PU Rahmat ‘Dilucutkan’ Pakaian Tiga Kali, “Kalau ada video ‘leaking’ (tersebar), padam la… Insya-Allah, Allah SWT jaga aib saya.” Demikian kata pendakwah bebas dan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau PU Rahmat, 32, apabila berkongsi pengalaman perit ketika ditahan rejim Israel.
PU Rahmat ‘Dilucutkan’ Pakaian Tiga Kali, “Kalau Ada Video ‘Leaking’ Padam La… Insya-Allah, Allah Jaga Aib Saya
Beliau mendedahkan dirinya diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan, termasuk tiga kali dipaksa menanggalkan pakaian sepanjang berada dalam tahanan.
Rahmat menceritakan pengalaman itu kepada peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Ahmad Nazrin Abu Bakar, ketika diminta berkongsi detik paling sukar yang dilaluinya selepas ditahan.
TIGA KALI KENA BOGEL
“Saya sendiri tiga kali kena bogel, saya tak malu nak cakap benda ini sebab saya percaya kita semua lahir dalam keadaan bogel dan mati dalam keadaan bogel.
“Tiga kali saya dibogelkan hanya kerana dia takut ada senjata pada badan saya. Pertama dalam kapal tapi tiada orang melainkan tentera.
“Kedua di imigresen, ketiga di penjara. Tiga lapisan, tiga kali saya dibogelkan jadi nampak sangat mereka takut dengan senjata,” katanya.
Menurut PU Rahmat, situasi itu menunjukkan ketakutan luar biasa yang ditunjukkan oleh rejim Zionis, bukan hanya di kalangan anggota tenteranya, tetapi juga pihak berkuasa dan pemimpin tertinggi negara haram itu sendiri.
KETAKUTAN ANGGOTA TENTERA YANG MELAMPAU
“Bila mana tentera Israel, tentera haram masuk, kita perhatikan pergerakan mereka tidaklah kemas mana.
“Kita walaupun bukan orang dalam bidang tentera, kita nampak mereka sangat berhati-hati atau ketakutan.
“Ketakutan mereka dizahirkan melampau sehingga ada menteri pergi ke arah kami provok dengan kata pembunuh anak Yahudi, kita balas kata engkau pembunuh anak Palestin.
Ads
“Dia lari, dia ‘blah’ (pergi)… kalau dia ‘power’ (berkuasa), dia lawan. Tak, dia tak berani. Dia nak kata apa?
“Daripada tentera dia ketakutan, imigresen takut, penjara takut senjata, risikan takut dengan kita, menteri pun takut. Mereka ini bangsa penuh dengan ketakutan.
“Takut dengan diri mereka sendiri sebab mereka tahu mereka buat salah sebab orang salah saja takut,” ujarnya.
BERANI KERANA BENAR
PU Rahmat berkata, rasa takut yang ditunjukkan pihak lawan itu membuatkan mereka semakin kuat dan berani untuk terus mempertahankan kebenaran.
“Alhamdulillah kita ada di pihak berani kerana benar dan semoga kita kekal dalam kebenaran,” katanya.
Ads
Sebelum ini, beberapa aktivis lain turut melaporkan pengalaman ngeri ketika dalam tahanan, termasuk pelakon dan aktivis Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, yang mengalami kecederaan selepas ditarik rambut dengan kasar dan ditumbuk di muka oleh tentera Israel.
Selain Ahmad Nazrin, barisan peguam yang mewakili 23 sukarelawan Malaysia dalam misi GSF turut terdiri daripada Fahmi Abd Moin, Dir Kheizwan Kamaruddin, Azril Mohd Amin dan Luqman Mazlan.
Kesemua sukarelawan Malaysia yang ditahan pada Khamis lalu itu telah dibawa ke Penjara Ketziot yang terletak di padang pasir Negev, sebelum akhirnya dibebaskan dan menaiki penerbangan Turkish Airlines TK6921 dari Eilat ke Istanbul.
Menurut Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, Ahmad Amiri Abu Bakar, kumpulan 23 sukarelawan berkenaan dijangka dapat pulang ke tanah air seawal hari ini.
Sedih seorang bapa apabila anaknya yang hilang tiga hari lalu masih belum ditemui, apatah lagi mengenangkan nasib menantu yang sedang hamil tiga bulan.
Oleh itu, bapa ini berharap dan meminta semua orang berdoa agar anaknya, Rajihin ditemui segera kerana menantu tak mahu pulang ke rumah selagi tak jumoa suami yang masih hilang.
Bapa Berdoa Anak Ditemui Segera
“Saya berdoa Rajihan (anak) ditemui semula sama ada dalam keadaan selamat atau sebaliknya,” ujar Junaidi Arjo,71, yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat anaknya, Md Rajihan, 28, yang dilaporkan hanyut bersama kereta dinaiki kira-kira jam 5.30 petang Sabtu lalu di Kluang, Johor.
Menurut Junaidi, doanya tidak pernah putus mengharapkan anaknya itu berjaya ditemui sebaik mengetahui kejadian yang menimpa itu.
Katanya, sudah dua hari mereka sekeluarga menunggu di lokasi pencarian dengan harapan usaha dilakukan pasukan penyelamat disertai anggota Bomba dan Penyelamat Kluang serta anggota balai Polis Kahang membuahkan hasil.
“Saya memohon orang ramai turut sama berdoa supaya Md Rajihan dapat ditemui walau dalam apa juga keadaan keadaan,” katanya.
Sementara itu, abang ipar kepada Md Rajihan, Zullailaly Roslan, 40, berkata, dalam kejadian petang Sabtu lalu, kereta dinaiki Md Rajihan dan isteri, Khairunnisa Ibrahim,24, dihanyutkan arus deras banjir berhampiran Batu 18, Jalan Kluang-Mersing.
Difahamkan, Md Rajihan yang sedang melalui jalan berkenaan bersama isterinya Khairunnisa dihanyut arus ke sebelah kanan jalan.
Dalam kejadian malam itu, Rajihin hanyut selepas berjaya menyelamatkan isterinya. .
Bagaimanapun, Md Rajihan sempat memecahkan cermin kereta untuk menyelamatkan isterinya yang kemudiannya berjaya diselamatkan orang awam sebelum dia sendiri hanyut dibawa arus bersama keretanya.
Menurutnya, pasangan terbabit baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan Julai lalu dan kini Khairunnisa sedang mengandung tiga bulan anak pertama mereka.
Katanya, pasangan berkenaan tinggal di Parit Nipah di Parit Raja dan ketika hari kejadian, pasangan itu sedang dalam perjalanan pulang dari Mersing selepas isterinya mahu melihat pantai di sana.
Menantu Tak Mahu Pulang Selagi Tak Jumpa Suami
“Kami amat berharap dia akan ditemui segera kerana isterinya tidak mahu pulang ke Parit Raja selagi suaminya itu tidak ditemui,” katanya.
Khairunnisa Ibrahim bagaimana tidak dapat ditemui kerana terlalu sedih dan masih trauma dengan kejadian yang berlaku pada mereka berdua tempoh hari.
Kereta telah ditemui, namun Rajihin masih hilang dan belum dijumpai.
Operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga kejadian itu disertai oleh 32 orang pegawai dan anggota dari Pasukan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan menggunakan lima bot serta tiga lori.
MW: Semoga pencarian Rajihin segera berakhir secepat mungkin. Sedih hati mengenangkan ahli keluarga mangsa apabila sehingga hari ini Rajihin masih belum ditemui apatah lagi isterinya sedang hamil anak pertama, tentu sahaja emosinya amat terganggu.
Setelah Vivy Yusoff ditamatkan kontrak pada penghujung September lalu, timbul teka teki siapakah yang bakal dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Uitm yang baharu.
Akhirnya segalanya tamat sudah dan terjawab apabila Dato’ Rizalman Ibrahim telah dilantik sebagai ahli Pengarah UiTM bagi menggantikan Vivy Yusoff hari ini.
Dato’ Rizalman Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah
Pereka fesyen tersohor, Dato’ Haji Rizalman Ibrahim dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau yang juga Pengarah Eksekutif dan juga Pengerusi Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim telah menandatangani surat pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM pada hari ini, Jumaat, 16 Oktober di Pejabat Menteri Pengajian Tinggi, Putrajaya.
Perkara tersebut diumumkan menerusi sebuah kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim, Mohd Faizul Surani, sebentar tadi.
Dato’ Rizalman Alumni UiTM
Rizalman juga merupakan alumni UiTM, adalah graduan daripada Diploma Seni Lukis dan Seni Reka dalam jurusan fesyen bermula pada tahun 1989-1993.
Pencapaian terbaik beliau yang pernah disandang ketika menuntut di ITM (kini UiTM) adalah Pelajar Terbaik Kajian (Jurusan dan Fakulti) serta Pelajar Terbaik Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Reka Fesyen).
