Seorang remaja OKU jadi mangsa rogol selepas dipercayai diserang oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya lima bulan lalu dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lepas. Mangsa, seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran, dikatakan mengenali suspek melalui aplikasi media sosial sejak Mei lalu.
Perkenalan Melalui Media Sosial
Menurut sumber, suspek berusia 18 tahun itu menjemput mangsa dari rumahnya di Pendang sebelum membawanya ke kediaman bapanya di Taman Sejati, Sungai Petani pada malam kejadian. Difahamkan, rumah berkenaan jarang dihuni dan keadaan itu memberi peluang kepada suspek melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
“Mereka dikatakan berhubung secara aktif melalui telefon dan media sosial. Namun, pada malam kejadian itu merupakan kali pertama mereka keluar bersama,” kata sumber tersebut.
Kejadian Rogol Di Rumah Tidak Dihuni
Pada malam kejadian, suspek membawa mangsa ke rumah berkenaan sebelum didakwa merogolnya sekitar jam 2 pagi. Selepas kejadian, suspek menghantar mangsa pulang ke rumah. Mangsa kemudian menceritakan insiden itu kepada keluarganya sebelum laporan polis dibuat.
Remaja OKU jadi mangsa rogol tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan pengesahan perubatan lanjut.
Polis Sahkan Penahanan Suspek
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian berkenaan. Menurut beliau, suspek yang bekerja sebagai kelindan lori telah dikenal pasti dan ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
Ads
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini. Penahanan suspek diharap dapat membantu mempercepat proses siasatan agar keadilan dapat ditegakkan untuk mangsa.
Peringatan Tentang Bahaya Perkenalan Dalam Talian
Kejadian remaja OKU jadi mangsa rogol ini menjadi peringatan penting kepada masyarakat, khususnya golongan muda, agar berhati-hati ketika berinteraksi dengan individu yang baru dikenal melalui aplikasi sosial. Ibu bapa juga disarankan lebih peka terhadap aktiviti dalam talian anak-anak, terutama mereka yang mempunyai keperluan khas atau mudah terpengaruh.
Pihak berkuasa menasihati orang ramai supaya segera membuat laporan sekiranya mengetahui sebarang bentuk gangguan atau jenayah seksual, demi melindungi golongan rentan daripada menjadi mangsa seterusnya.
Sayangnya seorang ayah dan bimbangkan anak masih belum bertemu jodoh yang sesuai, sehingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan anaknya berkahwin.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Bangkok, Thailand ini, seorang ayah bergelar jutawan sanggup menawarkan ganjaran sebanyak 10 juta baht (RM1.3 juta) kepada mana-mana lelaki yang sanggup mengahwini anak gadisnya tetapi bakal menantu itu perlu menepati tiga syarat utama, menurut akhbar Mirror baru-baru ini.
Arnon Rodthong, 58, rasa kecewa kerana anaknya, Karnsita, 26, masih bujang dan belum berkahwin lagi. Buat masa ini, gadis itu membantunya mengusahakan perniagaan keluarga di wilayah Chumphon, selatan Thailand.
Tak Perlu Bayar Duit Hantaran Kahwin & Dapat Saham Ladang Durian
Menariknya, Rodthong turut mengecualikan bayaran hantaran perkahwinan yang kebiasaannya menjadi adat setempat oleh bakal suami Karnsita. Gadis itu merupakan seorang graduan universiti yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan Cina.
Bukan itu sahaja, Rodthong itu juga menyatakan kesanggupan memberi wang 10 juta baht kepada bakal menantu dan mereka juga akan menerima saham dalam bisnes ladang durian yang dianggarkan bernilai beberapa juta dolar Amerika Syarikat.
Tiga Syarat Yang Mesti Dipenuhi
Rodthong menyatakan dia tidak mempunyai apa-apa halangan terhadap jenis kerakyatan calon menantu itu. Bagaimanapun, ini TIGA syarat yang dikenakan oleh jutawan itu dan perlu dipenuhi oleh calon menantu tersebut:
1.Dia tidak perlu jadi orang pandai, memadai hanya perlu tahu membaca dan menulis. Tolong jangan bawa ijazah kamu ke rumah.
2.Dia juga perlu jadi seorang yang rajin dan kuat bekerja dan bukannya malas.
3.Selain itu, calon juga perlu bersikap kedekut berhubung soal duit dan turut gemarkan durian.
Rodthong memiliki ladang durian besar yang berupaya mendatangkan hasil kira-kira 50 tan sehari. Ladang itu adalah paling besar di wilayah Thailand.
“Saya mahu seseorang yang boleh menjaga perniagaan dan mengekalkannya. Saya tidak mahu seseorang dengan ijazah sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah. Saya mahu lelaki tekun. Saya cuma mahukan seseorang dengan sikap kuat bekerja. Itu sahaja.
“Sebaik sahaja ada menantu, saya akan serahkan semua aset saya kepadanya,” katanya yang beragama Buddha serta memiliki beberapa hartanah di wilayah sama.
Bagaimanapun, Karnsita memberi bayangan bahawa bakal kekasihnya itu mungkin berdepan kesukaran mengaut wang daripada bapanya kerana dia mahu ‘menggunakan duit itu untuk diri sendiri bagi menjalani pembedahan plastik di Korea’.
MW: Sayang seorang ayah pada anak perempuannya. Meskipun agak ‘keterlaluan’ menawarkan ganjaran dan mencari calon secara terbuka, namun itulah mungkin salah satu cara si ayah menzahirkan rasa sayang pada anaknya.
Seorang ibu, Fatimah Shasni meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas tuntutan insurans anaknya ditolak walaupun memiliki pelan takaful bernilai RM1.2 juta sejak anaknya berusia 42 hari.
Anak Dilindungi Takaful RM1.2 Juta Tapi Keluar Hospital Kena Bayar Sendiri RM59,250
Menurut ibu ini, anaknya dimasukkan ke hospital swasta selama 20 hari akibat sawan berulang dan pulih sepenuhnya pada hari ke 17 dan rawatan dibuat menggunakan surat jaminan takaful pada usia anaknya setahun lima bulan.
Namun, selepas rawatan selesai dia diminta membayar sendiri bil hospital sebanyak RM59,250,20 di mana alasan penolakan penyakit anak dianggap congenital (sejak lahir) walaupun tiada laporan doktor yang menyatakan begitu.
Menurut ibu ini, anaknya dimasukkan ke hospital bermula 22 Oktober hingga 11 November 2024 selepas mengalami serangan sawan berulang. Lebih 10 kali sehari di mana dirinya melalui situasi yang sangat merisaukan. Selama hampir tiga minggu, dirinya dan suami setia menemani anak mereka di wad dan turut terlibat dalam sesi konsultasi bersama pakar neurologi yang merawat.
Rawatan intensif yang berterusan akhirnya berjaya menghentikan serangan sawan pada hari ke-17 dan anak dibenarkan pulang tiga hari kemudian dengan ubat-ubatan susulan.
Namun apa yang mengecewakannya, selepas anaknya kembali sihat dan pulang ke rumah, pihak takaful telah menolak tuntutan insuran tersebut sekali gus menjadikan dirinya berhutang dengan pihak hospital.
Dalam memperjuangkan haknya sebagai pemegang polisi insuran, Fatimah turut memaklumkan pakar neurologi yang merawat anaknya turut menafikan secara lisan bahawa punca penyakit adalah bersifat semula jadi.
“Kami tak pernah diberitahu penyakit anak congenital. Doktor sendiri kata puncanya tak dikenal pasti dan kemungkinan besar akibat jangkitan. Tapi bila tuntutan ditolak, mereka guna alasan tu. Macam mana boleh jadi begitu?”, luahnya.
Lebih mengejutkan, selepas lebih 200 hari sejak tuntutan pertama dikemukakan, dirinya mengakui tiada sebarang panggilan atau komunikasi aktif dari pihak syarikat. Dirinya perlu menguruskan segalanya termasuk menghubungi pihak insuran berkali-kali namun gagal bercakap dengan pegawai bertanggungjawab.
Ibu Kongsi Kekecewaan
Viral Di Media Sosial, Baru Syarikat Bertindak
Kecewa dengan layanan yang diterima, dirinya berkongsi kisahnya secara terbuka di media sosial melalui platform Threads pada awal Mei 2025. Dalam posting pertamanya, beliau turut mendedahkan jumlah bil hospital mencecah RM59,250.20 dan syarikat takaful tidak membayar satu sen pun.
Posting itu menjadi tular dalam masa 24 jam meraih lebih sejuta tontonan (kini sudah mencecah 2 juta) menjadikan ia antara isu viral paling hangat minggu ini. Ramai netizen menyuarakan sokongan moral dan berkongsi pengalaman dilalui bersama syarikat insuran masing-masing.
Selepas isu ini viral, barulah pihak takaful terlibat menghubunginya namun pertemuan pertama agak mengecewakan termasuk dirinya dimaklumkan pihak insuran belum menerima ringkasan discaj dan laporan perubatan lengkap.
“Selesai pertemuan semalam.
Outcome? Tak ada apa.
Minggu lepas declined. Harini decide nak reinvestigate. Lagi.
Medical reports yang HLMT belum dapat dari hospital sebelum ni, baru nak amek dari aku hari ni selepas hampir 200 hari. SELAMA NI BUAT APA???!!!
“Pastu nak salahkan third party, nak salahkan hospital, nak salahkan doctor, nak salahkan client. Semua lah salah, kau je betul,” luahnya di threads miliknya @fatimahshasni.
Meluahkan apa dilaluinya kini ibarat satu trauma, jelas Fatimah Shasni ketik anaknya sakit dirinya sudah cukup trauma dan melalui karenah syarikat insuran juga semakin membebankan perasaannya.
“Anak masuk hospital 20 hari sudah cukup bagi trauma dalam hidup aku. 1 episode yang aku tak nak ingat dah bila anak discharged. Jadi bila aku terpaksa go through balik semua medical reports yang ada kat tangan aku, recall balik chronology yang berlaku, recall apa doctor cakap secara verbal…
Sangat trigger mental aku. Aku menangis berhari-hari hadap document, tulis chronology, call mak menangis2 macam orang tak betul. Bayangkan kalau terpaksa buat benda sama tapi anak tu dah takda?
Sehingga kini, dirinya masih “berperang” dengan insuran tafakulnya dan ianya masih belum selesai. Dan pastinya bagi orang ramai khususnya yang mempunyai medical card ternanti-nanti apa akhirannya.
Mungkin sudah kecewa dengan pengalaman buruk dilaluinya, Fatimah Shasni turut menyindir agen insuran yang menurutnya hanya pandai menunjuk kemewahan dan gaya hidup senang atas duit orang lain.
“Boleh dah berhenti flex rumah mewah, kereta, percutian mewah, award mewah, komisen mewah, grand dinner mewah. Kau bermewah-mewahan atas HASIL kesengsaraan orang lain?
“Ini ke visi asal Takaful / Life Insurance? Untuk beri hidup mewah kepada agents & agency? Sumber :- Threads@fatimahshasni.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Beratnya rasa hati bila baru mengetahui suami yang disayangi merupakan penagih dadah. Lebih sayu, bila ditangkap dan digari dihadapan anak-anak.
Wanita baru habis pantang terkejut apabila suaminya ditahan polis kerana terbabit dengan dadah di Langkawi, semalam. Wanita berusia 28 tahun itu menangis kerana ketika serbuan 12 tengah hari itu, dia bersama suami dan tiga anaknya berusia tiga bulan hingga enam
tahun bersiap untuk ke klinik.
Merayu Suami Dibebaskan
Dia merayu supaya suaminya dibebaskan kerana bimbang terpaksa menjaga anak-anaknya seorang diri disebabkan tidak bekerja selain tidak mampu membayar sewa rumah serta membeli susu anak.
Lebih meruntun hati apabila dua daripada anaknya berusia lima dan enam tahun turut terkejut melihat bapa mereka ditahan polis dengan tangan bergari. Namun, bapa tiga anak itu diberi peluang mencium anak-anak dan isterinya sebelum dibawa ke balai.
Beri Tenaga, Hilang Rasa Mengantuk
Lelaki berusia 28 tahun itu memberi alasan terpaksa mengambil dadah jenis syabu sejak Mac lalu untuk memberi tenaga ketika menangkap ikan di laut selain menghilangkan rasa mengantuk.
Katanya, dia pada mulanya mahu mencuba selepas rakannya yang juga nelayan menyuruh dia cuba sebelum ketagih.
“Saya guna duit hasil menangkap ikan untuk beli dadah daripada ejen yang masuk ke kawasan ini atau beli melalui rakan ketika di laut.
“Saya keluar menangkap ikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas hilang pekerjaan dan bekerja sebagai tukang baiki tangki air di kawasan Langkawi sebelum ini dan sejak itulah saya cuba mengambil dadah untuk hilang tekanan disebabkan tak ada duit,” katanya di Langkawi, semalam.
Dibawa Ke IPD Langkawi
Lelaki itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk tindakan lanjut. Dalam serbuan itu, beberapa penagih dadah yang sedang berurusan dengan ejen bertempiaran lari sebaik menyedari kawasan itu diserbu polis namun sebahagiannya berjaya ditangkap.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, serbuan itu dilakuka berdasarkan maklumat yang diterima anggotanya berhubung kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di kawasan itu.
Beliau berkata, serbuan besar-besaran dilakukan di pulau Langkawi ini adalah untuk membanteras kegiatan dadah yang semakin membimbangkan.
“Hasil maklumat yang kita perolehi mendapati, penagih di pulau ini mendapatkan bekalan secara kecil-kecilan daripada pengedar untuk kegunaan sendiri bagi tujuan melepaskan gian.
“Bagaimanapun, melalui operasi Op Sarang yang kita jalankan ini, anggota kami berjaya menangkap ramai penagih termasuk pengedar dadah sepanjang hari dalam ops berkenaan,” katanya.
MW: Semoga wanita ini diberi kekuatan dalam menempuhi ujian yang ditakdirkan ini. Pesanan buat para suami, selaku ketua keluarga yang menanggung anak isteri atas apa juga alasan, jangan sesekali dekati dadah.Sekali terjebak payah untuk berundur. Fikirkan masa depan diri sendiri, anak isteri dan keluarga tersayang.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.