Resepi Kuah Laksa Utara ‘Piawww Baqhang’, Petik Jari Pun Boleh Siap!

Share

Nak buat kuah laksa pun ada rahsianya, dan mungkin cara setiap orang masak tak sama. Kali ini nak kongsi resepi masakan kuah laksa utara daripada Puan Syafiqah Mohdradzi

Hari-hari cuti ni kan kalau boleh layan laksa utara piawww baqhang. Melelehhh oiii. Makan pulak berulang-ulang selang sejam makan selang sejam makan. Perghhhh!! Memang tak makan apa dah. Dok berulang laksa ja selagi tak habis kan.

Makan kat kedai tak puaih makan la. Kadang ikut nasib pulak tu. Dapat yang sedap takpa. Dapat yang ceroii macam ayaq hujan di tasik rindu tu menangis.

Ni fiqah share resepi sempoi punya untuk peminat tegar laksa. Mudah ja nak buat laksa ni. Tak payah dok buat payah noh.

Cara-cara semudah petik jari

1) 15 ekor ikan temenung (size queen) direbus.

2) Perisi isi ikan yang siap direbus.

3) 12 tangkai cabai kering digunting untuk buang biji dan direndam air panas

4) 3 biji bawang besar ( size king ), kalau size queen dalam 5 biji.

5) Blender cabai kering & bawang besar beserta belacan sebesar ibu jari kaki orang dewasa

6) Panaskan periuk dan masuk bahan blender. Masak seketika biaq menggelegak.

7) Blender isi ikan dan masukkan dalam periuk.

8) Tambah air dalam 2 liter.

9) Masak ja naik biaq menggelegak galak dan masukkan bunga kantan, daun kesom, pucuk samak, asam keping.

10) Reneh ja api sederhana biaq semua bahan2 tadi bermesra dalam periuk.
11) Perasakan dan siap.

12) Sambil-sambil kuah nak siap tu rebuih laksa siap2. Takla meleleh ayaq lioq satg dok tunggu laksa masak.

TIP:

Nak kuah laksa yang lagi piawww kuah buat malam dan dibiar semalaman. Awai pagi tu bila semua bahan dah mesra laksa akan lebih piaww.

IKLAN