roti goreng cadbury

Punyalah sedap dan senang nak buat Roti Goreng Cadbury Meleleh ni patutlah viral. Resipi mudah ini perkongsian daripada Puan Sitjua Jua di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) yang mencecah hampir 44,000 ‘shares’ hanya dalam masa 3 hari. Cara nak buat pun cukup mudah hanya guna 3 bahan. Apa yang pasti ia sangat sedap, garing diluar dan coklat cair meleleh didalam. Ia sangat sesuai dibuat waktu minum petang mahupun sarapan pagi untuk keluarga.

Berikut perkongsian resipi tersebut;

“Roti goreng cadbury meleleh.Sesuai untuk minum petang dikala poket tebal. Kepada yang berdiet sila hindarkan dari resepi ini.Selamat mencuba”

Bahan-Bahan:

Coklat Cadbury
Roti Potong
Cawan plastik (Untuk tekap)
Minyak

Cara Membuat:

1. Sediakan sebungkus roti dan sepapan coklat cadbury.Saya guna hazelnut.

Punyalah Sedap & Senang Nak Buat Roti Goreng Cadbury Meleleh Ni, Patutlah Viral!2. Potong cadbury macam ni, letakkan di tengah-tengah roti.

Punyalah Sedap & Senang Nak Buat Roti Goreng Cadbury Meleleh Ni, Patutlah Viral!3. Ambil 1 lagi roti ditindih di atas coklat tadi, kemudian ambil cawan sila tekapkan! Pastikan ditekap kuat sehingga 2 keping roti tersebut bercantum ya.

IKLAN

Punyalah Sedap & Senang Nak Buat Roti Goreng Cadbury Meleleh Ni, Patutlah Viral!4. Haaaa sampai jadi comel macam tu.

Punyalah Sedap & Senang Nak Buat Roti Goreng Cadbury Meleleh Ni, Patutlah Viral!

5. Buat sampai habis ya! Beratur semua utk terjun ke dalam kuali .

Punyalah Sedap & Senang Nak Buat Roti Goreng Cadbury Meleleh Ni, Patutlah Viral!

IKLAN

6. Pastikan minyak panas ya.. kalau tak nanti roti serap minyak, tak perlu goreng terlalu lama.

Punyalah Sedap & Senang Nak Buat Roti Goreng Cadbury Meleleh Ni, Patutlah Viral!7. Haaaa cukup sekadar begini.

Punyalah Sedap & Senang Nak Buat Roti Goreng Cadbury Meleleh Ni, Patutlah Viral!

IKLAN

Cair Meleleh

Punyalah Sedap & Senang Nak Buat Roti Goreng Cadbury Meleleh Ni, Patutlah Viral!

Semoga bermanfaat, selamat mencuba!

MW: Buat mak-mak peminat coklat boleh cuba resipi mudah dan sedap ni. Anak-anak pun gerenti suka. Bolehlah bawa bekal ke sekolah atau untuk hidangan minum petang buat keluarga.

Sumber: Sitjua Jua

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI