Raja Azura tak tahan sebak lihat anak-anak sarung jubah graduasi. Sebagai seorang ibu sudah pasti tidak dapat menahan air mata melihat anak-anak berjaya menamatkan pelajaran. Apatah lagi sebagai seorang ibu tunggal jerih perih dalam membesarkan anak-anak akhirnya terbalas.
Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku menarik nafas lega apabila impiannya untuk melihat anak-anak menyarung jubah graduasi tercapai.
Kak Engku juga sangat bersyukur selepas ketiga-tiga anaknya menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), sekali gus menjadi hadiah paling indah dalam hidupnya sebagai seorang ibu tunggal.
“Alhamdulillah, bila tengok anak-anak berjaya, segala pengorbanan rasa berbaloi. Saya anggap saya lulus dalam ujian sebagai ibu tunggal.
“Tiada siapa yang menyokong kecuali doa kepada Allah SWT, emak, sepupu yang juga pengurus saya, dan keluarga terdekat,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online.
Terbaru Kak Engku telah berkongsi gambar bersama tiga anaknya Megat Muhammad Raziq, 23; Megat Luqman Haqim, 22; dan Puteri Mia Maizura, 20, masing-masing bergambar dengan jubah graduasi. Malah dirinya turut mengatur sesi fotografi khas itu untuk mengabadikan momen berharga bersama ketiga-tiga anaknya.
Baca Disini: 9 Tahun Tak Muncul Di Kaca TV, Raja Azura ‘Lepas Geram’
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.