Resepi Lengkap Bulgogi Daging BBQ Korea, Sambil Layan Drama Korea Boleh Ngap

Lama dah mencari resepi bulgogi (daging BBQ Korea) cara yang mudah disediakan dan yang penting sedap. Ini resepi lengkap yang disediakan oleh Puan Khadijah Jaafar (Dapur LAZZ). Sambil layan drama Korea boleh ‘ngap’ penuh kenikmatan. Paling best, tekak Melayu pun boleh layan.

Ini lauk kegemaran anak-anak. Diratah macam itu saja. Jom layan resepinya. Sayurnya boleh diolah ikut citarasa.”

 

Resepi Lengkap Bulgogi Daging BBQ Korea, Sambil Layan Drama Korea Boleh Ngap
Puan Khadijah Jaafar

Bahan-bahan Bulgogi (Daging BBQ Korea)

500 gram daging, hiris nipis

1/4 cawan Kicap Soya Cair
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar Minyak Bijan
4 ulas Bawang Putih dicincang
1 sudu kecil Cili Flakes/Paprika
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
1 biji Bawang Besar, hiris
1 sudu besar Gula Perang
1 batang Lobak Merah, hiris halus
1 mangkuk Tau Meu (Taugeh Hijau) – tak ada pun tak apa
Sedikit garam
Bijan disangai

Sila Ikut Step Memasak Ini

 

Resepi Lengkap Bulgogi Daging BBQ Korea, Sambil Layan Drama Korea Boleh Ngap
Masukkan semua bahan kecuali lobak, enoki & tau meu.

 

Resepi Lengkap Bulgogi Daging BBQ Korea, Sambil Layan Drama Korea Boleh Ngap
Perap selama 1-2 jam.

 

Resepi Lengkap Bulgogi Daging BBQ Korea, Sambil Layan Drama Korea Boleh Ngap
Selepas diperap, masak (grill) sehingga masak.

 

Resepi Lengkap Bulgogi Daging BBQ Korea, Sambil Layan Drama Korea Boleh Ngap
Sebelum angkat, masukkan hirisan lobak, tau meu & enoki dan biarkan sehingga layu.Bila semua sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang. Senang kan? Rasanya pun insyaAllah sedap.. bolehlah dihidang bersama nasi panas dengan kimchi dan seaweed kalau ada.

 

Sumber/Foto : Dapur LAZZ