
remaja perempuan
Baru-baru ini tular gambar seorang remaja perempuan
di Thailand sedang mengutip dan menjual bahan kitar semula untuk menyara keluarganya yang berdepan masalah kewangan, lapor portal berita Must Share News.Imej yang dimuat naik di platform Facebook menunjukkan pelajar perempuan berumur 15 tahun itu sedang mengumpulkan barangan daripada beberapa tong sampah sambil mengenakan seragam sekolah.
Gadis itu memberitahu pemberita bahawa dia mula mengumpulkan dan menjual botol plastik sejak kecil selepas bapanya lumpuh akibat terjatuh dari bumbung.
“Saya tidak berasa malu. Ayah saya sakit dan saya perlu membantunya,”
kata gadis itu sambil menambah, dia memperoleh kira-kira 100 baht (RM13.60) untuk setiap kutipan tersebut.Gadis itu tinggal bersama ibu bapanya di sebuah bilik sewa di wilayah Nonthaburi. Ibunya yang bekerja sebagai tukang sapu merupakan satu-satunya sumber pendapatan mereka.
Sumber: Kosmo