statusnya sebagai remaja semasa kejadian. Zahidah pula disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun.
“Keputusan untuk menggali semula mayat bukan mudah tetapi ahli keluarga akan cuba mencari keadilan sewajarnya kerana mereka mahukan jawapan,” tambah Nor Zabetha.
Nafkah anak tertunggak RM70,750 sejak 2020, isteri kongsi bekas suami gagal tunai tanggungjawab. Seorang ibu, Mizah Salleh tampil mendedahkan kes tunggakan nafkah anak-anak yang kini mencecah RM70,750, selepas bekas suaminya gagal menunaikan tanggungjawab tersebut sejak November 2020.
Berkongsi catatan angka di facebook miliknya, Mizah Salleh jelasnya jumlah tersebut dikira berdasarkan kadar nafkah yang telah dipersetujui di mahkamah iaitu sebanyak RM1,350 sebulan, tidak termasuk perbelanjaan tambahan seperti kos awal persekolahan, persiapan Hari Raya dan keperluan harian anak-anak.
“Gambar ini bukan sekadar catatan akaun. Ia adalah bukti bertahun-tahun perjuangan saya sebagai ibu. Menanggung sepenuhnya keperluan anak-anak tanpa nafkah yang sepatutnya diberi sejak November 2020.
Biar sudah bertemu jodoh baru dan memiliki suami yang baik, namun tegasnya nafkah ini bukan pilihan tetapi kewajipan lelaki untuk melunasinya.
Tegasnya, nafkah anak bukanlah sesuatu yang boleh dipilih-pilih oleh mana-mana pihak, sebaliknya merupakan kewajipan mutlak yang perlu ditunaikan oleh seorang bapa, walau apa sekalipun status hubungan dengan bekas isteri.
“Anak-anak membesar tanpa tahu apa maksud ‘tunggakan’, tapi mereka rasa kesannya. Bila buku tak cukup, bila kasut koyak lambat diganti, bila mereka terpaksa tahan kehendak kerana keperluan lebih penting,” katanya lagi.
Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya yang dahulu pernah berjanji di hadapan hakim untuk menunaikan nafkah bulanan, kini langsung tidak menghubungi atau memberi sebarang maklum balas.
Dalam pada itu, beliau menyeru agar lebih ramai ibu yang berhadapan situasi sama tampil mempertahankan hak anak-anak mereka, dengan mengumpulkan bukti kukuh dan tidak berputus asa dalam mendapatkan keadilan.
“Saya tahu ramai yang senasib. Jangan takut untuk bersuara. Kita bukan minta lebih, hanya minta yang sepatutnya hak anak-anak yang tidak pernah salah memilih untuk dilahirkan,” katanya.
Dirinya turut menjelaskan catatan dibuatnya adalah untuk bukti perjuangannya sebagai ibu yang menuntut hak anak-anak yang gagal dibayar oleh bapa kandung.
“Gambar ini bukan sekadar catatan akaun. Ia adalah bukti bertahun-tahun perjuangan saya sebagai ibu. Menanggung sepenuhnya keperluan anak-anak tanpa nafkah yang sepatutnya diberi sejak November 2020.
Kes yang berlaku terhadapnya ini sekali lagi mengangkat isu kegagalan sesetengah pihak dalam melunaskan tanggungjawab nafkah anak selepas perceraian, yang sering kali menyebabkan ibu tunggal terpaksa menanggung beban kewangan secara bersendirian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelakon Wanita, Syida Melvin dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.