Ramai akan menganggur tahun depan & harga barang naik, ini kesan kadar faedah asas Bank Dunia naik. Wajib ambil peduli. Baru-baru ini, Bank Dunia memberi amaran kemelesetan ekonomi akan berlaku tahun depan, 2023.

Ini kerana jika diperhatikan, bank-bank pusat di seluruh dunia secara serentak sudah menaikkan kadar faedah asas untuk bertindak balas terhadap inflasi.

Kenaikan yang berlaku kala ini adalah pada satu tahap yang tidak pernah disaksikan sejak lima dekad lalu, trend yang berkemungkinan berterusan sehingga tahun depan, kata Bank Dunia dalam satu kajian terbaharu.

Ramai Akan Menganggur Tahun Depan

Ramai Akan Menganggur Tahun Depan, Ini Kesan Kadar Faedah Asas Bank Dunia Naik. WAJIB  Ambil Peduli
Ramai akan menganggur tahun depan bila kadar feadah asas bank dunia naik

Apa kesannya bila kadar faedah asas ini naik pada rakyat marhaen seperti kita? Ramai yang dilihat masih “kurang risau”, mungkin kerana kurangnya pendedahan mengenai hal ini.

Dikongsi artikel dari Encik Norizan Salleh yang sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Kanan, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Jabatan Perdana Menteri sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Eksekutif, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) pada 2015.

Dirinya mempunyai 30 tahun pengalaman dalam sektor swasta meliputi bidang-bidang pengurusan organisasi, latihan & pembangunan, dan pengurusan kualiti.
Memiliki Ijazah Sarjana Sains Pentadbiran (Master in Administrative Science) dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara dan Ijazah Sarjana Muda dari University of North Carolina at Charlotte, USA dan kini menetap di luar negara.

Mentor usahawan ini mengajar kita, APA KESAN DI SEBALIK KENAIKAN KADAR FAEDAH ASAS BANK PUSAT AMERIKA kepada ekonomi Malaysia, sekaligus mereka yang terlibat dalam dunia keusahawanan.

Ini Kesan Kadar Faedah Asas Bank Dunia Naik. WAJIB Ambil Peduli

Baca catatannya :-

Anda mungkin nak tahu apakah kesan kadar faedah Federal Reserve (Bank Pusat) Amerika Syarikat kepada ekonomi Malaysia, sekaligus kepada kita sebagai usahawan:

1. Seperti negara-negara lain, Amerika Syarikat dilanda inflasi. Satu cara negara ini mengawal inflasi ialah menaikkan kadar faedah.

2. Apabila kadar faedah naik, barang yang pengguna beli secara hutang naik. Contoh: kenderaan, dan peralatan rumah (perabot, mesin basuh).

3. Apabila harga naik, pengguna kurang beli barang-barang tersebut. Apabila pengguna kurang beli barang tersebut, pengilang kurangkan pengeluaran. Apabila pengeluaran kurang, mereka berhentikan pekerja.

IKLAN

4. Selain itu, sektor seperti pembinaan, perumahan dan lain-lain bentuk pembiayaan juga jadi perlahan. Apabila perlahan (bisnes tak banyak), mereka juga buang pekerja.

5. Dalam suasana sebegini, business travel juga berkurangan. Apabila business travel kurang, maka bisnes seperti hotel, kereta sewa dan sebagainya buang pekerja.

6. Apabila kesemua bisnes ini BUANG PEKERJA, maka pendapatan keluarga (isi rumah) berkurangan. Apabila PENDAPATAN ISI RUMAH BERKURANGAN, mereka akan kurang membeli-belah, kurang makan di luar dan kurang berhibur. Mereka akan beli barang keperluan saja.

7. Apabila itu berlaku, maka PERMINTAAN BARANGAN PENGGUNA BERKURANGAN; dan HARGA BARANG TURUN atau kenaikan harga jadi perlahan. Kalau harga tinggi, pembeli tak ramai. Pengguna tak ada duit.

8. Federal Reserve (Bank Pusat) ramalkan pengangguran di sini akan meningkat dari 3.7% sekarang kepada 4.4% tahun depan. Dalam bahasa mudah, 1.2 juta orang akan dibuang kerja disebabkan kenaikan kadar faedah Federal Reserve itu.

9. Itulah teori ekonomi di sebalik bagaimanakah kenaikan kadar faedah digunakan bagi mengawal inflasi.

10. Nah, soalannya ialah kenapakah apabila Amerika Syarikat naikkan kadar faedah, Bank Negara Malaysia pun buat benda yang sama. Jawapannya ialah kita berdagang guna matawang US dollar. Apabila Amerika Syarikat bersin dan selsema, Malaysia kena buat Covid test!

IKLAN

11. Kesan kenaikan kadar faedah oleh Bank Negara akan beri kesan kepada bisnes dan rakyat Malaysia, sama seperti kesan kepada bisnes dan rakyat Amerika Syarikat.

12. Cuma, oleh kerana negara kita ada undang-undang buruh yang menyebelahi pekerja, maka susah nak buang pekerja — tak seperti di Amerika Syarikat.

13. Di Amerika Syarikat, majikan boleh berikan termination notice sama seperti pekerja beri resignation notice. “Hang bagi notis 24 jam kat aku, aku pun boleh bagi notis 24 jam kat hang” — itulah cara nak buang pekerja di sini.

14, Selain itu, gaji minima pekerja Malaysia jauh lebih rendah dari Amerika Syarikat (di Malaysia RM1,500/sebulan, di New Jersey RM9,350 bulan atau US$13 satu jam), majikan mampu tampung lagi walaupun permintaan barangan berkurangan. Majikan kita pula, kesian nak buang pekerja. Maka kesan kepada pengangguran tidaklah sehebat di sini.

15. Sebagai usahawan, perhatikan keputusan-keputusan Federal Reserve, kerana keputusan itu beri tempias kepada kita.

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

IKLAN

Ramai Akan Menganggur Tahun Depan, Ini Kesan Kadar Faedah Asas Bank Dunia Naik. WAJIB  Ambil PeduliJom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI