Dodol juga antara manisan kegemaran ramai sering disediakan sewaktu hari raya. Jika di buat secara tradisi, memang makan masa yang lama berjam-jam nak kacau dodol ni. Namun jika teringin nak buat sendiri dan makan-makan untuk keluarga boleh cuba buat dodol, kacau dalam periuk non stick je. Mudah dan sedap, dalam masa satu jam setengah dah boleh siap dan makan. Malah elok kejadian dan berkilau cantik warnanya.
Boleh cuba cara dan resipi yang dikongsikan oleh Puan Suzana Nurin Iham in i sebagai rujukan;
Dodol homemade.Kesukaan anak-anak. Bila anak-anak puji dodol mama buat sedap, hilang rasa penat masa mendayung kacau dodol.Disini saya kongsikan resepi dodol terlajak sedap.
Bahan-Bahan:
1 kilo gula merah + 5 cawan air
Masak tapis biar sejuk
1 kilo santan
500 gram tepung pulut
4 Sudu besar tepung beras
Secubit garam
Cara Membuat:
1.Satukan semua bahan tapis dalam periuk.
2.Kacau 1jam 1/2 kalau guna periuk Non stik, kacau sampai berkilat pecah minyak.
3.Kalau guna periuk noxxa steam 10 minit, selepas tu tekan stir fry kacau sampai masak.
# periuk noxxa saya rosak guna periuk Non stik je laa.
Resepi ni boleh dapat 2 kilo lebih dodol.
MW: Mudah je nak buat dodol rupanya, tak lah lama sangat nak kacau kalau guna periuk non stick pun boleh. Paling penting elok kejadiannya dan berkilau cantik warnanya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Buat penggemar sotong dan kentang goreng, resipi mudah ini memanglah wajib kena cuba! Gandingan protien dan karbohidrat, gerenti boleh buat perut kenyang dan pastinya sedap. Nak buat pun mudah sangat bahan-bahan pun tak banyak. Mak-mak bolehlah cuba buat dirumah, anak-anak mesti suka & makan bertambah.
1. Potong Kentang panjang-panjang, kemudian sumbatkan padat-padat dalam sotong.Kemudian ketepikan.
2. Campurkan Tepung Bistari dengan tepung beras serta telur sebiji. Bancuh seperti nak buat cekodok. Jangan pekat dan jangan pula cair.
3. Celup sotong satu persatu dan goreng dengan api kecil sehingga kekuningan. Dah siap goreng, boleh dicicah dengan sos cili dan mayonis. Confirm sedap!
Selain biskut raya moden, biskut tradisional resipi orang-orang lama, antara yang mendapat tempat setiap kali tibanya hari raya. Payah nak jumpa biskut-biskut lama seperti biskut kelapa yang sedap dan betul-betul menetapi citarasa.
Menurut puan Sheila Nazri, biskut kelapa ini merupakan resipi daripada arwah maknya. Ia cukup mudah dibuat dan sangat sedap sehingga beliau mengambil tempahan setiap kali tibanya raya.Istimewanya, adunan resipi ini menggunakan kelapa parut yang disangai hingga keperangan baru lah dapat biskut kelapa yang wangi.
Berikut perkongsian yang dikongsikan;
“Saya nak share resepi biskut kelapa legend.Resepi ni arwah emak saya yang ajar.Resepi orang dulu-dulu, raya tahun lepas adalah raya terakhir arwah emak, kebiasaannya saya ambil tempahan raya tapi tahun ni saya tak ambil. Biskut kelapa yang sangat sedap & mudah.Mohon sedekah al fatihah buat arwah emak saya Zainun Binti Ali..semoga Pahala ini terus mengalir kepada arwah emak saya.”
Bahan-Bahan:
2 cawan kelapa parut yang di sangai hingga keperangan
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula (blend)
Butter seelok uli
1 sudu besar Esen vanilla
1 biji Telur
pewarna kuning telur untuk biskut nampak cantik. Kalau tak nak letak pun tak pe.
Cara Membuat:
1. Sangai kelapa parut hingga keperangan baru lah dapat biskut kelapa yang wangi.
2. Adun semua bahan-bahan, guna tangan je. Tak perlu guna mixer.
3. Bakar ikut la suhu oven masing-masing.
Siap!
Info Ekstra!
Yang putih tu kelapa kering (beli je di kedai) tak nak letak pun tak pe.
Untuk glossy bahagian atas, sapu kuning telur ditambah pewarna dan tabur kelapa kering yang beli di kedai.
Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat & Selamat mencuba!
MW: Buat mak-mak yang suka biskut-biskut lama dan tradisional macam biskut kelapa ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan. Cukup mudah dan sangat sedap.
Buat mak-mak yang selalu beli roti, tapi kadang kala tak perasan roti dah nak tamat tempoh atau tak tau nak buat apa, boleh buat macam ni. Hanya perlu letak inti, celup telur dan serbuk roti, kemudian goreng. Cukup mudah dan ringkas, tapi rasanya sangat sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Suriaty Abd Talib ini sebagai panduan;
“Roti nak dekat-dekat expired dah sebenarnya. Ada la 4 keping lagi..taktau nk masak apa pagi ni tuk cik myka, terlintas plak nak buat roti inti teloq ni”
“Mak mak boleh la try kalau ada roti-roti lebih kat rumah tu Insya Allah anak-anak dengan mak-mak sekali dok makan.”
Bahan-Bahan:
Roti (Sila la leperkan dengan cara apa sekalipun)
tepi-tepi roti tu potong tapi jangan buang tau
crab stick (sosej pun boleh)
telur rebus
telur sebiji untuk salut roti
serbuk roti
Cara Membuat:
1.Susun atas roti tu satu persatu ikut suka kita nak susun macam mana.
2.Selepas itu kepitkan roti tu. Cik Su gam pakai teloq tu ja. Sapu tepi-tepi tu pastu penyek guna jari.
3.Salut dalam telur.
4.Kemudian, salut dalam serbuk roti pulak.
5.Gini la rupanya.
6.Bahagian tepi-tepi roti tu jangan dibuang. Celup sekali dalam telur tu.
7.Selepas itu salut dengan serbuk roti. Ok siap.
8. Goreng dalam minyak yang penuh, tapi api jangan kuat sangat takut hitam pulak roti tu kepanasan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, Selamat Mencuba!
MW: Jadi jika ada roti lebih kat rumah tu, lagi-lagi dah nak dekat tamat tempoh, mak-mak bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini. Senang, ringkas dan mudah. Anak-anak pun mesti suka.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.