Berita Sosial

Rakyat Malaysia Cedera Kena Letup*n, Kenderaan Pun Rosak Teruk!

Share

Tanpa diduga, seorang rakyat Malaysia cedera terkena letup*n b0m di Kampung Sapom, Takbai tengah hari tadi. Kalau ikutkan ramai rakyat malaysia yang masuk ke Thailand walaupun pihak berkuasa malaysia selalu menasihati supaya rakyat malaysia berhati hati melalui kawasan yang berisiko.

Rakyat Malaysia Cedera Kena Letup*n

Menurut portal berita, lelaki berusia 38 tahun itu cedera di badan selain kenderaannya turut mengalami kerosakan. Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Narathiwat.

Ahli Parlimen Sungai Golok dan Takbai, Amin Mat Yusof berkata, ketika kejadian berlaku letupan bom di laluan di mana mangsa yang menaiki Proton X50 secara kebetulan melalui lokasi berkenaan.

“Mangsa mengalami kecederaan dan kini dihantar ke Hospital Narathiwat untuk rawatan lanjut.

Kenderaan Pun Rosak Teruk!

“Kenderaan mangsa juga turut mengalami kerosakan akibat letupan b0m berkenaan,”

katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menerima maklumat seorang rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan Malaysia cedera terkena letupan b0m.

“Saya tidak tahu maklumat lanjut sama ada b0m berkenaan dipasang di kenderaan atau berada di tepi jalan.

“Mangsa adalah dari Sabah,” katanya.

Sumber Gambar: Info Semasa

Published by
Nadia Mohamad