Remaja berusia 14 tahun, Qhalesya Medina Roselaine, dilaporkan hilang secara misteri di kawasan Tiara Apartment, Jalan Damar SD15/6, Bandar Sri Damansara, pada Sabtu lalu sekitar jam 5 petang. Polis kini memohon bantuan orang ramai bagi membantu siasatan dan menjejaki mangsa secepat mungkin.
Kronologi Kejadian
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan remaja tersebut pada 14 Oktober sekitar jam 4.50 petang.
“Remaja terbabit dikenali sebagai Qhalesya Medina Roselaine, berbangsa Melayu, mempunyai ketinggian 148 sentimeter dan berat 48 kilogram. Mangsa juga berkulit sawo matang, berhidung mancung, berbibir nipis dan bertudung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Polis Mohon Bantuan Orang Ramai
Pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Qhalesya Medina Roselaine supaya segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melalui talian 03-7966 2222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Izahita a/p Itam di talian 010-251 3690 bagi membantu siasatan.
Orang awam yang berada di sekitar kawasan Tiara Apartment, Jalan Damar SD15/6, atau kawasan berdekatan pada waktu kejadian diminta meneliti semula rakaman dashcam, CCTV rumah mahupun premis perniagaan sekiranya ada. Sebarang pemerhatian atau maklumat yang dianggap mencurigakan boleh dikongsikan kepada pihak polis untuk membantu dalam usaha pencarian Qhalesya Medina Roselaine.
Langkah Keselamatan Komuniti
Elakkan penyebaran maklumat tidak sahih mengenai kes ini di media sosial.
Rujuk hanya kepada sumber rasmi polis bagi sebarang perkembangan.
Catat dan laporkan segera sebarang petunjuk atau penemuan berkaitan kepada IPD Petaling Jaya.
Pastikan keselamatan diri dan keluarga sentiasa diberi keutamaan ketika membantu pencarian.
Penafian & Hormati Privasi Keluarga
Keluarga mangsa dan pihak berkuasa memohon kerjasama masyarakat untuk menghormati privasi keluarga Qhalesya Medina Roselaine serta mengelakkan penyebaran gambar atau kenyataan tidak disahkan. Sebarang perkembangan rasmi akan dimaklumkan oleh pihak polis dari semasa ke semasa.
Ads
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian IPD Petaling Jaya di 03-7966 2222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Izahita a/p Itam di 010-251 3690 bagi membantu siasatan.
Gadis lemaskan anak sendiri dalam mangkuk tandas, banduan akhir menangis dibebaskan.
Setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan. Sama ada ia besar atau kecil kerana tiada siapa yang maksum. Sama ada ia melanggar undang-undang atau tidak. Namun tidak semua kesilapan itu mesti berakhir dengan hukuman kerana aturan Allah itu sudah tertulis buat hamba-Nya yang menyatakan penyesalan.
Satu perkongsian dari aktivis masyarakat Natipah Abu di facebooknya menarik perhatian ramai. Ini kerana sewaktu melawat Penjara Pokok Sena, Kedah, dirinya telah bertemu dengan seorang banduan akhir (dinamakan Zati) yang menghadapi tuduhan membunuh anak sendiri di dalam mangkuk tandas, hasil hubungan tanpa nikah ketika di kolej.
Hanya dirinya dijatuhkan hukuman sementara lelaki yang menghamilinya masih bebas.
Gadis Lemaskan Anak Sendiri Dalam Mangkuk Tandas
Satu perkongsian dari aktivis, Natipah Abu mengenai kisah gadis ini membuatkan ramai ingin tahu perjalanan hidupnya. Sama ada menjalani hukuman mati atau bagaimana.
Dan semalam, semasa perbicaraan kesnya di Mahkamah Rayuan, panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan membebaskan gadis ini serta merta.
Dari hukuman mati kepada dibebaskan serta merta selepas dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi Nur Izzati Adi, 26, yang memohon pertuduhan lebih ringan iaitu daripada membunuh kepada menyebabkan kematian.
Ternyata sebaik kes dibacakan, Nur Izzati menangis kerana dilepaskan serta merta dari pertuduhan membunuh kepada menyebabkan kematian bayinya sendiri.
“Perayu dibebaskan serta-merta hari ini (Selasa) dan saya arahkan warden penjara untuk membuka gari perayu dan perayu boleh berjalan keluar dari mahkamah dengan lapang dada,” kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Mohamed Zaini Mazlan.
