
Rendam muka dalam air sejuk, bukan hanya kurangkan mata sembap tapi reset emosi. Masih ramai yang pandang remeh dengan tip ini tetapi sebenarnya merendam muka dalam air sejuk waktu pagi banyak manfaat, nampak simple tapi power yang penting zero kos.
Jangan malas kalau mahu kulit cantik, tip ini juga membantu wanita yang mempunyai kulit breakout. Okay, selebihnya, ini antara kelebihannya:
1. Segarkan muka dan otak. Air sejuk bantu “kejutkan” sistem saraf, buat rasa lebih alert, hilang mamai lepas bangun tidur.
2. Kurangkan bengkak dan mata sembap. Terutamanya lepas bangun pagi atau kurang tidur. Air sejuk bantu kecutkan salur darah, muka nampak lebih fresh.
3. Kecilkan pori sementara. Bukan tutup pori sepenuhnya, tapi buat kulit nampak lebih kemas dan smooth.
4. Kurangkan kemerahan dan iritasi ringan. Sesuai untuk kulit sensitif atau yang mudah merah.
5. Bantu kawal minyak. Air sejuk boleh bantu seimbangkan pengeluaran minyak, muka tak cepat berminyak.
6. Boost peredaran darah. Lepas rendam, aliran darah meningkat → kulit nampak lebih sihat dan berseri natural.
Jika anda rasa malas, ini cara lagi mudah nak amalkan:
Basuh muka macam biasa, lepas itu tadah air sejuk + ais dan rendam muka 10–30 saat (atau splash 10–15 kali). Tidak perlu lama-lama.
Kalau bangun pagi, rasa emosi berat atau stres, tip ini boleh jadi ritual kecil untuk reset emosi sekali.
Dikongsikan oleh: Puteri Kasim