“Rezeki Bukan Hanya Untuk Dinikmati Tapi Untuk Kita Kongsi” Jungle Girl Sumbang RM100,000 & Taja Pelajar Pendidikan Khas Ke Abu Dhabi

Share

“Rezeki Bukan Hanya Untuk Dinikmati Tapi Untuk Kita Kongsi” Jungle Girl. Itulah antara kata-kata yang diluahkan oleh usahawan Orang Asli yang dikenali sebagai Jungle Girl.

Menerusi perkongsian di TikTok Nur Rafidah Man, 27 menerangkan dirinya menyumbangkan RM100,000 dan menyalurkan sumbangan khas kepada sekumpulan pelajar pendidikan khas yang bakal berangkat ke Abu Dhabi kepada SMK Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

“Rezeki Bukan Hanya Untuk Dinikmati Tapi Untuk Kita Kongsi”

Usaha yang dilakukan oleh Rafidah sangatlah mulia benarlah jika ada rezeki lebih, sebaiknya dikongsi kembali bersama masyarakat.

Bukan itu saja malah Rafidah juga menghadiahkan beberapa unit televisyen pintar bersaiz 43 inci untuk kegunaan pelajar dan pihak sekolah.

“Saya mungkin tak mampu nak taja semua, tapi saya ada buat tajaan sedikit untuk mereka.

“Saya taja budak-budak yang istimewa untuk ke Abu Dhabi,” katanya menerusi hantaran video di akaun Tik Tok miliknya.

Hasil Sokongan Orang Ramai

Malah menurut Rafidah, bantuan yang disalurkan itu adalah hasil sokongan orang ramai yang tidak putus-putus membeli produk keluarannya sejak mula berniaga.

“Semua ini hasil daripada orang ramai yang sokong produk saya dari dulu. Terima kasih sokong saya.

“Rezeki bukan hanya untuk dinikmati tapi untuk kita kongsi. Semoga jadi motivasi untuk semua,” kongsinya yang sebelum ini pernah tular  di media sosial dan mendapat jolokan ‘Jungle Girl’ selepas kerap muncul di For You Page (FYP) TikTok menjual produk keluarannya, termasuk minyak 1001 Khasiat Jungle Girl.

 

@junglegirlhq1_
#junglegirl ♬ Gemilang – Ella

Baca Disini : Anak Orang Asli PERTAMA Cemerlang Di Universiti Terkemuka Dunia, Genggam Ijazah Kelas Pertama!

Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Published by
Norhayati Suboh