
11A+ SPM
Raih 11A+ SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), anak penjual pisang goreng dan laksa buat ramai rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai sebagai seorang pelajar.
Namun baru-baru ini anak muda ini terharu apabila ada pihak yang sudi memberikan dua biasiswa kepadanya untuk melanjutkan pelajaran.
Fakhrul Iman Zainudin, 18, berkata, dia sangat menghargai tawaran itu sekali gus dapat mengurangkan beban ibu dan bapanya untuk meneruskan pengajian ke menara gading bagi mengejar cita-citanya sebagai pensyarah.
Katanya, dia belajar bersungguh-sungguh sejak tingkatan tiga selepas merasai pengalaman pembelajaran di rumah selama dua tahun akibat Covid-19.
“Perkara paling penting yang saya amalkan ialah adab dengan guru haruslah dijaga. Semasa cikgu ajar di depan, jangan berbual di belakang,”
kongsinya.Menurut Fakhrul Iman, dia terus membantu bapanya, Zainudin Abdul Latif, 63, dan ibunya, Zarina Sood, 54, selepas mengambil slip keputusan SPM di Sekolah Menengah Agama Telok Kemang semalam.
Sementara itu, Zainudin berkata, perasaannya bercampur baru selepas mendapati anaknya mendapat A+ dalam kesemua mata pelajaran walaupun ia tidak begitu ketika peperiksaan percubaan.
“Itu yang saya bangga serta sebak lihat keputusan Ayoi (Fakhrul Iman). Ikutkan, sejak dari kecil lagi, Ayoi ni memang cepat belajar seawal usia empat tahun. Kalau di tadika pun, guru tadika selalu minta Ayoi bantu rakan-rakan seusia belajar,” katanya.
Apa pun, ini satu kejayaan bukan biasa-biasa memandang kehidupannya bukan berasal dari golongan orang berada. Semoga adik Fakhrul Iman berjaya dalam bidang yang akan diceburi dan tidak melupakan jasa kedua ibu bapanya.