Penjagaan Diri

Rahsia Awet Muda Bajet B40, Wanita Ini Kongsi Rutin Cantik Ala T20 Dengan Kos Bawah RM200

Share

Siapa kata nak cantik perlu belanja mahal? Seorang wanita dikenali sebagai Huwaidah Athirah membuktikan bahawa rahsia awet muda sebenarnya tidak memerlukan kos ribuan ringgit.

Menerusi perkongsian di platform Lemon8, beliau mendedahkan rutin kecantikan harian, mingguan dan bulanan yang ringkas, low maintenance dan paling penting, mesra bajet.

Menurutnya, keseluruhan rutin ini tidak sampai RM200 sebulan, namun hasilnya tetap memuaskan jika diamalkan secara konsisten.

Baca artikel: Ketahui 4 Kelebihan Pelembap Jenis Gel Ini, Terbukti Serlahkan Kecantikan Kulit

Konsisten Lebih Penting Dari Mahal

Ramai wanita mencari produk mahal untuk nampak cantik. Tetapi bagi Huwaidah, kunci sebenar rahsia awet muda adalah konsistensi.

“Cantik tak perlu spend beribu-ribu, yang penting konsisten,” kongsinya.

1. Rutin Skincare Harian Yang Simple

Untuk rahsia awet muda, penjagaan kulit asas sangat penting. Beliau hanya menggunakan rutin asas seperti:

  • Double cleanse
  • Toner
  • Serum

Dan yang paling penting, jangan sesekali skip sunscreen. Menurutnya, perlindungan matahari adalah langkah paling penting untuk kulit kekal sihat dan awet muda.

2. Jaga Dalaman Dengan Jamu Homemade

Selain luaran, rahsia awet muda juga datang dari dalam. Beliau mengamalkan minuman campuran:

  • kunyit hidup
  • halia
  • asam jawa
  • madu

Dibancuh setiap pagi. Amalan ini dipercayai membantu kesihatan dalaman, sekaligus memberi kesan pada kulit yang lebih glowing.

3. Teeth Whitening DIY, Jimat Tapi Berkesan

Tak perlu ke klinik mahal. Dalam rutin rahsia awet muda, beliau memilih kaedah DIY untuk pemutihan gigi menggunakan whitestrip.

Dengan kos sekitar RM20 setiap strip, ia boleh digunakan untuk tempoh lama.

Hasilnya, senyuman lebih yakin tanpa perlu belanja besar.

4. Hair Mask Semula Jadi

Untuk rambut sihat dan berkilat, beliau mengamalkan hair mask homemade. Antara bahan digunakan:

  • mayonis
  • minyak kelapa
  • telur
  • madu
  • avocado
  • pisang

Sapukan selama 30 minit sebelum mencuci rambut. Ini antara rahsia awet muda yang ramai tak sedar. Rambut juga memainkan peranan besar dalam penampilan.

5. Facial Steaming Untuk Detox Kulit

Setiap minggu, beliau melakukan facial steaming di rumah.

Caranya mudah:

  1. Rebus air bersama green tea, serai atau pudina.
  2. Kemudian wap muka selama 10 minit.

Rutin ini membantu membuka pori dan membersihkan kulit secara semula jadi.

6. Jaga Kuku Setiap Bulan

Kuku juga sebahagian daripada penampilan. Dalam rutin rahsia awet muda, beliau hanya melakukan penjagaan asas seperti buff dan bersihkan kuku.

Tak perlu manicure mahal. Yang penting nampak kemas dan bersih.

7. DIY Mask Ikut Masalah Kulit

Untuk penjagaan tambahan, beliau menggunakan mask homemade.

Antara pilihan:

  • Kulit kusam: yogurt + madu
  • Jerawat: madu + kunyit

Selain jimat, ia juga lebih semula jadi.

Cantik Tak Perlu Mahal

Apa yang menarik, keseluruhan rutin ini menunjukkan bahawa kecantikan tidak semestinya datang dari produk mahal.

Sebaliknya, rahsia awet muda adalah gabungan:

  • konsistensi
  • penjagaan dalaman
  • rutin asas yang betul

Ramai wanita kini mula sedar bahawa pendekatan minimalis lebih berkesan dalam jangka panjang.

Baca artikel: Amalan Tidur Yang Cukup, Minum Air Kosong Bantu Jaga Kecantikan & Kesegaran Mata

Kesimpulan

Perkongsian ini menjadi inspirasi kepada ramai wanita, khususnya golongan B40 yang mahu tampil cantik tanpa membebankan kewangan.

Hakikatnya, rahsia awet muda bukan tentang berapa banyak kita belanja.

Tetapi sejauh mana kita menjaga diri secara konsisten.

Dan kadang-kadang, yang paling simple itulah yang paling menjadi.

Published by
Farhana Syahirah