Inspirasi

Princess Jalila Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

Share

Terpesona melihat kecantikan, Princess Jalila binti Ali, anak saudara Raja Abdullah II dan Ratu Rania yang berusia 20 tahun selepas beliau membuat penampilan awam.

Princess Jalila Gemar Sukan Berkuda

Namanya secara tiba-tiba menjadi bualan ramai selepas muncul di konsert muzik tradisional Cina di Pusat Kebudayaan China di Amman, Jordan.

Jarang tampil di khalayak umum, kehadirannya di konsert tersebut tealah membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Princess Jalila.

Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

Princess Jalila ialah anak perempuan Putera Ali bin Al-Hussein iaitu adik tiri kepada Raja Jordan, Raja Abdullah II. Putera Ali turut memegang gelaran diraja dan jarang muncul di khalayak ramai.

Pendidikannya pula, Princess Jalila belajar di sekolah terkemuka di Jordan dan telah menamatkan pengajian pada Jun 2023 bersama sepupunya, Putera Hasheem iaitu putera bongsu Raja Abdullah II.

Di luar aktiviti diraja, beliau menunggang kuda secara kompetitif. Pada tahun 2021, puteri ini telah menjadi peserta termuda dalam Piala Daya Tahan Governorates (Galops of Jordan).

Piala Daya Tahan Governorates ialah pertandingan menunggang kuda ketahanan selama lima hari, kira-kira 200 kilometer merentasi Wadi Rum dan Petra.

Selain daripada itu, Princess Jalila juga pemain tetap di acara sukan, terutamanya bola sepak wanita. Bapanya, Putera Ali pernah menggelarnya sebagai “pembawa tuah” untuk pasukan kebangsaaan Jordan.

Walaupun tidak berada dalam garis keturunan, kecantikan dan pencapaian sukan Princess Jalila telah mencuri perhatian seluruh dunia.

Gambar: Princess Jalila

Published by
Nadia Mohamad