Ads

Rahsia MUA, Cara Betul Prep Muka Kalau Nak Makeup Smooth di Pagi Raya

Prep Muka
Prep Muka

Ini rahsia MUA, cara betul prep muka kalau nak makeup smooth di pagi raya. Okay, agaknya kenapa makeup raya selalu crack bahagian hidung dan pipi?

Ya, sebab kulit tidak cukup lembap. Haaa… berhenti tukar foundation. Tetapi betulkan skincare dulu.

Cara Betul Prep Muka Kalau Nak Makeup Smooth

Rahsia MUA, Cara Betul Prep Muka Kalau Nak Makeup Smooth di Pagi Raya

Kalau nak makeup raya smooth, skincare kena mula dari sekarang. Buat secara konsisten dan jangan mula last minute!

1. Pencuci Yang Betul

Pilih hydrating cleanser (bukan exfoliating).

Contoh: Cetaphil Gentle Skin Cleanser CeraVe Hydrating Cleanser
Tujuan: Bersihkan tanpa tarik kelembapan.

Rahsia MUA, Cara Betul Prep Muka Kalau Nak Makeup Smooth di Pagi Raya

2. Hydrating Toner (Layer 2 kali)

Tepuk guna tangan, jangan swipe kuat.
Cari bahan yang sesuai: ✔ Hyaluronic Acid ✓ Glycerin ✓ Centella

Contoh: Hada Labo Hydrating Lotion Laneige Cream Skin Refiner
Tip: Layer nipis 2 kali untuk bagi kulit nampak plump.

Ads

3. Hydrating Glow Serum

Nak glass skin, serum sangat penting.
✔ Niacinamide (brighten & smooth) ✔ Hyaluronic acid (plump) ✔ Panthenol (soothing)

Contoh: The Ordinary Hyaluronic Acid Some By Mi Beta Panthenol Repair Serum
X Elak pagi Raya: retinol / AHA/BHA kuat ( makeup boleh crack).

4. Moisturizer (Glow Base)

Step ini bagi “natural shine from within”. Kulit kering → cream Kulit oily → gel cream

Contoh: Clinique Moisture Surge atau COSRX Advanced Snail Cream
Tunggu 2-3 minit bagi serap betul.

Rahsia MUA, Cara Betul Prep Muka Kalau Nak Makeup Smooth di Pagi Raya

Ads

5. Sunscreen (Dewy Finish)

Cari sunscreen yang tak matte sangat.

Contoh: Beauty of Joseon Relief Sun atau Anessa Perfect UV Sunscreen.
Tunggu 3-5 minit sebelum primer.

6. Hydrating / Glow Primer

Ini sebagai base makeup. Wajib pakai kalau nak makeup nampak smooth)
Mesti kesannya kulit tampak cantik.

✔ Illuminating primer ✔ Gripping primer nipis
Letak sedikit sahaja dekat high points (pipi, dahi, dagu).

Rahsia MUA, Cara Betul Prep Muka Kalau Nak Makeup Smooth di Pagi Raya

Ads

Extra Trick (RAHSIA MUA)

Face mist sebelum foundation campur setitik liquid highlighter dalam foundation. Kemudian guna sponge lembap, tekan-tekan bukan swipe. Set powder cuma dekat T-zone (jangan bedak seluruh muka kalau nak glass).

Jangan Buat Ini!

Layer skincare terlalu tebal dan banyak silicone (boleh pilling), kemudian wajib tunggu masa serap.

Sudah tahu ilmu makeup yang betul, pagi raya nanti boleh lah cuba ‘mewarna’ di wajah sendiri ya! Selamat bercantik-cantik, wanita!

Tip ini dikongsi oleh: TiQah

Rahsia MUA, Cara Betul Prep Muka Kalau Nak Makeup Smooth di Pagi Raya

Nak Makeup Raya Cantik? Cushion Ini Buat Kulit Glow!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Puasa di Norway

Puasa di Norway: Pelajar Malaysia Luah Rasa Sunyi 2 Tahun Ramadan...

Puasa di Norway memberi pengalaman luar biasa buat Imanina Shahrin, dari tempoh singkat hingga cabaran emosi berjauhan dari keluarga.