Kekeluargaan

Radwa Watak Realiti Ramai Wanita, Keberanian Melawan Trauma, Keluarga, Toksik & Masa Silam

Share

Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa menjadi wanita bukan hanya tentang kelembutan dan pengorbanan, malah ia tentang keberanian dan kebangkitan seorang wanita dalam mempertahankan cintanya.

Thariq Ridzuwan: His Treasure merupakan drama terbaru yang bakal ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) pada 23 Julai 2025, setiap Rabu & Khamis, jam 9 malam.  Drama ini dijangka mencetus fenomena baharu dalam kalangan peminat drama Melayu.

Menerusi produksi MIG Production Sdn Bhd dan diarah oleh Eyra Rahman mengisahkan tentang  Thariq, seorang ejen elit, sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Radwa, bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri.

Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya.

Saat Radwa disahkan hamil, harapan kembali menyinar tetapi kemunculan lelaki misteri dari masa lalunya sekali lagi menguji cinta mereka. Dalam perjuangan melawan masa silam dan ancaman baharu, Thariq dan Radwa berpegang pada cinta demi melindungi keluarga mereka.

Diadaptasi daripada sensasi online dengan lebih 10 juta bacaan dan novel laris, drama ini dibintangi Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes dan ramai lagi.

“Radwa harungi banyak cabaran dan dugaan dalam hidup. Saya berasa emosi sebab sewaktu melakonkan watak ini banyak yang saya lalui. Radwa setia menunggu Thariq macam-macam mak dia buat untuk kahwinkan dengan orang lain tapi dia tetap tungu Thariq. Bukan perjalanan mudah untuk jayakan watak Radwa.

“Hampir setiap hari ada watak anxiety, menangis dan lalui mental illness. Radwa seperti wanita lain yang lalui pelbagai cabaran hidup. Watak Radwa lain dari lain, dalam drama ini perasaan gembira sangat kurang kerana penuh dengan kesedihan, pemarah dan penuh dengan emosi,” terang Qasrina Karim yang memegang watak utama sebagai Radwa.

Kempen ‘ Home Of Drama’

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, “Astro terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju kandungan tempatan premium dengan menyajikan pelbagai cerita yang penuh emosi, relevan dan dekat dengan penonton, mencetuskan perbualan serta mencerminkan isu-isu masyarakat sebenar. Menerusi kempen Home of Drama, kami ingin mengetengahkan drama-drama berkualiti tinggi yang bukan sahaja mencetuskan fenomena, malah membawa nilai impak sosial yang mendalam.

“Astro meraikan kepelbagaian penonton dengan pelbagai genre yang dekat di hati. Dari cinta, kekeluargaan hingga isu kehidupan, Home of Drama Astro ialah  estinasi utama anda untuk karya tempatan yang bermutu dan bermakna. Ini hanyalah permulaan,dengan lebih banyak pelancaran drama dan aktiviti berfokuskan peminat bakal berlangsung, termasuk kemuncak kempen kami seterusnya pada bulan Ogos.

“Kami memulakan kempen ini dengan dua naskhah hebat iaitu Mandul Bukan Pilihan, sebuah drama kekeluargaan yang sarat dengan mesej sosial, dan Thariq Ridzuwan: His Treasure, sebuah kisah  romantik aksi yang diadaptasi daripada novel pemenang anugerah. Mandul Bukan Pilihan mengangkat  suara wanita dan stigma masyarakat, manakala Thariq Ridzuwan: His Treasure menyentuh sisi gelap cinta dan dendam. Kedua-dua judul ini menjadi pembuka tirai kepada deretan karya menarik yang akan diteruskan sehingga hujung tahun seperti Rumah Tanpa Luka, Generasi Perfect 10, Jutawan Ekspres, 2 Bride From The Past, Mutiara Dalam Debuan Kabus dan banyak lagi, memperlihatkan kekuatanpenceritaan tempatan yang kami banggakan,” tambah Raqim.

Thariq Ridzuwan: His Treasure boleh disaksikan secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke

Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Norhayati Suboh