Provokasi Adik Lelaki, Peguam Jelaskan Kakak Tak Terlepas HUKUMAN, Mungkin Dihantar Ke Sekolah Pemulihan

Share

Langsung tak terfikir, gaduh manja-maja adik beradik boleh sampai kepada pergaduhan yang serius hingga hilang nyawa. Kadang-kadang, provokasi itulah boleh naikkan darah sampai berlaku keadaan yang tidak diingini.

Kalau tak ada unsur provokasi, masakan kakak akan bertindak sedemikian. Namun, kita tak tahu bagaimana kejadian itu berlaku dan belum ada keterangan daripada pihak kakak itu sendiri.

Apapun, kes sudah berlaku dan pasti akan ada hukuman. Apakah hukuman yang bakal diterima oleh kakak. Ini antara pendapat daripada Ahmad Mukmin Aimi Dato’ Azmi, Peguambela & peguamcara Mukmin Azmi & Co, Taiping, Perak tentang kes yang berlaku itu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Adik Temui Ajal Di Tangan Kakak, Gara-Gara Berebut Tempat Duduk Balik Dari Sekolah

Mak Ayah Mangsa Trauma, Dua Beradik Amat Rapat, Saling Menyayangi & Pelajar Cemerlang

Provokasi, Kakak Bakal Dihantar Ke Pusat Pemulihan

Sebelum itu, serba sedikit ifo tentang kes yang berlaku. Kejadian pada jam 2.15 petang, apabila berlaku pergaduhan antara kakak berusia 18 tahun dengan adik lelaki berusia 16 tahun kerana berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Menurut ibu mangsa, kakak mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersendakan ketika masuk ke dalam rumah.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang.

Penjelasan Peguam Tentang Hukuman Bakal Diterima

Berikutan kes tersebut, kakak telah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Menurut Ahmad Mukmin Aimi, dia akan ditahan di lokap polis selama 6 hari untuk pihak polis jalankan siasatan berkaitan insiden ini.


“Siasatan meliputi keterangan oleh suspek, saksi kejadian, laporan perubatan, post mortem dan sebagainya.

“Selepas tamat tempoh 6 hari tersebut, pihak polis boleh memohon tambahan 7 hari lagi reman oleh majistret sekiranya difikirkan perlu atau siasatan masih belum lengkap untuk diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwaraya bagi tindakan susulan.

“Pada pendapat saya, tak fikir dia boleh lepas kerana berdasarkan fakta kes, tindakan membaling objek merbahaya yang mempu membunuh seperti pisau. Ini menunjukkan wujud niat suspek untuk mencederakan mangsa sehingga boleh mengakibatkan kematian,” jelasnya.

Dalam kes ini, kesalahan yang mengakibatkan kematian adalah dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Jadi, berkemungkinan besar suspek akan dipertuduhkan di Mahkamah atas pertuduhan membunuh adiknya selepas selesai pihak polis jalankan siasatan dalam tempoh reman tersebut.

“Mungkin wujud unsur provokasi oleh mangsa ketika insiden kejadian tersebut. Namun ia tidak menghalang suspek dari menghadapi pertuduhan mengakibatkan kematian menurut Seksyen 300. Isu prvokasi ini perlu dibangkitkan oleh suspek ketika membela diri dalam perbicaraan penuh di mahkamah kelak,” tambahnya lagi yang banyak mengendalikan kes-kes jenayah sivil ini.

Masih Bawah Umur

Daripada kes ini, menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sekiranya dia didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati mandotori. Tapi, memandangkan suspek baru berusia 18 tahun, dia masih dikira sebagai pesalah bawah umur.
Sekiranya didapati bersalah atas pertuduhan, dia boleh dikenakan hukuman dimasukkan ke sekolah pemulihan selama tempoh yang Mahkamah fikirkan wajar.

Mingguan Wanita : Sedihnya bila dapat berita begini. Tak dapat bayangkan bagaimana luluhnya hati mak dan keluarga ini. Moga diberi ketabahan dan kekuatan.

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN