Remaja 17 tahun tikam ibu dan abang kandung hingga maut, tekanan belajar, sering dimarahi dikenal pasti jadi punca. Tekanan belajar dan sering dimarahi dipercayai punca seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lelaki menikam ibu dan abangnya sehingga maut dalam kejadian tragis di sebuah rumah di Taman Rambai Mutiara, di sini pada awal pagi Khamis.
Remaja 17 Tahun Tikam Ibu & Abang Kandung Hingga Maut, Tekanan Belajar, Sering Dimarahi Dikenal Pasti Jadi Punca
Insiden berlaku kira-kira jam 5 pagi, apabila remaja tersebut dikatakan masuk ke bilik ibunya yang juga seorang guru dan ibu tunggal, dan menyerangnya menggunakan pisau lipat. Mangsa, wanita berusia 51 tahun itu, maut di tempat kejadian akibat beberapa tikaman.
Suspek remaja (dua dari kiri) sebelum dibawa masuk ke dalam kenderaan polis.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata ketika kejadian, anak sulung wanita itu yang berusia 21 tahun cuba campur tangan selepas menyedari kekecohan berlaku, namun turut menjadi mangsa tikaman sehingga menemui ajal. Mayat kedua-duanya ditemukan di ruang tamu rumah teres setingkat tersebut.
Anak Bongsu Cedera Parah, Suspek Mengaku Perbuatan Dilakukan Sendiri
Seorang lagi anak lelaki mangsa, berusia 13 tahun, turut ditikam oleh suspek dan mengalami kecederaan serius. Mangsa kini sedang dirawat dan dilaporkan dalam keadaan stabil di Hospital Melaka.
Menurut Dzulkhairi, siasatan awal menunjukkan suspek bertindak atas faktor tekanan emosi, rasa dendam dan perasaan terpendam kerana sering dimarahi oleh ibu dan abangnya. Tiada motif jenayah lain dikenal pasti buat masa ini.
Dzulkhairi (dua dari kiri) ketika sidang akhbar di IPK Melaka pada Khamis.
“Tiada unsur lain selain tekanan perasaan. Ini lebih kepada masalah dalaman keluarga yang berlarutan. Suspek mendakwa sering dimarahi, dan tekanan itu akhirnya memuncak dalam bentuk tragedi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
Ads
Tindakan Selepas Kejadian: Cuba Hapus Bukti
Susulan pembunuhan itu, suspek dipercayai cuba menyembunyikan senjata yang digunakan dengan memasukkannya ke dalam beg sekolah. Pakaian yang dipakai semasa kejadian dan dipercayai berdarah turut dibuang di kawasan semak berhampiran.
Ketika polis tiba di lokasi kejadian, remaja tersebut ditemui sedang duduk termenung di luar rumah, dipercayai dalam keadaan keliru dan tidak sedar sepenuhnya terhadap tindakan yang dilakukannya.
Maklumat jiran-jiran turut menyokong dakwaan berlaku ketegangan dalam rumah berkenaan, termasuk insiden pertengkaran yang kerap antara suspek dengan ibu dan abangnya. Rakaman CCTV milik jiran menunjukkan tiada orang luar memasuki rumah ketika kejadian berlaku.
Remaja Ditahan, Siasatan Di Bawah Seksyen 302
Remaja terbabit telah ditahan pihak berkuasa dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
Ads
Sebelum ini, media melaporkan mengenai kejadian yang menyayat hati melibatkan seorang ibu dan anak lelakinya yang ditemui tidak bernyawa di ruang tamu rumah. Sementara itu, anak bongsu mereka pula ditemui berlumuran darah di kawasan garaj rumah tersebut.
Sehingga jam 9 pagi, pasukan forensik masih menjalankan siasatan di lokasi, diketuai oleh Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka dan Asisten Komisioner Leow Kian Heong, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka.
Tak dinafikan dengan mempunyai followers dan peminat yang ramai, selebriti mampu bawa pengaruh yang besar membantu promosi dan melariskan sesuatu produk atau barangan yang dijual. Atas ihsan membantu para peniaga online, ramai juga selebriti yang ‘tak berkira’dengan review produk atau makanan di laman sosial tanpa sebarang bayaran.
Namun demikian, baru-baru ini pelakon dan selebriti Janna Nick yang mempunyai 5.7 juta followers di Instagram ini ada meluahkan rasa hati atas sikap peniaga online.
Berikut perkongsian luahan tersebut;
ISU PENIAGA ONLINE !
Assalamualaikum kepada semua.
Saya repost balik IG STORY saya supaya semua tak salah faham.
Saya mintak maaf kalau saya bangkitkan isu ni.(Kalau ada Yang DM, “Janna saya nak mintak Janna promote business saya, Janna saya nak Janna review makanan saya”
Saya memang tak buat..
Tapi Kalau ada Yang DM “Janna, saya nak bagi Janna rasa makanan saya..harap Janna sudi”
Saya akan terima & Saya akan post kalau memang sedap.
Jujur cakap, Saya memang tak nak aniaya orang lain yang tengok video saya makan…lepas tu “TAK SEDAP” Tapi Saya cakap “SEDAP”
Jangan risau ok..Saya pun selalu scroll-scroll IG business and beli makanan yang saya teringin…even Saya beli pun…kalau memang sedap..Saya akan tetap buat shout out..
Tak ada isu RIMAS ke TAK RIMAS.
Cuma peti ais rumah saya dah penuh, sampai mak saya bising la Sebab banyak sangat makanan orang hantar. Saya bersyukur sangat, orang bagi makanan.Tapi bagi la pada yang lebih memerlukan..Kalau saya nak…Saya akan beli ok? Kalau nak bagi jugak, bagi je la…kalau sedap Saya akan cuba tolong & post…insyaAllah…
Ampun.
MW: Setuju dengan apa yang Janna kongsikan. Buat peniaga online jika ingin barang atau makanan, berilah dengan ikhlas tanpa meminta mengharap balasan. Selebriti bawa pengaruh besar, jujur dalam beri “review” sesuatu produk atau makanan penting agar follower dan pembeli tidak tertipu.
Caprice pilih Farra Inalis wanita cantik ibu tunggal anak satu, semoga bahagia hingga ke jannah. Tahniah diucapkan kepada Caprice dan Farra Inalis! Dalam diam, rupanya Caprice sudahpun bernikah dan bergelar suami.
Caprice Pilih Farra Inalis Wanita Cantik Ibu Tunggal Anak Satu
Seperti yang diketahui umum, setelah 40 hari ‘hilang’ daripada radar media sosial, penyanyi rap popular, Caprice berkongsi khabar gembira apabila selamat bergelar suami kepada Farra Inalis.
Malah menerusi carian di akaun Instagram, wanita pilihan Caprice itu merupakan ibu tunggal anak satu dan baharu sahaja berumur 26 tahun.
Aktifkan Semula Akaun Media Sosial Jawab Pertanyaan Status Terbaru
Menerusi akaun Instagramnya juga Caprice memaklumkan dia terpaksa mengaktifkan semula akaun media sosial setelah dihujani pertanyaan mengenai status terbaharunya
“Halal. Maaf saya menghilang lebih 40 hari. Banyak yang dilalui, InsyaAllah dalam masa terdekat, saya akan kongsikan apa yang berlaku.
“Tolong ikuti Instagram baharu saya kerana saya akan berkongsi semuanya di akaun baharu, disebabkan saya tidak dibenarkan menggunakan nama ‘Caprice’ dan akaun Instagram ini untuk sementara waktu.
Kongsi Cerita Tidak Lama Lagi
“Saya terpaksa aktifkan semula akaun ini selepas ramai pihak cuba menghubungi saya.
“Maaf atas segala kesulitan. Saya akan kongsi semua cerita tidak lama lagi dan kembali lebih baik,” jelasnya.
Neelofa berterima kasih suami hadiahkan gelang tangan. Hati seorang isteri pastinya bahagia apabila suami begitu penyayang. Begitulah kehidupan selebriti popular Neelofa dan pasangannya, Haris Ismail.
Selebriti, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini begitu terharu apabila suami tercinta menghadiahkan seutas gelang tangan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada hari ini.
Neelofa Berterima Kasih Suami Hadiahkan Gelang Tangan
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Wanita terbahagia ini menyatakan bahawa suaminya telah menghadiahkannya seutas gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwinnya.
Menerusi luahan di akaun Instagram, Neelofa menyatakan dia bertuah kerana suaminya setiasa prihatin dalam setiap hal.
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
“buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal.
“Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dgn izin Allah.
“Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masyaAllah ,selalu cuba untuk bahagiakan isterinya. Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku.
“Semoga Allah swt sentiasa kurniakan ketenangan , kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita,” kong Neelofa.
Pada ruangan komen pula penyanyi disegani ramai, Datuk Siti Nurhaliza turut menitipkan ucapan buat Neelofa;
“Subhanallah.. beautiful.. bahagia ke jannah pasangan soleh& soleha”.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Jangan tunggu perut sudah busung, baru nak jumpa doktor” itulah antara pesanan Doktor Andi Anggeriana Andi Asri, Pakar Perunding Perbidanan Sakit Puan, Hospital Pakar...