Ayam Goreng Ala Mamak Sedap Dan Senang Dibuat, Yang Penting Bahan Perapannya!

Resipi ayam goreng ada bermacam-macam. Ayam goreng yang dijual di restoran-restoran mamak memang punya ramai peminat. Ha..dalam tempoh PKP ni, tentu ramai yang tak terbayang akan kelazatan ayam gorengnya yang garing di luar dan lembut di dalam. Pehh..memang padu dimakan Dengan nasi kandar!

Namun, masih dalam langkah berjaga-jaga akibat Covid-19, ramai yang belum berani hendak keluar dan makan di luar seperti biasa.

Resipi Menggunakan Bahan Mudah

Jangan risau, bagi yang rindukan ayam goreng mamak, anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Bahan tak banyak, cara nak buat pun ringkas. Yang penting, bahan perapannya. Mohamad Hanafi Ali https://www.facebook.com/mohd.hanafiali.96 telah mengambil inspirasi daripada resipi ayam goreng yang telah dikongsi oleh seorang penggemar nasi kandar, Nur Hidayah.

IKLAN

Kalau resipi asal ayam gorengnya lain, tapi Mohamad Hanafi telah ubah kepada ayam goreng ala mamak. Nampak lebih sedap dan menarik bila dimakan dengan nasi kandar. Anak-anak pun mesti suka sebab tak pedas.

Resipi Ayam Goreng Ala Mamak Sedap Dan Senang Dibuat, Yang Penting Bahan Perapannya!Bahan-bahan:

1 ekor ayam – potong dan bersihkan
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Minyak masak untuk menggoreng

IKLAN

Bahan untuk dikisar:

6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah

IKLAN

Cara Memasak Resipi Ayam Goreng Ini:

1. Perap ayam dengan bahan yang telah dikisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Tapi jika hendak lebih sedap, boleh perap lagi lama sebelum digoreng.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dalam kuantiti yang banyak. Setelah minyak betul-betul panas, goreng ayam hingga masak dan garing.
3. Setelah ayam masak, angkat dan toskan. Sedia dinikmati bersama nasi kandar. Sedap dimakan ketika masih panas.

https://www.mingguanwanita.my/resipi-ayam-sambal-bali-menu-wajib-pagi-raya-keluarga-wanita-ini-tapi-masak-hari-biasa-pun-sesuai-sangat/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI