Masih dalam mood raya, buat mak-mak yang nak buat kuah kacang makan dengan nasi impit atau ketupat untuk tetamu yang datang boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Hanie Rosly ini.

Ada macam-macam resipi untuk memasak kuah kacang, namun menurut Hanie, kuah kacang original sangat simple dan hanya menggunakan 4 bahan je.

Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;

“Nak share resepi kuah kacang simple.Resepi kuah kacang original ada 4 bahan je. Senaaang sangat nak buat, tapi kite sendiri buat bertahun- tahun baru menjadi. Sebab apa? Sebab tak ikut tips utama, lebihkan minyak sikit.”

“Masa kita kekecik dulu arwah tuk kita jual sate, ini la resepi kuah kacang nye.”

Simpan sini, esok senang nak refer.

Bahan-Bahan:

500gm Kacang Tanah
Minyak Masak
2 biji bawang besar (Dihiris halus)
Cili Boh/Cili Kisar

Cara Membuat:

1. Kacang tanah dah siap bersih kulit 500gm goreng tanpa minyak. Jangan sampai hangus tau, kacaaaau je sampai warna coklat-coklat sikit.
2. Selepas itu, blend kan dengan air. Kalau suka krup krap krup tu, jangan blend sampai halus, boleh tinggal sikit kacang besar-besar lepas tu letak tepi dulu.
3. Gorengkan bawang besar 2 biji yang dah dihiris halus dalam minyak yang lebiiiih skit.Jangan lebih banyak-banyak sangat sebab nanti kacang pun akan keluarkan minyak.Asal terendam kacang yang kita blend tu dah ok.
4. Bila bawang dah garing, masukkan cili boh sikit.Kalau cili tu pedas gilaaaaa masuk la sikit. Kalau cili tu tak berapa pedas, letak la 2 sudu besar ke. Cantik warna cili tu nanti, seri la sikit kuah kacang kite.
5. Lepas cili dah pecah minyak, masuklah kacang yang kita dah blend dengan air tu. Lepas tu kacau je jangan sampai berkerak kat bawah. Kalau pekat sangat tambah je air mengikut kepekatan yang kita suka.Jangan cair sangat tak sedap.
6. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.

Siapppp!

 

Info Ekstra!

Macam mana nak tau masak ke tak? Rasa je..kalau ada rasa kacang mentah tu, belum masak laaa jawabnye. Masak lama-lama sikit pun tak ape, tambah je air supaya tak pekat sangat.Lepas tu… Call encik asben suh beli roti… makan dengan roti.

Senang kan? Ada kacang, bawang, cili boh, garam gula, jadilaaa kuah kacang made in Kajang with loveee.

Semoga bermanfaat!

MW: Mak-mak bolehlah cuba buat resipi kuah kacang ni. Senang sangat guna 4 bahan je. Sedap di makan dengan nasi impit, sate dan ketupat.

Sumber: Hanie Rosly

Jangan Lupa Komen

komen