Pada 10 April 2017, Nur Izzati didakwa membunuh mangsa di tandas asrama perempuan aras tiga Kolej Pertanian Malaysia Bukit Kayu Hitam, Kedah pada pukul 5.20 petang 30 Mac 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Banduan Akhir Menangis Dibebaskan
Baca rentetan cerita awalnya sebelum sinar perjuangan itu berhasil..
SURAT CINTA DARI PENJARA
Membaca kisah Allahyarhamah Nur Anisah ( 21 thn ), seorang gadis yatim piatu yang mati dibunuh dengan kejam oleh kekasihnya sendiri dalam keadaan hamil empat bulan … mengingatkan Kak Pah tentang seorang lagi gadis yang Kak Pah temui ketika majlis berbuka puasa di Penjara Pokok Sena tempohari.
Zati .. dia telah dijatuhi hukuman mati setelah melahirkan anak sendirian di dalam tandas dan anak itu ditemui mati di dalam mangkuk tandas kolejnya. Ketika kejadian .. dia baru berusia 19 tahun.
Bayangkan .. apa perasaan gadis semuda itu saat melihat bayi yg dilahirkan meluncur laju lalu jatuh ke dalam mangkuk tandas.
Dalam keadaan sakit dan ketakutan yang amat sangat, apalah yang mampu dia fikirkan lagi.
Kronologi perjalanan kisah mereka berdua seakan hampir sama. Menjadi korban akibat cinta dalam usia yang masih terlalu muda.
Kedua wanita malang ini, hakikatnya punya jiwa yang penuh dgn kasih sayang dan sangat naif kerana tetap meneruskan kehamilan mereka tanpa ada niat atau usaha untuk menggugurkan kandungan lebih awal.
Namun ternyata, keduanya akhirnya tewas apabila seorang mati dibunuh dengan kejamnya oleh kekasih sendiri dan seorang lagi pula sudah dijatuhi hukuman mati.
Cuma bezanya, teman lelaki Allahyarhamah Nur Anisah sudah diseret ke muka pengadilan manakala teman lelaki Zati yang telah bergelar banduan akhir itu, masih bebas tanpa sebarang pertuduhan.
Wahai ibu ayah di luar sana, jaga dan didiklah anak kita baik-baik. Kehidupan hari ini sangatlah keras.
Bukan hanya anak perempuan saja yang perlu dilindungi tapi anak lelaki juga harus diajar tentang betapa pentingnya melindungi.
Baru-baru ini .. Kak Pah berpeluang menziarahi keluarga Zati di kampung.
Hanya Allah saja yang tahu betapa sebak hati tatkala menyambut salam dan berbalas pelukan dengan seorang ibu yang tak pernah berputus harap agar si anak dapat kembali semula ke pangkuannya.
Menatap wajah si ayah, jiwa lelaki itu sarat dengan rindu dan harapan agar anak tersayang terselamat dari hukuman mati.
Yaaa … mereka akui memang Zati bersalah di atas segalanya. Zati meniti alam remaja di dalam penjara dan kini sudah 7 tahun lamanya Zati di dalam sana.
Entah berapa lama lagi Zati akan terus berada sana, tiada jawapannya.
Harapan Zati kini hanya dengan mengemukakan rayuan ke mahkamah dan proses itu bukanlah mudah.
Selain memakan masa yang panjang, ia juga memerlukan wang yang banyak untuk kos guaman.
Terakhir … ialah mengharapkan kepada pengampunan Di Raja.
Kata ibu Zati, mereka sekeluarga kuat dan tabah untuk menghadapi apa saja cemuhan atau ujian yang datang sejak Zati ditahan kecuali satu …
Yang satu itu cukup untuk menghancur luluhkan perasaan mereka. Satu itu ialah, bila mana melihat Zati dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan dalam keadaan bukan hanya tangan saja yang bergari tapi kaki juga bergari.
Saat itu …air mata mereka tumpah tidak tertahan lagi. Hanya Allah saja yang tahu betapa dalamnya kasih mereka kepada anak itu.
Sedihnya hati bila mengenangkan bagaimana anak yang dididik dgn penuh kasih sayang, seorang yang manja dan sangat menghormati kedua ibu ayah itu, akhirnya terpaksa menempuh jalan hidup yang penuh tragis.
Sungguh sukar utk mereka jelaskan alasannya. Yang mampu mereka katakan .. inilah takdir hidup yang harus mereka jalani dgn tabah.
Mereka tidak pernah putus berdoa agar Allah S.W.T mengampuni segala dosa Zati.
Membaca nukilan hati yang Zati titipkan buat ayah dan ibu tercinta, ternyata dia sudah benar-benar insaf atas apa yang terjadi.
Semoga Allah ampunkan segala dosa dan terimalah taubatnya.
Jun nanti .. kes Zati akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Doakanlah agar Zati dibebaskan dan dpt kembali semula ke pangkuan keluarga.
Sungguh Allah tidak pernah memandang kepada bermulanya hidup seseorang. Yang dipandang dan dinilai kelak ialah bagaimana pengakhirannya.
Justeru itu, untuk suatu apa pun … kita jangan pernah jemu berdoa dan mengejar pengampunan Allah …
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Trend S-Line, dedah aib sendiri, normalisasi dosa di media sosial. Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) melahirkan rasa gusar terhadap kemunculan trend baharu di media sosial dikenali sebagai ‘S-Line’ yang dikatakan menggalakkan pendedahan aib secara terang-terangan dan bertentangan dengan nilai agama serta budaya masyarakat Timur.
Trend S-Line, Dedah Aib Sendiri, Normalisasi Dosa Di Media Sosial
Naib Presiden Kebangsaan MTPN, Datuk Mohd Faiz Zulkifli memaklumkan bahawa trend ini dipercayai mendapat inspirasi daripada sebuah drama Korea dan kini menjadi ikutan ramai, terutamanya dalam kalangan remaja Muslim yang terpengaruh untuk berkongsi pengalaman berkaitan seksualiti secara terbuka dalam platform sosial masing-masing.
Trend tersebut melibatkan tindakan individu melukis garisan merah di atas kepala mereka, yang kononnya melambangkan jumlah pengalaman seksual yang mereka miliki. Semakin banyak garisan, semakin tinggi pengalamannya.
“Ada yang mengaitkan dengan perbuatan zina jika yang melakukan itu belum berkahwin. Meskipun ia kelihatan hanya simbolik, namun realitinya menjurus kepada pendedahan maruah dan mendorong membuka aib secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Beliau turut menegaskan bahawa antara faktor yang menyebabkan trend ini menular adalah perasaan takut ketinggalan atau ‘fear of missing out’ (FOMO), menyebabkan sesetengah pengguna, khususnya golongan muda, sanggup mengetepikan nilai agama dan adab dalam berperilaku serta berpakaian.
“Lebih membimbangkan, trend ini disertai semata-mata kerana pengaruh sosial dan perasaan takut ketinggalan (FOMO) sehingga mengetepikan batas agama serta adab dalam berpakaian dan perilaku,” tambah beliau.
Datuk Mohd Faiz yang juga Yang Dipertua MTPN Terengganu menyeru masyarakat Islam supaya lebih berprinsip dan tidak mudah terikut-ikut dengan arus media sosial yang boleh memudaratkan harga diri. Menurut beliau, Islam sangat menekankan larangan terhadap tindakan mendedahkan aib sendiri, lebih-lebih lagi untuk tatapan umum.
“Masyarakat Muslim khususnya golongan muda dinasihatkan agar lebih berprinsip dan tidak terikut-ikut dengan sebarang trend yang memperdagangkan maruah demi perhatian atau kandungan tular,” katanya.
Beliau turut menyeru agar pengguna media sosial menggunakan platform tersebut untuk tujuan yang lebih bermakna seperti menyebarkan ilmu, nilai murni serta perkara yang memberi inspirasi kepada orang lain.
“Sebagai pengguna, kita perlu bijak menilai kandungan yang sesuai dikongsi. Maruah bukan untuk dijadikan bahan tontonan atas nama hiburan atau simbolisme kosong,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menggesa peranan aktif ibu bapa, para pendidik serta masyarakat keseluruhannya untuk mendidik anak-anak agar lebih berhati-hati dalam menerima pengaruh luar yang bercanggah dengan ajaran Islam dan nilai budaya setempat.
“Kita di pihak MTPN akan terus komited memberi kesedaran kepada pengguna berkaitan penggunaan media sosial secara beretika, berpaksikan nilai dan tidak merosakkan kesejahteraan sosial,” katanya mengakhiri kenyataan.
Berikut perkongsian daripada PU Syed tentang isu ini:
Kini wujud satu trend yang membimbangkan dalam kalangan anak muda di Malaysia, iaitu kecenderungan mendedahkan aib sendiri di media sosial. Fenomena ini timbul apabila segelintir remaja terpengaruh dengan sebuah drama Korea adaptasi Webtoon berjudul S-Line.
Dalam drama tersebut, digambarkan seorang pelajar sekolah menengah mempunyai keistimewaan melihat “garis merah” di atas kepala orang lain. Garis ini kononnya melambangkan hubungan seksual yang pernah dialami seseorang – semakin banyak garis, semakin ‘berpengalaman’ individu tersebut.
Trend ini kemudiannya merebak ke media sosial, di mana terdapat anak-anak muda tempatan yang memuat naik gambar mereka dengan ‘garisan merah’ rekaan di atas kepala, seolah-olah bangga dengan sejarah silam mereka atau sekadar meniru budaya yang jelas bertentangan dengan nilai moral dan agama.
Lebih menyedihkan, ada yang menganggap perbuatan ini sebagai satu bentuk keterbukaan atau ‘jujur dengan diri sendiri’, sedangkan hakikatnya ia adalah satu bentuk pendedahan aib yang tidak wajar.
Perlu difahami, aib ialah sesuatu perkara yang kita tidak mahu diketahui oleh orang lain, apatah lagi jika ia berkait dengan dosa dan maksiat. Islam melarang keras umatnya daripada mendedahkan keaiban diri sendiri mahupun orang lain.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Jika kamu tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu.(Hadis riwayat Bukhari)
Hadis ini bukan menggalakkan kebebasan tanpa batas, sebaliknya sebagai satu bentuk amaran bahawa sifat malu adalah benteng terakhir seorang Muslim daripada melakukan dosa. Maka apabila seseorang tidak lagi mempunyai rasa malu, segala larangan Allah akan mudah dilanggar.
Allah SWT telah menutup aib kita dengan rahmat-Nya. Maka, mengapa pula kita secara sukarela mendedahkannya kepada orang lain? Jika benar perkara yang dilakukan itu adalah dosa, maka segeralah bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah.
Jangan sesekali mendedahkannya di hadapan umum, kerana pengakuan secara terbuka boleh membawa kepada sabitan hukum syarak jika dilaksanakan undang-undang Islam. Antaranya ialah hukuman sebat 100 kali bagi penzina yang belum berkahwin, dan rejam sehingga mati bagi mereka yang telah berkahwin.
Trend seperti ini bukan sahaja mencemarkan maruah diri, bahkan menjatuhkan maruah keluarga dan umat Islam secara keseluruhan. Janganlah kita normalisasikan perkara mungkar atas nama keterbukaan atau hiburan.
Ingatlah, bukan semua perkara boleh dijadikan ‘content’. Semoga Allah melindungi kita dan zuriat keturunan kita daripada terjebak dengan trend yang merosakkan dan menyalahi syarak ini.
Berapa ramai pemilik rumah sewa dan penyewa yang faham dengan Perjanjian Sewa Rumah (Tenancy Agreement). Dan kenapa Perjanjian Sewa Rumah ini perlu dimatikan setem. Kertas kontrak ini penting sangat sangat. Sebabnya perjanjian ini bukan saja melindungi tuan rumah, malah penyewa pun akan dapat manfaatnya.
Mingguan Wanita mendapatkan perkongsian info daripada Zeela Lamin, Propland Consultant sebagai panduan mengenai Perjanjian Sewa Rumah yang perlu dimatikan setem.
“Sebenarnya Tenancy Agreement ini ada kebaikan kepada penyewa dan tuan rumah. Bukan hanya kebaikan pada tuan rumah, tapi dua-dua.”
Kenapa Perjanjian Sewa Rumah Perlu Dimatikan Setem
Berapa ramai daripada kita ada pengalaman ngeri dengan penyewa? Pasti ada bukan. Hanya mereka yang berhadapan dengan penyewa begini dapat rasa betapa terseksanya berurusan dengan mereka.
“Baru-baru ini, Zeela menyelesaikan urusan perjanjian sewa rumah seorang pemilik rumah sewa. Katanya tuan rumah fobia sebab last tenant (penyewa) tak pulangkan kunci, pass card dan macam-macam barang tenant ambil. Tuan rumah pula tak tahu nak buat apa sebab tak ada perjanjian hitam putih.”
Ada juga saya mendengar rintihan pemilik rumah yang menyewakan rumah kepada penyewa, ada yang berhadapan dengan penyewa yang tidak membayar duit sewa selama 6 bulan. Ada juga yang tidak menjaga premis yang disewa, habis rosak rumah dibuatnya, mangkuk tandas pecah, kipas tertanggal, kitchen kabinet rosak dan yang menyewakan rumah fully furnished pula, ada penyewa yang bawa keluar barang-barang rumah seperti mesin basuh, sofa, televisyen dan macam-macam lagi barang yang hilang. Perkara begini memberi kerugian yang besar kepada pemilik.
Macam Mana Boleh Jadi Gitu?
Salah satu sebabnya adalah Perjanjian Sewa Rumah yang tak dimatikan setem. Kebanyakan pemilik menganggap perkara ini kecil dan tidak penting tetapi ramai yang tidak tahu banyak kebaikan sekiranya kita matikan Perjanjian Sewa Rumah.
“Mungkin ada yang tidak tahu mengapa kita perlu matikan setem Perjanjian Sewa Rumah atau dikenali sebagai Tenancy Agreement. Sebenarnya Perjanjian Sewa Rumah yang telah dimatikan setem SAH digunapakai di Mahkamah sekiranya berlaku pertikaian pada masa akan datang.”
Apa Itu Perjanjian Sewa Rumah
Perjanjian Sewa Rumah sebenarnya adalah satu perjanjian dan ikatan kontrak yang dipersetujui di antara pemilik dan penyewa. Ianya melindungi hak pemilik dan penyewa melalui undang-undang dengan terma-terma dan syarat-syarat yang telah dipersetujui.
Di dalam Perjanjian Sewa Rumah mengandungi maklumat :
√ Jumlah sewa bulanan.
√ Tarikh bayaran sewa.
√ Jumlah deposit.
√ Maklumat pemilik dan penyewa.
√ Alamat premis yang disewa.
√ Akaun pemilik dan senarai inventori rumah.
Ini adalah asas kepada Perjanjian Sewa Rumah. Pemilik juga boleh menambah terma dan syarat di dalam Perjanjian Sewa Rumah. Contoh seperti :
√ Apa akan berlaku sekiranya penyewa lewat membayar sewa (lewat 1 bulan) atau
√ Siapa yang akan bertanggungjawab membaik pulih tandas sekiranya tersumbat atau
√ Bagaimana sekiranya premis yang disewa oleh penyewa digunakan sebagai tempat menyalahi undang-undang. Melalui contoh-contoh ini, pemilik boleh menyatakan dengan jelas di dalam Perjanjian Sewa Rumah.
Jangan Tak Tahu
Perjanjian ini juga boleh beri kebaikan kepada pemilik rumah. Yang mana, Perjanjian Sewa Rumah yang telah dimatikan setem juga boleh digunakan sebagai dokumen yang sah bagi menyokong pendapatan sewa bagi tujuan untuk memohon pinjaman.
Ini Cara Nak Matikan Setem Perjanjian Sewa Rumah, Buat Sendiri Pun Boleh
1. Sebelum kita matikan setem, pastikan dahulu Perjanjian Sewa Rumah telah dibaca dan dipersetujui oleh pemilik dan penyewa.
2. Setelah itu, pastikan pemilik dan penyewa menandatangani Perjanjian Sewa Rumah.
3. Kemudian, pemilik boleh pergi ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Di LHDN, anda akan diminta untuk mengisi borang dan maklumat penyewaan premis. Cara lain pula anda boleh dapatkan khidmat mana-mana agen hartanah yang berdaftar. Dengan khidmat agen berdaftar, mereka boleh menyediakan Perjanjian Sewa Rumah serta matikan setem bagi pihak pemilik.
4. Kos mematikan setem biasanya ditanggung oleh penyewa. Kos mematikan setem tidak mahal seperti yang kita sangkakan. Bagi sewa rumah di bawah RM1000, kos adalah di bawah RM50 bagi perjanjian setahun.
Ini Jadi Bila Pemilik Rumah Sewakan Kediaman Tanpa Perjanjian Sewa Rumah
Apa akan berlaku sekiranya kita sewakan rumah tanpa Perjanjian Sewa Rumah atau Perjanjian Sewa Rumah yang tidak dimatikan setem? Sebenarnya kita boleh sewakan rumah kita tanpa ada Perjanjian Sewa Rumah atau tanpa matikan setem Perjanjian Sewa Rumah tersebut.
Tetapi macamana jika pemilik atau penyewa melanggar syarat-syarat Perjanjian Sewa Rumah? Saluran apa yang ada untuk kita membuat aduan? Sekiranya perkara ini berlaku, adalah sukar untuk kita membuat aduan atau sebarang tindakan lanjut.
“Oleh itu, Perjanjian Sewa Rumah yang telah dimatikan setem amat penting kerana ianya SAH digunapakai di Mahkamah sekiranya berlaku pertikaian di masa hadapan.” ulasnya yang bersedia untuk berkongsi informasi kepada mana-mana penyewa atau pemilik rumah sewa berkenaan Perjanjian Sewa Rumah.
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.