Semoga dengan pelantikan tersebut akan memacu UiTM ke arah kecemerlangan serta mencapai tahap terbaik sebagai sebuah universiti awam berkualiti di negara ini.
Pengganti Vivy Yusoff
Jawatan disandang Rizalman kini pernah dipegang usahawan muda Vivy Yusoff yang juga Pengasas FashionValet dan dUCK Group yang dilantik pada 26 Mei 2019.
Walau bagaimanapun, pada 28 September lalu, UiTM telah membuat pengumuman menerusi posting di laman sosial rasmi Instagram mereka mengenai penamatan kontrak Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah.
Dalam masa yang sama, menerusi perkongsian Dato’ Rizalman di akaun Instagramnya:
Beliau berjanji selagi hayat dikandung badan, dirinya pasti berkhidmat selagi mana diperlukan bakat dan kudrat. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas perlantikan jawatan ini.
MW: Tahniah Dato’ Rizalman Ibrahim, selamat maju jaya dan pastinya inilah pilihan yang terbaik.
Tanya soalan cepu mas apa beza anak pertama dan 12, jawapan “berkias” UAI pada Ustaz Syed win. Baru ini, 4 Oktober lalu berita gembira atas kurniaan rezeki anak ke-12 Ustaz Azhar Idrus menjadi tumpuan ramai.
Ini kerana pada usianya ke 58 tahun, Ustaz Azhar dikurniakan anak kecil hasil perkongsian hidup bersama isteri keduanya, Izyan. Ramai mengucapkan tahniah atas kelahiran anak kecil itu dan ramai mendoakannya.
Ustaz Azhar Idrus baru menimang cahayamata ke 12 pada 4 Oktober lalu
Di sebalik kesibukan memberi ceramah agama, pendakwah ini sememangnya dikenali sebagai seorang yang sangat bersahaja tatkala memberikan jawapan pada setiap persoalan dari orang ramai.
Ramai suka dengan cara berdakwahnya yang terus sampai ke dalam hati di sebalik gurauannya dibuatnya dan tak hairanlah setiap kali ceramahnya, ribuan orang akan hadir tak kisah tua atau muda untuk sama-sama menimba ilmu.
Dalam pada itu, dalam satu ceramah dihadiri oleh penceramah ini yang turut sepentas dengan Ustaz Syed Norhisyam, pendakwah ini sempat bergurau dengan memberikan satu soalan cepu emas buat Ustaz Azhar Idrus mengenai apa beza anak pertama dan ke 12.
Dikongsikan dari Tik Tok @adibharis, video ini menarik minat ramai untuk mendengar apa jawapan Ustaz Azhar.
Namun apa yang melucukan jawapan analogi Ustaz Azhar Idrus yang memberikan kiasan berkaitan kereta baru dan lama membuatkan mereka sama-sama tergelak.
Di atas pentas kedengaran, Ustaz Syed Norhisyam mula bergurau mengatakan dia tertengok di dalam facebook “ada Ustaz nie, dia dapat anak ke-12.
Belum sempat menyambung soalan, secara spontan Ustaz Azhar menepuk lengannya kerana tahu ia berkait dengannya.
Dalam meneruskan tawa senda gurau itu, Ustaz Syed Norhisyam terus bertanya, “apa beza Ustaz, anak pertama dan anak ke 12 Ustaz,”sambil disambut ketawa masing-masing.
Dalam pada itu kata Ustaz Syed kalau sedap,kita nak trylah sampai anak ke 12.
Ternyata dalam menjawab soalan cepu emas itu, Ustaz Azhar Idrus telah memberikan kata berkias, ia berkaitan dengan sebuah kereta.
“Anak pertama dan ke 12, rasanya lain. Macam kita beli kereta baru. Kemudian bawa ke Kuala Lumpur. Lepas tu, 30 tahun dah kereta tu, kita bawa semula ke KL. Ada bezakan rasanya.
Dalam pada itu, Ustaz Azhar menjawap, dapat anak baru ini ada suka dan sedihnya.
“Sukanya kerana rezeki. Yang sedihnya kita tengok kawan-kawan kita. Pung pang loyar buruk tapi tak ada hasil. Tak beranak-anak,”katanya sambil bergurau. Masa yang sama, dalam gelaknya Ustaz Syed Norhisyam berkata, “salah tanya soalan ini”.
Apa pun, gurauan bersahaja pendakwah-pendakwah ini cukup mencuit hati dan semoga diberi kesihatan yang baik untuk terus menjalankan kerja agama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!