Pertanyaan yang selalu diberikan bagi pasangan yang berkahwin, tentulah bilangan anak. Tak kurang juga yang tanya ‘bila nak dapat anak? Itulah, anak ramai atau sedikit, semua itu tidak menjadi persolan sebabnya itu rezeki yang Allah tentukan.
Mungkin ada isteri yang setiap tahun diberikan rezeki untuk beranak, tapi ada juga isteri yang ditakdirkan berpuluh tahun kahwin tapi belum dikurniakan anak. Ada juga yang hanya mempunyai seorang saja dan macam-macam lagi.
Tak kisah rezeki anak ramai atau sedikit, itu tidak menjadi persoalan. Apa yang harus kita ingatkan sebagai mak ayah adalah tanggungjawab dalam menjaga anak itu sebaik mungkin.
Tak perlu rasa sedih sebab belum dikurniakan anak atau hanya seorang saja. Malah, jangan mengeluh diberi anak ramai. Sebab semua itu ada asbabnya dan sudah diatur rezeki masing-masing.
Perkongsian daripada Nooor Fathin Azlan boleh dijadikan panduan dan amalkan bacaan doa ini terutamanya bai suami isteri yang belum dikurniakan anak. Paling penting, bila diamanahkan untuk tanggungjawab meenjaga anak, galaslah sebagainya sebab itu adalah AMANAH.
Dulu aku pernah berkongsi mahu memiliki anak seramai yang mungkin jika diizinkan Allah, Insya Allah. Maka ramai yang bertanya kenapa? Kata mereka biar seorang dua asalkan berkualiti dari ramai tetapi tidak berkualiti.
Anak sedikit atau anak ramai, bukanlah satu kesalahan. Masing-masing punya alasan tersendiri kenapa mahu begitu dan begini.
Ads
Cuba tanya diri, apa tujuan kita untuk memiliki anak? Adakah kita mampu berjanji kepada Allah untuk sedaya upaya mendidik anak menjadi anak yang soleh dan solehah?
Apakah kita memiliki impian untuk mewariskan sesuatu kebaikan dalam generasi keturunan kita?
Kalau ditanya kepada kami, iya kami mahu menyumbangkan zuriat-zuriat kami kepada agama dan masyarakat. Kami mahu melahirkan zuriat yang dapat mengajak orang berbuat kebaikan, yang menghalang orang berbuat keburukan, yang mampu menyumbang pada masyarakat dan umat Islam.
Sebagai suami isteri, kami ada misi dan visi dalam mendidik anak-anak. Bukan hanya sekadar mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak tanpa sebarang ilmu.
Jika kalian juga berkata ya, maka jangan sesekali berputus asa dalam mendidik anak-anak. Bagi yang belum memiliki zuriat, marilah kita belajar sesuatu dari kisah Nabi Zakaria.
Doa Dapat Anak
Q.S Ali Imran, ayat 38. “Ya Rabbku, berilah aku dari sisi Engkau, seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Doa”
Anak-anak ini dilahirkan tanpa satu dosa pun, tetapi adakah mereka akan selamanya baik? Tentu saja tidak. Ibu bapa perlu berusaha dalam mendidik anak-anak. Dalam doa ini, Nabi Zakaria berjanji kepada Allah bahawa akan mendidik anak sebaik-baiknya jika beliau dikurniakan anak.
Ads
Q.S Maryam, ayat 4-6 “Ya Rabbku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa. Yaa Rabbku, sesungguhnya aku khuatir terhadap waliku (yang mewarisiku) sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Maka anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisiku dan keluarga Ya’qub dan jadikanlah ia, Ya Rabbku, seorang yang diredhai”
Masya Allah betapa Nabi Zakaria mengadukan segala keadaannya yang semakin tua dan isterinya yang mandul, tetapi beliau tidak berputus asa dalam berdoa.
Bahkan beliau sangat takut jika tidak dikurniakan keturunan, siapa lagi yang akan meneruskan misi kenabian ini? Nabi Zakaria memiliki misi yang sangat besar dalam keturunannya, bahawa ia akan mendidik anak yang akan meneruskan amal soleh keluarga besar, yakni misi dakwah dari moyang beliau, Nabi Yaqub.
Q.S Al Anbiya, ayat 89 “Ya tuhanku, janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris yang paling baik”
Pada doa terakhir ini, Allah memperkenankan doanya. Dalam doa ini Nabi Zakaria mengadu. Mengadukan segala keresahan dan kegundahan dalam dirinya. Tidak pernah lelah dan tidak sedikit pun berburuk sangka atas ketetapan Allah.
Sedangkan Nabi Zakaria, seorang nabi tidak pernah berputus asa meminta dan berdoa pada Allah, yang doanya mudah dimakbulkan, apatah lagi kita?
Ads
Wahai ibu ayah dan yang bakal menjadi ibu ayah, berbanggalah dengan tanggungjawab yang akan dan sedang kita jalani ini. Persiapkan diri untuk menjadi madrasah utama untuk anak-anak.
Memang tidak mudah, tetapi percayalah bahawa tanggungjawab ini akan memberi ganjaran indah di syurga.
Bagi kalian yang sedang menanti zuriat, amalkan 3 doa ini. Doa sungguh-sungguh dan berjanjilah kepada Allah.
Mingguan Wanita : Anak itu amanah, jagalah amanah itu sebaiknya dan semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
“Kepada Penyondol, Bolehlah Jadi Nombor Satu Sekarang” itulah antara ayat yang dikongsikan oleh pelakon senior Farisha Irwayu menerusi sebuag video yang dikongsi di laman social.
Pelakon itu seolah-olah menggambarkanbekas suaminya telah mengahwini wanita lain sebagai isteri kedua dan ikhlas melepaskan.
“Kepada penyondol, bolehlah jadi nombor satu sekarang, sebab awak bukan yang kedua lagi. Dah boleh daftar pernikahan kalian selepas saya habis iddah,” kongsinya.
“Kepada Penyondol, Bolehlah Jadi Nombor Satu Sekarang”
Pada masa yang sama, Farisha juga turut memberitahu dirinya telah berpisah dengan suami, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar. Mereka bercerai secara ‘fast track’ pada 11.45 pagi, 13 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Saya bukan lagi isteri kepada Tuan Asmawi Tuan Umar. Kami telah pun bercerai secara fast track dengan talak satu yang dijatuhkan ke atas saya, atas persetujuan bersama. Maka bermulalah iddah saya selama tiga bulan sejak semalam,” luahnya.
Farisha juga menitipkan selamat pengantin baru bekas suaminya.
“Selamat pengantin baru saya ucapkan buat bekas suami saya, Tuan Asmawi Tuan Umar. Moga berbahagia hingga ke anak cucu.Aamiin ya Rabbal ‘alamin.
“Kepada penyondol, bolehlah jadi nombor satu sekarang, sebab awak bukan yang kedua lagi. Dah boleh daftar pernikahan kalian selepas saya habis iddah,” titipnya.
“Saya Tidak Dilayan Dengan Baik Sebagai Seorang Suami” Datuk Tuan Asmawi
Terbaru seperti mana dilaporkan mStar Online, bekas suami Farisha meluahkan kebahagian dikecap hanya tahun pertama perkahwinan.
“Saya tidur di hall (ruang tamu). Saya tidak dilayan dengan baik sebagai seorang suami,” luah pengasas program Imam Muda terbitan Astro Oasis ini.
Tuan Asmawi turut menambah,”Setiap kali balik rumah dia kunci pintu biliknya kerana tidak benarkan saya masuk. “Mana ada suami dalam dunia ni tahan kalau layanan isteri macam itu? Nak pergi kerja pun, saya gosok baju sendiri. Makan minum pun tak disiapkan.
“Tapi saya bersabar dan tak mahu ceraikan dia sebab kasihan, bukan sebab sayang.
“Akhirnya dia sendiri yang minta cerai ‘fast track’. Semua berkaitan cerai, dia yang uruskan. Saya ni ustaz, takkan saya senang-senang nak ceraikan isteri,” sambungnya.
Pada awalnya Tuan Asmawi mengelak untuk mendedahkan kisah rumah tangganya itu kerana mahu menjaga aib masing-masing namun terkejut apabila bekas isteri melanggar janji.
“Tak baik panggil orang penyondol. Kalau nak ikut, dia (bekas isteri) pun penyondol juga sebab semasa kami berkahwin saya masih lagi ada isteri.
“Saya pun tak nak cerita aib rumah tangga, tapi sebab dia mulakan dulu dan mungkir janji saya terpaksa dedahkan hal sebenar agar orang ramai tidak salah sangka,” luahnya lagi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kalau perkahwinan lebih banyak mudarat daripada kebaikan jika diteruskan, mungkin perpisahan jalan terbaik.
Setiap pasangan sememangnya mendambakan perkahwinan hingga ke hujung nyawa, namun bila takdir Allah mengatasi segalanya, apa daya manusia.
Kadang-kadang perpisahan atau penceraian menjadi peluang kedua untuk pasangan untuk mulakan hidup baru. Penceraian bukanlah penamat hidup, abaikan kata-kata negative bila bergelar janda atau duda, kerana peritnya ujian rumah tangga, mak ayah yang laluinya.
Kalau Perkahwinan Lebih Banyak Mudarat
Ikuti perkongsian Kheyr Hameed ini dan fahami apa yang cuba sampaikan.
Bukan mudah memberi nasihat dan pandangan pada mereka yang perlu memilih untuk meneruskan perkahwinan atau mengakhirinya.
Kerana itu adalah tentang hidup mereka. Selalu aku ingatkan pada mereka yang datang pada aku, “Ini tentang kehidupan kau. Kau yang rasa, kau yang tanggung.
“Kau takut jadi janda sebab takut orang mengata. Tapi orang tahu tak apa yang kau rasa? Orang tu bagi kau makan ke, masa kau tengah lapar terkais sana, sini nak cukupkan duit? Orang itu tolong kau kena masa kau kena pukul dengan laki (suami)?”
Persepsi masyarakat pada janda tak akan pernah habis. Duda tak apa. Siap ada label, “Duda itu hot.” Kalau hidup berpaksikan pada apa yang orang kata, tak akan pergi ke mana.
Umpama cerita ayah tua, anak dan keldai. Anak naik keldai, orang kata, “Sampai hati kau biarkan bapa kau yang sudah tua jalan kaki.”
Bila ayah naik keldai, orang kata, “Sampai hati kau biarkan anak kau kecil lagi jalan kaki.”
Kemudian, bila kedua-duanya naik keldai, orang kata, “Sampai hati kau buat keldai tu menderita tanggung beban.”
Bila dua-dua tak naik, orang kata, “Bodohnya kamu ini, sudah ada keldai, naiklah.” (Cerita ini mak ayah aku selalu cerita bila nak gambarkan tentang di mata manusia ini, semua benda pun tak betul)
Mungkin Perpisahan Jalan Terbaik
Aku pesan untuk yang tengah cari bahagia, sayangilah diri sendiri. Jangan fikir apa orang kata, tapi kau nak cari redha Tuhan untuk hidup ini. Kalau perkahwinan itu lebih banyak mudarat dari kebaikan jika diteruskan, maka perpisahan mungkin lebih baik.
Bila setahun dua, mereka ini datang menyapa aku mengkhabarkan betapa bahagia mereka walau mungkin masih bersendiri, aku turut tarik nafas lega.
Notakaki: Tapi ada juga yang menyalahkan aku bila selepas berpisah, hidup sedikit susah sbb perlu bekerja. Well, haters is real. Begitulah.
Mingguan Wanita : Tidak dinafikan, bila timbul soal perpisahan banyak perkara difikirkan. Tetapi sekurang-kuranglah pilihlah jalan terbaik untuk diri sendiri, kerana hidup bukan hanya untuk hari ini tetapi esok dan selamanya.
Seorang peniaga tudung maut dalam kemalangan di Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, Langkawi pada Jumaat lalu ketika dalam perjalanan untuk menyambut ulang tahun kelahiran rakannya.
Kemalangan Tragis Di Jalan Ulu Melaka
Mangsa, Siti Sarah Hana Mohamad Subri, 23 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Difahamkan, motosikal yang ditungganginya terbabas selepas cuba mengelak seekor lembu yang melintas jalan pada malam kejadian.
Dalam Perjalanan Menyambut Hari Jadi Rakan
Menurut adik angkat mangsa, Azwani Abdul, 36, Allahyarham sempat singgah di kedai makannya yang terletak tidak jauh dari rumah sewa arwah sebelum kejadian berlaku. Arwah memberitahu bahawa dia mahu keluar untuk menyambut hari jadi rakannya.
“Saya sempat menasihati supaya tidak pergi kerana jalan tersebut agak gelap dan sering menjadi laluan anjing serta lembu. Namun, arwah berkata dia mahu mengenang budi rakannya yang baru sahaja menyambut hari lahir arwah pada 29 Oktober lalu,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Maliha.
Kenangan Terakhir Bersama Keluarga
Azwani menambah, arwah baru sahaja pulang bertemu ibu bapanya seminggu sebelum kejadian bagi meraikan hari lahirnya di tanah besar. Dia terkejut apabila menerima berita kematian Siti Sarah.
“Arwah seorang yang periang dan suka berkawan. Bila saya diberitahu dia sudah tiada, saya hampir tidak percaya kerana baru beberapa jam sebelumnya kami berbual,” ujarnya sebak.
Luahan Hati Bapa Mangsa
Bapa arwah, Mohammad Subri Mohd Noor, 50, berkata walaupun dia reda dengan ketentuan Ilahi, namun terselit rasa kesal terhadap pemilik ternakan yang tidak mengawal haiwan peliharaan mereka dengan baik.
“Kami sekeluarga menerima qada dan qadar Allah apabila kehilangan satu-satunya anak perempuan daripada tiga beradik. Namun, sepatutnya penternak mempunyai ilmu dan kesedaran untuk mengurung haiwan terutama waktu malam bagi mengelakkan tragedi seperti ini,” katanya.
Menurutnya, kali terakhir mereka berjumpa dengan arwah ialah pada 18 Oktober lalu sempena sambutan hari jadinya di sebuah restoran. Katanya, ketika itu arwah kelihatan sedikit berbeza, kurang ceria dan sukar memberi fokus semasa bergambar.
Siasatan Pihak Polis
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin, memaklumkan pihaknya menerima laporan kemalangan kira-kira jam 11.40 malam.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah Ulu Melaka menghala ke Ayer Hangat sebelum hilang kawalan dan terbabas apabila cuba mengelak seekor lembu yang melintas dari bahu jalan sebelah kiri ke kanan,” katanya.
Tambah beliau, mangsa memakai topi keledar ketika kejadian dan jenazah telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Latar Belakang Mangsa
Menurut polis, mangsa berasal dari Kampung Seberang Terus, Kota Kuala Muda, dan memiliki lesen memandu sah sehingga Januari 2026. Tragedi ini sekali lagi mengingatkan masyarakat tentang bahaya haiwan ternakan berkeliaran di jalan raya pada waktu malam.
Kongsi hal jodoh, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mencuri perhatian apabila mengakui dirinya masih selesa dengan cara lama iaitu biarlah lelaki yang memulakan langkah pertama...