Hobi & Minat

Rahsia Serai Gemuk Dalam Pasu, Ini Cara Mak-Mak Lama Buat

Share

Ramai wanita suka tanam serai di rumah sebab mudah dijaga dan selalu digunakan dalam masakan harian. Namun masalah biasa yang sering berlaku ialah pokok hidup, tetapi batang kecil dan kurus.

Sedangkan ramai sebenarnya mengimpikan serai gemuk dan merimbun seperti yang sering dilihat di kebun kampung.

Hakikatnya, untuk mendapatkan serai gemuk, ada beberapa teknik mudah yang ramai tak tahu. Semua tip ini boleh dibuat sendiri di rumah tanpa modal besar.

Baca Artikel: Harga Daun Kari Cecah RM18 Sekilo, Ini Cara Tanam Sendiri & Jimat Belanja Dapur

Kenapa Serai Gemuk Jadi Idaman?

Selain nampak cantik, serai gemuk lebih sedap digunakan dalam masakan. Batangnya lebih berisi, lebih wangi dan mudah dipotong.

Bagi suri rumah, ada stok serai segar di rumah memang memudahkan kerja memasak. Tak perlu lagi beli sedikit-sedikit di kedai.

Petik saja bila perlu.

1. Siram Dengan Cara Betul

Tip paling penting untuk mendapatkan serai gemuk ialah penjagaan air. Serai perlukan air yang cukup untuk membesar dengan baik.

Namun, jangan terlalu banyak sehingga tanah terlalu lembap. Sebaiknya siram paling kurang dua hari sekali.

Petua orang lama, sesekali siram menggunakan:

  • air beras
  • air basuhan ikan

Ini membantu memberi nutrien tambahan supaya batang serai lebih cepat membesar dan menjadi serai gemuk.

2. Tanah Mesti Selalu Digemburkan

Ramai tak sedar akar serai cepat penuh dalam pasu. Bila akar terlalu padat, pertumbuhan akan terbantut dan sukar mendapatkan serai gemuk.

Sebab itu tanah perlu selalu digemburkan. Jika nampak akar mula timbul di permukaan, itu tanda pokok perlukan pasu lebih besar.

Jangan tunggu terlalu lama.

3. Jangan Takut Tuai

Kesilapan biasa ialah terlalu sayang nak potong serai. Padahal untuk mendapatkan serai gemuk, pokok memang perlu dituai secara berkala.

Bila dituai, pokok akan mengeluarkan batang baru yang lebih sihat dan besar. Kalau dibiarkan terlalu lama tanpa dipotong, batang serai boleh menjadi kecil dan kecut.

4. Asingkan Anak Pokok

Bila serai mula merimbun, biasanya akan keluar banyak anak pokok. Untuk memastikan serai gemuk, anak-anak ini perlu dipindahkan ke pasu lain.

Jika terlalu banyak dalam satu pasu, pokok akan berebut nutrien dan menyebabkan batang menjadi kurus. Teknik ini sangat penting jika mahu hasil yang cantik dan besar.

5. Buang Daun Kering

Nak dapatkan serai gemuk, pokok juga perlu sentiasa bersih. Daun-daun kering atau rosak perlu dibuang supaya tenaga pokok tertumpu kepada pertumbuhan baru.

Namun jangan trim terlalu pendek. Pastikan masih ada daun hijau untuk proses fotosintesis.

6. Letak Pasu Atas Tanah

Ramai tak tahu teknik ini. Untuk mendapatkan serai gemuk, letakkan pasu terus di atas tanah.

Cara ini membolehkan akar keluar menjalar mencari air dan nutrien tambahan. Hasilnya, pokok lebih kuat dan cepat membesar.

Serai Gemuk Buat Ramai Teruja

Di media sosial, ramai wanita kini berkongsi hasil tanaman mereka yang menjadi serai gemuk dan merimbun. Ada yang bermula dengan satu batang kecil saja.

Namun bila dijaga dengan teknik yang betul, hasilnya memang memuaskan hati. Malah ada yang siap kongsi tips sesama jiran dan keluarga.

Baca juga artikel: DIY Baja Guna Kulit Nanas, Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik

Jimat Belanja Dapur

Selain cantik dipandang, serai gemuk juga membantu menjimatkan kos dapur. Dalam keadaan harga barang semakin meningkat, menanam sendiri bahan masakan seperti serai sangat membantu.

Tambahan pula, serai memang antara bahan wajib dalam banyak masakan Melayu.

Berkebun Jadi Terapi Mak-Mak

Menariknya, aktiviti menanam serai ini bukan sekadar untuk dapur. Ramai wanita menganggap berkebun sebagai terapi dan cara melepaskan stres.

Melihat pokok membesar dengan subur memberi satu kepuasan yang sukar digambarkan.

Sebenarnya, mendapatkan serai gemuk tidak susah jika tahu caranya. Dengan penjagaan yang konsisten dan teknik yang betul, pokok serai dalam pasu pun boleh tumbuh besar, subur dan merimbun.

Kadang-kadang, dari satu pasu kecil itulah bermulanya dapur yang lebih jimat dan hati yang lebih tenang.

Sumber: Ardi Tani

Published by
Farhana Syahirah